30 December 2010

Yeah! Cuti!







ok.. ok.. saya sorang je, rasanye lah, lambat betul up kan entry Malaysia menang bola Piala AFF semalam. Bukan tak bangga. Cuma jauh dari pc dan alat elektronik lain atas sebab duniawi.. Smile

Bangga sungguh :
  • dengan semangat teamwork pemain.
  • usaha keras dan semangat juang tinggi pemain.
  • daya sokongan padu rakyat Malaysia yang tak berbelah bahagi, regardless of sebarang perbezaan yang nyata dan tidak.
  • kemenangan yang indah setelah 14 tahun berjuang, dan akhirnya membuahkan pengumuman cuti umum pada esok hari, Jumaat 31 Disember.
Berbaloi untuk semua orang, yang berjuang, yang menyokong, yang tidak, yang tak tengok tivi, yang tetiba baru nak tau perkembangan sukan dan tetiba terus sokong.

Untuk makcik ni, tadak masalah sangat, sebab Jumaat memang Kedah cuti. Yang bagusnya adalah bawak cuti berkenaan ke Ahad depan nun. Jimat cuti sehari, sebab awalnya dah apply untuk  bersuka ria hantar anak ke sekolah menaiki darjah..Hehe

Proses pembikinan pemain profesional.. mulakan dengan bola kecik..


Tu pun mujurlah menang. Kalau kalah.. penin nak dengar maki hamun orang yang kurang berjiwa, yang hanya tau komen, tapi sebenarnya adalah kaki bangku dan kaki batu. Akan hanya ada segelintir je yang akan puji semangat juang pemain. Standard lah tu kan?

Kebetulan pagi ni sambil hantar anak-anak pagi tadi, terdengar ada sorang pemanggil di radio yang komplen cara pemain semalam. Katanya macam budak sekolah. Dia pon boleh main kalau macam tu. Mamat tu hanya puji penjaga gol je.

Isk.. tu dalam menang tu.. dia buleh pulun dok kata lagu tu. Debik dan kena hampuk jugak dia tu nanti.

Well, nak bina sebuah kekuatan yang sebegitu rupa ambik masa.. depa bukan berlatih sehari dua. Tapi bila ada umat macam tu, sangatlah macam apa lagi. Sorang dalam seribu pun cukup untuk membuatkan satu Malaysia sakit hati.

Sebelum titik : Teringat zaman Piala Malaysia dulu, hampir bergaduh dengan geng pelajar antarabangsa demi nak tengok Kedah main final Piala Malaysia .

29 December 2010

Atas dan bawah, kiri dan kanan

Seronok
Bila ada orang yang kadang kita ingat dia macam blur dan tadak perasaan, tapi sebenarnya mampu dan berupaya untuk paham lebih dari orang yang banyak bercakap.

Pening.
Dimarahi oleh dua orang bijak pandai atas kesalahan dan kealpaan depa sendiri. Kadang bila bijak, tak pasal main jerkah orang (dengan andaian bahawa mereka je betul) nampak sangat kestupidan sendiri.

Dalam hal lain, berat saya makin tak stabil. Berazam mulai 1/1/11 akan mula menjaga pola pemakanan, dan menjadikan berat adalah tolak 100 dari jumlah ketinggian.

Sekolah dah nak bukak Ahad depan. Rutin sebelum cuti sekolah akan kembali bermula. Akan lebih sibuk 5,6 kali ganda dari sebelumnya. Pagi hari adalah seperti Amazing Race..

Saspen.
Tah bila depa nak bagi jawapan.. Cepat lah.. Semoga segalanya dimakbulkan. Amiinn..

Lupa.
Bila amalan yang tak istiqamah, kadang buat, kadang tinggal, yang hampir menjadi rutin harian pon buleh tertinggal, kecuali yang wajib. Saya miss dhuha hari ni. Haih!






Jauh ke dalam mata itu










Saya suka dengan gambar ni.. kombinasi warna, mata, rambut kerinting yang diterbangi angin. Ada yang tersirat di matanya, mengantuk dan nak susu.

26 December 2010

Update







Nak tulis dalam blog pun perlu semangat.
Minda harus bagus.
Baru boleh tulis dengan penuh kejiwaan.

Saya sedang mencari semangat yang hilang

20 December 2010

Haji dan Hajjah








Musim orang balik haji. Dah nak habis dah pun.
Kebetulan jiran dua pelaung dari rumah telah pulang semalam, dan sepasang lagi lewat malam ni, InsyaAllah.

Dan hari ni, saya pi jenguk sepasang Haji dan Hajjah yang baru pulang. Berseri-seri wajah mereka, seikhlas hati mereka pergi menunaikan haji di Baitullah.

Mendengar kisahan mereka tentang pengalaman di sana, amat mengujakan. Penting sekali persiapan mental dan fizikal. Hati perlu bersih. Jauhkan dari segala riak dan sifar mazmumah. Terus rasa nak pergi. Cuma belum ada rezeki.

Seketika dulu, saya pernah menjejaki Tanah Haram itu, lewat tahun 1994 yang lalu untuk menunaikan umrah. Tu pun sebab dapat duit biasiswa yang setelah dua semester berjuang, baru nak dapat duit. Dan kebetulan juga ibu saya nak bawa adik lelaki ke sana, dan saya tumpang sama.. Mak tanggung yang lebih tu.. hehhe. Usai peperiksaan akhir, terus terbang ke sana. Alhamdulillah 'ala kulli haalin.

Masa tu, nak ambik gambar depan Ka'bah adalah sangat tidak boleh. Haram kata pengawal kat situ. Kalau dia nampak kamera, akan dirampas kamera itu. Tapi mungkin zaman dah berubah. Sekarang ni tadak masalah, atau sukar nak halang. Biarlah. Semua orang nakkan pengalaman indah berada di depan Ka'bah untuk dirakamkan sebagai kenangan, sebagai ingatan untuk mereka yang ditinggalkan di tanah air.

Ada juga sahabat seusia saya yang dah sampai serunya ke sana menunaikan haji, dan pulang menggalas gelaran haji dan hajjah. Kagum sebab mereka muda dan diseru lebih awal.

Semoga Allah memakbulkan doa saya untuk sampai ke sana bersama yang dicintai. InsyaAllah. InsyaAllah..

Ala la la.. tomei nyee..







Dia jengoi kepalanya sebaik melihat saya memegang kamera.
Bagus betullah awak ni. Siapa tok guru?

14 December 2010

Saya suka dia




 
Saya suka dia. Tapi belum tentu dia suka saya. Saya suka matanya. Tang lain saya tak pasti. Tapi saya suka dia. Dia cantik. Dibandingkan dengan saya, jauh beza langit dan bumi. Dia tinggi, saya rendah. Dia cantik, saya comel. Haha. Saya suka dia..

Tau dia siapa? Ni ha..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Oh! dia angkat kening sebelah.. saya boleh juga.. heheh
Saya juga suka setiap kain sari yang diperagakannya. Tapi tak le sampai saya tahap nak melilit macam dia.. kita tukaq jadi baju kurung.

Ada orang kata, kalau kita yang tak berapa cantik, kalau dimekap macam dia akan cantik macam dia. Kalau tak macam pun, level bawah sikit je. Betul ke?

Mode : tengah pening.

03 December 2010

Masih Terserlah Ayumu








Tajuk yang tak tau kenapa tetiba jadi macam tu. Kemungkinan besar adalah sebab kepada gambaq di bawah ni.


Kite capture masa pagi dua hari lepas. Layan dulu. Sekadar mengapdet laman ini setelah sepi seketika. Tak sure bunga ni nama apa. Tapi terjumpa di celah bunga kuning di belakangnya.

Konon ambik macam bunga tulip di negara Eropah.. Ala.. hak lawa-lawa yang selalu orang ambik tu..Boleh gitu? Dan sesungguhnya saya sedang di alam perasaan bahawa gambaq ni adalah paling cantik hasil jemari comel saya. Hahah. Sila tahan perasaan geli geleman anda.

Cukup setakat itu. Titik

28 November 2010

Riak itu tak baik







kite melilau.. tapi tak serius.
kite nampak ada yang buat posting bagus.
Kite jeles. Sebab depa ade je idea.
Kite je yang asik berkarat.

Kite suka banyak.. tapi tak suka satu je..
ada bunyi riak dan menunjuk-nunjuk dalam tu.
Tak suka seyh.
Tak baik lah.

Depa kata tu blog depa. Sukatik lah nak buat apa.
True.
Tapi ada readers, ada followers.
Dan ikut suka readers lah nak benci ka suka ka menyampah ka.

mm.. kite no komen hak tu.
Kite tulis suka suki je.
Dan nak menjaga tatasusila, supa tak mengata dan tak riak.
haha.. tapi terkata jugak di entry nih.

okeh. sign off dulu. Peace.. no war!

Tolong dan harap







Kite mintak tolong orang
ye lah, pastinya dengan kesanggupan orang berkenaan.
Dah 3 minggu bagi untuk disemak menda alah tu.
Terus tak return balik sampai la ni.

Tak pe lah. Tq anyway atas kesudian and ke "agree"an untuk semak menda tu.
Tapi, Kalau tk sudi dari awal, atau tak mampu nak buat,
baik bagitau awal.
Tak lah makcik tertunggu-tunggu.

Rasa macam nak putus friend pon ada.
Tak pe. Kawan gak, tapi tak turun klasifikasi..
Bukan kawan baik yang boleh diharap.

Kecewa.

26 November 2010

Emosi dan biologi






Emosi dan keadaan biologi saya mulanya kurang stabil sejak entry ini, semakin menjadi kurang stabil sekarang.

Tekak saya dah mula membengkak. Batuk juga telah memenuhi ruang. Dengan harapan, batuk ini akan membantu trim my stomach. Kapla juga dah mula berdenyut.

Di saat ketiadaan baba untuk mengusahakan kemajuan boothnya  Jabatannya di MAHA Serdang yang bermula sejak Isnin lepas, dan akan officialy bermula esok, saya harap saya akan sentiasa stabil. Makan pil yang ada bagi mengelakkan jangkitan yang akan memudaratkan diri. Sehingga tadi, masih belum nampak tanda baba akan balik. Biar dulu. Saya faham kerjayanya. Moga dia selamat di sana, dan kami selamat di sini, InsyaAllah.

Terlalu banyak saya press butang "delete" untuk entry ni, yang menambahkan lagi kepastian bahawa saya harus berehat.

Minda saya juga letih. Kereta bintang baba yang saya bawa petang tadi tersadai di highway.

Saya juga regret, blog nan lagi satu itu masih tidak boleh diupdate.

Perlu berangkat sekarang. Titik

25 November 2010

Tembun







Tembun.. bukan Tambun.. Bukit Tambun pon bukan.
Tau tembun tu apa?
Tembun is a kind of macam tumbesaran yang jitu dan bagai di pam-pam dan adalah tumbesaran yang segera, disebabkan oleh pemakanan yang sakan tanpa eksesais yang mencukupi. Ini bukan DBP punya istilah, tapi saya yang memanipulasinya mengikut pemahaman dan takrifan semasa.

Saya dah lama tak melompat-lompat. Dulu, masa muda setahun lepas, petangnya rajin jugaklah melompat-lompat sehingga kiraaan maksima seribu.. Dah lama terberpuasa demi kerjaan itu. Saya pun tak pasti kenapa. Satu yang sangat pasti adalah sebab sinetron kat Tivitiga jam 6.30 petang zaman dulu. Asik nak mengadap tivi ja.

Lepas tu dah rasa berat nak mengapungkan badan demi nak eksesais. Nak berlari anak pun tak mampu. Rasa macam guni penuh berisi beras nak lari.

Kite ingat kawalan pemakanan akan membantu. Sikit ja kot. Satu hari, tergerak hati nak memanjat naik atas mesin timbang orang tu. Masa tengok tu tak sure mata nak tercabut, atau mata penimbang yang nak tercabut, atau dua-dua akan tercabut serentak. Ishh.

Dan sesungguhnya rasa macam apa pun tak tau. Dah la tinggi pun kurang banyak dari ketinggian biasa. Rasa macam bonsai pun ada. Yeah.. bonsai.. kecik comel, cantik.. ada spesis gemuk pun ada kurus pon ada. Gemuk pun cantik. Macam tu lah makcik rasa diri ini.

Sekarang, makcik sedang insaf.. mudah-mudahan kite menten comel dalam ketembunan. Kenapa kite less like tang tembun?

Satu, cik baba bila tau kite tembun sikit, dia akan cakap, awat macam lebih je.

Kedua, kaki kite comel lebih dari anak dara dalam cerita dongeng yang lari tengah malam sebab jumpa putera dan tertinggal kasut kacanya. Dan sebab kaki kite lebih comel, makanya dengan ketembunan itu, kaki susah nak tampung keberatan yang menghampiri dan melebihi paras bahaya.
Ketiga, baju kawin dulu tak muat. Dulu, dah janji dengan cik baba, kite akan tetap muatkan diri dalam baju kebaya itu. Heheh..
Empat, lima dan enam sebab lain adalah sebab yang berulang dari sebab di atas. Boleh gitu?


Buat masa sekarang macam tu lah. Awat panjang sangat nih?

Serabut







Serius.
Saya serabut.
Bukan di otak saja, di perut juga.
Saya pun tak tau kenapa serabut itu sampai ke perut.
Tapi sungguh serabut.
Sebab itu juga gagal update di sini
Lama pikir. Tapi tetap tak boleh.
Banyak faktor yang contribute ke arah kegagalan ini.
iskk..
Harap mendung ni segera beredar.
Saya tak suka situasi saya macam ni.
Sampai berpeluh di dalam aircond.

Kalau boleh mancing macam budak tu kan syoq..

23 November 2010

Menamakan anak






Kite terdengar perbualan kengkawan tadi.. ada kawan yang baru melahirkan anak, nak namakan anaknya bermula dengan huruf A, tapi tetiba ingatkan bahawa nanti anak nak periksa, akan jadi yang paling awal dalam list.. apa-apa hal, nama yang pangkalnya A..

Mempertimbangkan hal itu, beliau sudahnya menambah nama anak beliau dengan nama pertama bermula dengan Z dan di kombinasikan dengan nama A yang dicadangkan itu.. Makanya dalam apa juga hal, adalah menjadi yang terakhir..

Diakui, kena letak nama yang baik.. dan itu jugalah yang macik buat kat anak-anak makcik, mudah-mudahkan mereka akan menjadi beriman, soleh dan solehah, qurrata a'yun..

Tapi, tak penah la pulak terpikiaq bab exam nak kena dulu atau akhir.. hak tu perjalanan hidup depa, biaq lah.. awai ka, lambat ka tetap kena jugak. Kan?

Selamat Periksa, Good Luck, All the Best!






Musim periksa bagi kanak-kanak besaq dah bermula.. bukan depa ja, hak tahap lebih sikit lepas SPM di Utara sini pon tengah demam exam.

Kite harap cikgu yang bagi instruksi adalah membaca dengan jelas dan lantang bagi membuatkan mereka itu paham. Satu kes yang kite dengaq.. arahan dibagi dalam English, but slang tu bunyi macam eksyen-eksyen sikit.. Pada saya, make it simple lah. Tak payah sesusah diri dan susah orang lain.

Apa pun, teachers are the best. Nyesal sikit pon ada sebab tak jadi cekgu dulu.. kalau tak sure keja separuh hari ja, balik buleh lena.. hahahha

22 November 2010

Kuda yang berlari tetiba patah kaki

Yeah! Macam menjadi sebijik keseronokan bila mana dapat mencipta secara tetiba tajuk yang panjang macam kat atas.

Nak disetorikan, sejak dua menjak banjir yang melanda nih, kuda kita, atau nama yang sedikit hampir kepada nama saintifik adalah car.. masuk ICU sebab demam tak kebah-kebah. Kejap baik, lepas tu mengidap penyakit lain pulak. Selalunya sehari je kuda yang pernah menjadi idaman itu lenggak berilek-rilek kat worsyop tu. Tapi kebelakangan ni asik lena ja kat ward tu. Sedih makcik.

Setelah kudaku itu bersusah payah mengharungi banjir dan menyelamatkan anak0anak saya dari tidur di nerseri akibat kebanjiran itu, tetiba dia macam merajuk. Tu hak kite punye.

Hak kanda pun sama gak.. asik merajuk sama naik dengan kuda hitam kite. Isk.. manja sungguh depa dua tuh. Berselang seli.

Disebabkan kuda kite masuk ICU, ada masa agak lewat sampai pejabat, sebab kena hantar cik kanda tu ke Alor Setar dulu sebelum berpatah balik menghala ke utara tanahair. Sejam jugak lah makcik lambat.

Bila mana ada kengkawan hak keja sama-sama ni lebih prihatin tanya pasaipa-pasaipa.. makcik pon lurus bendul lah cakap kereta satu rosak. Depa kata hari tu rosak, ni rosak lagi. Beli baru lah. Tak payah pikiaq banyak. Paling tidak 3 tahun dok relax. Tambah-tambah pompuan macam kita.

Adeh.. kite tak suka ngan ayat tuh. seperti mereka tidak sensitip akan keglameran kuda makcik.. tak.. salah.. bukan glamer, tapi lebih kepada kepenggunaan dan keperluan dan kebijaksanaan. Apa-apa lah. Yelah.. kereta kita.. pandai lah nak menten ye dok. Nak beli bukan lah semudah A B C. Beringgut mesin atm tu tau nak bayaq bulan-bulan.

Kite pon bukan orang kaya, pangkat pon tadak, harta pon ilek. Tapi tu lah kude kite yang berlari pantas mengejar punch card, dan selamat sampai jam 7.59, 8, 8.01 atau 10 pagi pun, kalau ada hal nak setel sebelum pi keja.

Tapi hari ni, kuda kite and kuda cik baba, dua-dua masuk ward. Kuda kite dah bermalam 1 malam, kude baba masuk pagi tadi.

Kepada kuda hitam dan kude silver, sesungguhnya mama, baba dan anak-anak sangat menghargai jasa kalian. Sayang sangat lah. Kalau dak, tak lah bela hampa dengan sakan sampai macam ni. Dalam dok sayang ni pon, ramai dok usha hampa dua ekoq. Makcik nak nangis kalau ada orang bekenan and nak meminang hampa. Apatah lagi nombot birth cert hampa yang lawa itu.

Adeehh.. Plis be strong bebeh! Esok makcik nak pi keja.. Baba pulak jauh di Serdang nun..

Semoga kita selamat pi dan balik rumah dan sepanjang perjalanan bersama.. amiinnnnn!




Cubaan.. 1, 2, 3









Test

Sedang mengetest dari Windows Live Writer.. makcik budak baru belajaq.. er.. makcik dan budak? ada korelasi di situ?


14 November 2010

Kecik ka besaq?








Ada benda yang pada kita, adalah matter yang kecik, atau sangat kecik. Tapi, pada orang lain adalah sangat besaq, hatta nak pas maklumat yang sikit kecik kenit, yang patutnya pun disuruh cari kat orang lain. Kau tolong pun tak sampai seminit.

Letih dengan sikap orang macam ni.

12 November 2010

Lepas banjir








Sayu hati bila melihatkan tetangga saya dan mangsa banjir lain, yang peratus kemusnahannya melebihi 60 persen.

Sehingga hari ni, masih ada yang belum balik rumah. Ada yang masih mencuci, sedang Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang.

Dan, sama naik dengan orang yang dok cuci rumah ni adalah jualan perabot..

Tak boleh imagin dalam kemusnahan yang banyak, perlu spend semula untuk gantikan barang yang rosak dalam jumlah yang banyak. Yang telah memulakan tanaman padi, dan akibat banjir, bendang menjadi lautan. Tadi saya dah nampak mereka pantas kerjakan semula untuk mengejar jadual MADA untuk tanaman padi di kawasan.

Sampah sarap juga menimbun-nimbun di tepi jalan. semuanya perabot yang dibuang, boleh kata berderai-derai. Ada juga yang dah cucuh api kat barang yang boleh dibakar. Ada juga yang masih menakung air.

Semoga Allah merahmati mereka dan melipatgandakan rezeki mereka selepas ini. Amiin..

Nota : penceritaan hanya berdasarkan ingatan. tidak disusun letak dengan baik. Hiba ada di situ.

11 November 2010

Tak patut sungguh!








Kite bengang!
tetiba kite pulak. (dah penah guna kite di sini)
Tak boleh guna saya sebab emosi lebih. Stress.

Kite kan, kalau niat baik, .. baik yang baiklah..
ikhlas, jujus, tulus dan telus serta yang baik-baik seperti tu
tapi kan, tetiba bila kite dengan melimpah ruah ikhlas kat orang,
sekali orang tu ingat kite nak buat jahat.. err.. bukan.. macam tak ikhlas, macam paksa..
sedangkan tidak.

owh! sungguh terasa didowngrade kat situ.
terus lemah! dan terus belah!
Sungguh tak suka bila tetiba buat konklusi am / general konklusi yang macam tu.

Boring!

Oh!






Oh!
Sungguh! Bagaimana harus saya ceritakan bahawa saya seakan berada di awan biru?

Yup! Saya seperti menerawang bukan hanya di awan, malah telah melangkau sampai ke langit dan angkasa! Haha! Biaq orang kata saya gila atau mereng, tapi macam tu lah saya rasa. Dari awalnya saya nak updet di sini, tapi setelah merasai bahawa jiwa saya agak kacau, saya kena menulis di sini! haha. Saya agak "gila" sekarang ni.

Tau kenapa? Yeah! Anda tak tau.
Sebabnya di sini. Nampak? Tak juga?

Saya pengikut blog ini. Hanya mengikut dari jauh, membaca dan menyepi. Beliau blogger yang terkenal, saya baru merangkak. Paling mengujakan, beliau meninggalkan komen di situ tadi.

OH! I'm speechless. Yang ada hanya semangat yang tinggi dan meletup macam Merapi!

Terima kasih, tuan!

07 November 2010

Dah tua







"Age is strictly a case of matter. If you don't mind, it does not matter"

jack Benny

Blog dan duit






Umum dah tau, sekarang ni cara mudah nak dapat duit, adalah melalui blog. Saya juga antara yang terjebak, mula dengan cara tidak sengaja di sini. Meski awalnya bukan serius, dan sebenarnya langsung tidak, tapi setelah lazim menziarahi blog tersohor, nampak asik ada iklan. Just give a try, dan saya lekat di blog saya, tanpa perasaan.. Boleh gitu?

Dan, setelah beberapa lama.. wah, nampak ada 2 sen.. hehe.. 2 sen beb!! tu pun dah macam nak melompat. Ye lah, kalau sesaja je sapa nak bagi, kan. and since then, saya mula update sikit-sikit. Walau tak serius, saya cuba.

Dan bila Catz meninggalkan komen di entry saya, saya terasa seperti teruja.. melayang-layang.. wah, ada juga yang sedar akan kewujudan saya.

Lately ni ramai yang update blog dengan duit yang nuffnang sedekah tu. Ada yang dapat cek tiap-tiap minggu. Kagum dengan usaha dan jerih perih mereka.

Saya tak mampu sebagus itu. Boleh update pun dah cukup bagus. Semoga semakin boleh, walau duit bukan punca dan matlamat utama saya. *peace, no war*

Hilang







Pi ziarah sebuah kematian petang tadi
time nak balik, kasut hilang..
mungkin orang tu tersalah ambil kasut yang baba hadiahkan 2 tahun lepas..

Dapat baru lah nampaknya..

05 November 2010

Dihargai







Satu perkara yang menyeronokkan selain dari berseronok-seronok yang biasa adalah, terasa dihargai. Walau tak pernah disebut, tapi seronok amat.

Tq baba, sebab bagi guna the Canon D50 sepanjang tempoh 3 hari cuti bencana alam.. hehehehehheheh..

Baba, nanti kalau any of the pics, excluding yang ada tiang kat tengah tu, boleh dipertimbangkan masuk dalam professional bucket tu.. sila-sila lah ye! haha.. (gelak jahat)

01 November 2010

Suka vs tak suka







Bukan semua orang suka kat kita. Ada juga yang tak suka. Ada yang memula suka, lepas tu tak suka.
Ada yang tak suka, lepas tu suka. Ada yang suka dan terus suka. Ada yang tak suka, tak suka langsung.

Macm tu lah keadannya. Cuak pun ada nih.. Hishh

p/s : tak suka and benci tu adik beradik ka?

28 October 2010

Cinta itu Indah

Tak nafi. Memang indah. macam dok atas awan je.. tapi kite bukan nak setori tentang cinta yang baru macam nak ke arah kawen, atau zaman bertunang, atau dalam hanimun time. Zaman tu semua orang tau indah amat.. Mereng pun buleh jadi. Ini adalah penceritaan cinta dari dimensi lain.

Hari ni ada program yang membuatkan saya nampak ramai kawan-kawan, sahabat, anak buah, yang sekian lama tak penah nampak, dan ada yang dah bersara juga sanggup datang untuk memeriahkan majlis.

Yang menarik pandangan saya adalah sepasang pesara, yang saya panggil Pak Long, dan isterinya, yang juga staf di organisasi yang sama yang saya bahasakan Kak Awe. Saya kenal Pak Long sejak saya muda remaja, sejak 13 tahun lalu. Personaliti beliau mengkagumkan. Jauh beza Pak Long dulu dan sekarang. Sekarang ni kurang sihat, dan hanya duduk di wheel chair. Dan beliau bersara pun atas sebab kesihatannya lah.

Kak Awe, ambil pencen pilihan di usia yang hampir bersara wajib. Katanya nak jaga Pak Long yang kurang sihat. Siapa lagi yang seharusnya jaga kan? Tentulah seorang isteri, yang akan kekal setia, membawa suaminya pergi berubat, drive dan segala macam yang laksananya adalah seperti menjaga bayi. Ini diakui oleh kak Awe.

Dan saya pasti, yang boleh mendorong akan rasa sanggup bersusah payah ini, berkorban kerja, memilih pencen, hanya di saat dah hampir nak bersara wajib, adalah cinta.

Saya pernah bersembang dengan sahabat saya, Zana Zanzaly.. bakal sasterawati negara itu, dengan izin Allah, katanya hanya cinta yang teguh mampu mendorong akan semua tindakan itu. Katanya, cinta tak sama dengan kasih sayang. Berkahwin dengan orang yang disukai juga katanya bukan mesti cinta. Bila saya tanya kenapa, dia merujuk beberapa situasi sahabat kami.

Pertama, sahabat seperguruan kami, dan suaminya terlibat dalam kemalangan yang agak teruk, dan mengabikatkan kecederaan di mana kedua mereka agak parah. Alhamdulillah, sahabat saya sihat kemudiannya. Manakala, suaminya dalam tempoh recovery dan perlu dudk di wheel chair. Sering beliau update keadaan suaminya, dan beliau yang menjaganya di FB. Kagum dengan kegigihannya dan jelas akan wujud kecintaan tersebut. Kata Zana, itu adalah cinta kerana kesanggupan itu dan kesusahpayahan itu. Dalam kedua-dua itu ada cinta.

Kedua, sahabat saya yang kata Zana dalam "vege state" selepas proses melahirkan anaknya yang ketiga. Komplikasi berat berlaku semasa proses tersebut mengakibatkan anaknya meninggal, dan beliau koma dalam tepoh yang lama, dan sehingga kini. Telah berlaku 3 tahun lamanya. Kata Zana, itu juga cinta. Cinta itu ada dalam diri suaminya, yang juga sahabat seperguruan kami. Jelas betapa cinta tu dapat dilihat dan ditafsirkan oleh kami semua.

Kata Zana lagi, andai tidak ada cinta, dan hanya sayang yang tidak berapa kukuh, maka akan end up dengan perpisahan, juga beliau merujuk kepada beberapa situasi di kalangan sahabat seperguruan kami.

Itu hanya dua contoh dari banyak misalan lain yang Zana tafsirkan. Pada saya zana mungkin lebih bersastera di dalam mentafsirkan cinta. Tapi katanya tidak. Dan itulah cinta sejati.

Berbalik kepada Pak Long dan Kak Awe, saya juga melihat akan keseronokan di dalam kesusahan dan kepayahan mereka mengenjoy akan life di usia senja. Menikmati masa indah bersama, walau kadang seakan terdengar Kak Awe pernah sebut sebelum pencennya, beliau sedih sebab kengkadang Paklong agak cerewet dalam hal-hal kecik.

Saya agak terusik dengan kepekaan Pak Long, yang menghantar e mel tahniah dan ulangtahun saya yang ke .. kali ini, di tahun ini pada Mac lepas.. Sesungguhnya ingatan beliau pada saya tak hilang.

Saya juga merasakan bahawa usia emas saya juga diharapkan dapat dihabiskan bersama dengan yang dicintai, bersamanya dalam semua situasi. Pernah saya sebutkan, andai saya mati dulu, dia boleh kawin lagi, tapi, jangan gunakan duit pencen saya yang dia akan warisi untuk dapatkan isteri baru. Hisshhh! Tak Boleh! Baba memulangkan paku buah keras untuk saya, katanya, matilah dulu, nanti dia tau lah nak buat macam mana. Melampau kan?

Kata baba, andai dia yang pergi dulu, apa akan jadi pada saya? Jarang amat seorang perempuan yang ditinggalkan suami akibat kematian, akan mencari pengganti.. Dan mencintai "the other half" dengan sepenuh hati akan menyebabkan hati kita tidak akan berpaling. Itu pandangan saya lah.

Saya setuju dengan Zana, cinta dan sayang, suka, minat, semuanya sangat berbeza. Bercakap dengan sasterawan ni kadang-kadang jadi lain. Hikss..

Yeah. Cinta itu indah. Pada Sang Pencipta adalah sangat tidak terkecuali dan tidak pernah tidak berbalas. Cinta pada manusia, kalau tak berbalas, nanti kena simbah asid.. Hehe.. banyak lagi jenis cinta lain..

Selamat bercinta.

20 October 2010

20.10.2010







yeah! another sweet date ever!
tadak orang buat kenduri kawen semeriah alam ka hari ni?

19 October 2010

Doa Ibu untuk anaknya







Dulu, saya ingat menjadi ibu ni mudah, sebab saya tengok mak saya relax je.. Tak, maksud saya, asal dia marahe j, kami semua akan baik. The truth is, takut sebenarnya sebab marahnya boleh merebak2. Mak saya juga rajin mencubit. Point adalah di tempat yang paling sakit, yang menyebabkan saya tobat tak buat lagi.

Saya adalah dulunya ganas. Bukan. Perangai macam lelaki, dan memang jenis rebel nih. Disebabkan mak saya garang, saya selalu buat mak marah, selalu saya kena debik, maka saya lebih rapat dengan abah.

Walau saya rapat dengan abah, masa saya di Universiti, bila nak exam, saya tetap akan cakap dengan mak, mohon supaya sepanjang saya ambil periksa, doanya akan bersama dengan saya, supaya boleh menjawab, dan tak lupa any points penting, dan boleh score. Ada masa terbabas jugak. Hikss. Kalau terbabas, atau jauh dari markah yang saya harapkan, akan mengadu dengan abah. Abah relax sikit, tak marah sangat. Aci redha je. Dia tau anaknya bukan secara genetiknya dilahirkan genius. Kena usaha 10 kali ganda orang lain.

Dan bila dah getting older ni, baru rasanya dengan mak ni sikit close, walau garang dia masih belum hilang. Ada lah sikit extra boleh share.

Tu adalah saya pada zaman dulu, pada masa zaman belum ada komputer, hanya ada typewriter, basuh kain dengan tangan, mesin jahit yang kayuh dengan kaki, zaman penggunaan telaga masih bermaharajalela, dan zaman Fiat 600 yang abah guna. Mak garang, abah tegas, itulah yang membentuk peribadi saya yang sepertinya sekarang. Alhamdulillah, menjadi manusia yang sepertinya, bukanlah penagih dadah, merempat atau penah tinggal di Henry Hurney School. Alhamdulillah 'ala kulli haalin.

Dan dengan doa mak saya juga, saya masuk ke sekolah beraliran agama, walau awalnya hati memberontak, tak mo masuk sekolah tu, berontak lagi bila abah tak bagi masuk Science stream, berontak lagi bila abah tak bagi isi borang masuk ITM masa tu, dan tak boleh nak mohon langsung ke Jepun walau result melayakkan. Tapi, akhirnya saya menjadi seorang yang "orang" juga. Berkat didikan yang kalau dikenang, penuh dengan rebel, kesan cubitan, rotan dan memberontak ni.

Dan saya faham, walau saya macam tu, dan kurang rapat dengan mak, tapi doa beliau sentiasa ada untuk saya, seperti mana dalam doa saya ada untuknya. Dan saya pasti doa untuk saya dan saya untuknya adalah yang baik-baik supaya yang baik-baik sahaja mengelilingi dunia saya dan keluarga saya.

Sebenarnya apa yang saya tulis tu tak sengaja, dari plan hanya sikit, terberjela la pulak. Itu pun kebetulan baru ni, saya ter round alam maya. Terjumpa akan seorang ibu muda yang mempunyai anak yang sekarang ini di instusi pengajian tinggi Malaysia, yang pada tanggal hari lahir anaknya mendoakan untuk anaknya. Pasti yang baik-baik lah. Tapi terselit di situ adalah sesuatu yang mungkin baik untuknya dan anaknya, tetapi bagi yang boleh menilai mungkin tak berapa elok. Bukan mungkin, tapi memang tak elok.

Saya sedih melihat wish itu. Nabi s.a.w dah pesan untuk umat Baginda, didik anak mengikut zamannya. Dan zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Saya akui, keakraban di antara ibu dan anak perempuan dan juga lelaki adalah sangat wajib. Dan saya pasti tanggungjawab ibu untuk membentuk akhlak dan peribadi anak adalah tidak dapat tidak. Perlu juga dipastikan bahawa didikan itu mengikut landasan agama Islam yang dibenarkan.

Saya juga seorang ibu yang masih serba kekurangan. Saya tak mampu nak ulas banyak. Saya bukan ustazah. Tapi pandangan saya yang hina ni, adalah didikan dari keluarga itu penting untuk generasi akan datang. Dan kalau dilihat kenapa gejala sosial makin banyak, itu mungkin sslah satu puncanya. Wallahua'alam.

Saya rindu mak saya..

15 October 2010

Lonely







Asik terngiang je kat telingan alunan lagu nih.. Show Me the Meaning of Being Lonely.
Lonely weyh.. le ning! Tetiba teringat seorang sahabat saya yang sebelum dia kawen dulu, asik layan lagu nih. Tumpang bersedih kat dia masa tu. Now dah tak layan lagi, sebab dah selamat beranak pinak.. Hiks. Moh layan!




So many words for the broken heart
It's hard to see in the crimson love
So hard to breathe
Walk with me and maybe

Nights of light so soon become
Wild and free I can feel the sun
Our every wish will be done
They tell me

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with?
Tell me why I can't be there where you are
There's something missin' in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze

If only guilty roads to an endless love
(Endless love)
There's no control, are you with me now?
Your every wish will be done, they tell me

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with?
Tell me why I can't be there where you are
There's something missin' in my heart

There's no where to run, I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel
Things you never show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with?
Tell me why I can't be there where you are
There's something missin' in my heart

By : Backstreet Boys

Tiru Meniru

Tiru.. ni bahasa mudah lah. Bahasa saintifik adalah stereotype. Agaknya lah. Saya tak pandai bahasa ni. Kalau tak betoi, sila habaq.

Saya pernah terbaca semasa meronda di alam maya, ada yang sebut tak suka ideanya ditiru, walau dalam satu hal beliau sendiri rasa surelah idea dia baik sebab tu orang ciplak (adik beradik kepada tiru jugak).

Saya juga kebetulan ternampak bebrapa kali di alam maya ini, seakan idea saya, dan ada yang sebijik idea saya, yang saya juga copy dari idea orang, kadang-kadang.

Perasaan saya? Pastinya dalam satu keadaan, adalah bangga sebab yeah! kita diikuti, ada gaya, mutu keunggulan. Dalam satu keadaan lain, kalau orang tengok, mungkin saya yang dicop menciplak idea itu. Yang tu tak best! No! No! No!

Bagi mengelak rasa buruk sangka,dan menjauhi suara-suara syaitaanirrajim.. maka saya pasti yang diikuti dari saya adalah baik, dan kadang-kadang orang nak cari rentak yang sesuai. Kadng ambik sana sikit, ambik sini sikit, maka makin elok lah jadinya.Kalau tak, mana mungkin Allah dah cakap, bahawa diutuskan Rasulullah untuk dijadikan contoh akhlak yang baik. Maka tidak ada lagi sebaik darinya, dan andai kita ikut, maka itulah yang terbaik. Dan kita yang tak berapa baik, akan sentiasa mencari contoh yang lebih baik untuk diikuti dan ditiru.

12 October 2010

Cantik itu Subjektif







Tadi waktu saya berjenjalan untuk ke opis bos yang agak jauh dua pelaungan dari pejabat saya, saya nampak sorang ni. Saya kenal. Dia cantik. But the way she dress adalah demi untuk menutup cantiknya, dan nampak agak selebet di situ.

Saya pasti, untuk menutup aurat adalah perlu. Cuma masih perli dijaga supaya mata lain yang nak melihat dan berurusan adalah macam rasa lega di situ. perlu juga untuk jaga appearance atau ketrampilan, tapi tidak sampai menggoda.

Jaga diri, dan jaga pandangan orang. Kalau cantik dan menarik perhatian sehingga lelaki pandang dua kali tu salah dah kan? apa kes pulak kalau tak cantik, tapi orang pandang dua kali sambil mengata? So, eloklah jaga ketrampilan supaya paling tidak, kita tak bagi orang mengata, dan orang pon tak dapat dosa sebab mengata kat dia yang kurang berketerampilan itu.

11 October 2010

Back to School







teringat zaman sekolah tahun 80 an dulu.
belum zaman mechanical pencil.
Guna sharpener biasa je.

10 October 2010

10.10.10







Nak jugak locate tarikh cantik nih kat sini.

07 October 2010

Mengenang tempat yang jatuh








Saya terima tali penggantung ni kemarin.
Sangat teruja.
Terima kasih.

lama dan baru.
Tidak pernah melupai.
Gembira dah ada dua.
Look forward lagi 3.
Boleh tukar hari-hari.
Siapa yang sudi untuk bersedekah, sila e mel saya untuk dapatkan alamat.

Terima kasih

03 October 2010

Alunan Jiwa - You Raise Me Up

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

by : Josh Groban

Terkedu






Terasa nak berkata sesuatu di sini.
Tapi macam terkedu. Pasai apa pun tak tau.

Akan cuba, nanti.
Setalah selesai yang wajib dan berbayar ini.

26 September 2010

Konpiyus

Ayat dia adalah sedikit menghina saya, tidak lama dulu. Menitis jugak air mata saya sebab tu. Saya sedar saya pun bukan sempurna atau sebagus dia. Mungkin dia sedar salahnya ayat dia. Maaf dikirim thru e mel saja. Bukan directly, tapi ramai-ramai dan kepada saya hanya di cc. Tu pun sempena raya. Dan kad raya pun dihantar. So, paham lah kan, orang nak minta maaf.

Saya memaafkan. Cuma tak mampu nak berkata-kata. Nak bercakap lebih dari kerja, tak mampu nak berpura-pura. Ambil masa. Bukan mudah nak membuang penghinaan itu. Saya juga tak berdendam. Biarlah. Dia tak perlu tahu saya memaafkan. Dan berpura-pura untuk bercakap juga tapi sebenarnya tak memaafkan pun tak baik kan?

Moralnya, kena berhati-hati bila marah, agar marah tu tak merayap pi tang lain, dan juga tidak melukakan hati orang lain.

Cuma peringatan untuk diri sendiri.

22 September 2010

Marah

Seawal pagi tadi, di Astro, Dr Fazilah Khamsah cakap, marah itu hanya berlaku empat setengah minit ja.. dan dah boleh rationalize balik lepas tu..

So, kalau marah, kita diam sat, ambik ayaq semayang, duduk diam-diam 4 setengah minit. harap-harap cara tu boleh elak dari memaki hamun orang.

er.. lama jugak 4.5 minit tu kan?

21 September 2010

Terkedu

Terkedu sekejap di dalam mood nak menyonteng samting kat sini.
Dari nak tulis benda lain, tertulis benda lain.
Er, bukan setakat terkedu, tapi ada sikit rasa ralat macam ada hurt orang lain punya rasa.
Semoga tidak. dan semoga salah paham itu tidak berulang.
Adeh.. sakit pinggang!

17 September 2010

Redha itu sangat penting

meredhai dan diredhai.
dua-dua adalah sangat penting
harus dari jiwa yang ikhlas
tanpa mengungkit di kemudian hari

Aku : redha dengan ketentuan dan ketetapanNya. Alhamdulillah

Tukar curtain

... tak.. bukan curtain rumah.
apatah lagi sempena nak raya.
pakai yang sedia ada jugak walau sejak pindah sini,
belum berganti baru.
hanya berganti basuh.

Kite tuka curtain blog nih.
Apesal? tadak pasal apa.
Bila ziarah blog orang, asik terpikat dengan itam je.

Untuk sekian kalinye, tukaq lagik.

15 September 2010

Institusi Keluarga

.. sangat penting.
jangan diabaikan.
kena banyak bertolak ansur.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
ingatan pada 12 September 2010/3 Syawal 1431 H
dari Hospital Sungai Bakap

Hann : Semoga Allah memberkati, melimpahi rahmat dan rahimnya kepada seluruh ahli keluarga Abdul Razak dan pasangannya, amiinn

12 September 2010

Duit Raya

Tahun ni dapat duit raya. Serasa macam kurang percaya bila aku ni, yang mak kepda 4 budak dapat duit raya. Total 11 inggit malaysia. Hehe.

10 inggit mak aku bagi. lagi singgit.. err long bagi. Kata kanak-kanak yang aku bawak petang kemarin sama dengan maktehnya cakap, once nak keluaq dari rumah long, long pesan kat diorang, singgit ni bagi kat budak baju biru yang dah jalan dulu. Siapakah yang pakai baju biru tu? Depa kata aku sorang je yang pakai baju biru. Arghh.. diistilahkan aku budak? mm.. gelak dalam stress.. haha

Jangan marah.. aku dapat duit raya.. 11 ringgit.. hahah

11 September 2010

Minal Aaidin Wal Faaizin..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Walau hari kedua baru nak wish kat blog nih, kira ok lah tu kan.. hiks. Lupa nak gantung kad raya sendiri kat sini. Jenguk sini ye.. sini..

kad tu tempah khas dari Baba. Baba kata kena queue macam orang lain jugak. last sekali baru baba siapkan this e card. baba publish, tanpa bagitau mama. sebab tu kad tu macam bisu. dok sorang-sorang kat situ, tak cakap sepatah. Iskk..

Maka untuk semua tetamu di blog nih, sama ada yang terpijak ter click masuk, memang aja jenjalan atau pembaca yang menjadi istimewa di blog saya, saya ucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita kekalkan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan pada bulan Ramdhan. Janganlah tunggu Ramdhan tahun depan, baru nak buat semula. Semoga Allah memberi kita kekuatan dan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia untuk berjumpa di Ramdhan yang akan datang, InsyaAllah.

Pandu dengan berhati-hati semasa pulang ke kampung atau menziarahi sanak saudara. Sebelum mulakan perjalanan, bacalah doa, semoga Allah memelihara perjalana kita serta mengelakkan kita sekeluarga dari segala musibah dan mara bahaya.

Minal aaidin wal faaizin, kullu aam wa antum bikhair
dari saya dan keluarga

Istimewanya dia

Agak lama saya tak update di sini. Bukan tak nak. Nak. tapinya kurang bermaya. banyak gangguan. Kurang boleh konsentret untuk menulis yang memerlukan perhatian jiwa dan raga nih.

Nampak juga, dah ada yang istimewa di blog ni.. apa tuh, yang dipanggil follower. Saya percaya, dia bukan sesaja ikut, pasti ada yang menarik.. kalau tak menarik pun, tak pa, yang penting, dia paling istimewa di blog yang ni, sebab dia adalah yang pertama.

Perasaan saya? bangga. Sungguh bangga, bersemangat nak update blog. bersemangat nak upkan taraf blog agar lebih sempurna.

Terima kasih kepada dia. sapa tu? hikss.. sini lah..

24 August 2010

Berpagi-pagi

Pagi yesterday dan pagi ni adalah awai sampai pejabat. Hehe. Nampak sangat selalu sampai lewat. Lewat pun pukoi 7.59, 8.00, dan selanjutnya.

Jadi, untuk meligan masa demi nak memunch kad itu adalah sangat berharga. Kedaan di bumi tempat saya kerja ni tak jem. Less hassle. makanya boleh meyepid speed di highway utara selatan. Tu yang sempat punch jam 8. Ok lah kan? 8.01 baru merah. Haha.

Tapi, sejak kemarin.. awal. kebetulan juga Irfan tertinggal kasut sekolah di nursery. Makanya kena pusing ke situ dulu dan ambil. Keluar rumah jam 6.50. Dan manage to sampai pejabat 7.40.. Dasat kan? haha.

Hari ni punch in jam 7.42. Err.. satu benda yang dok perasan.. Isi minyak kereta RM 50 last Sunday. Selalunya hari selasa dah kena isi semula another 50. Hari ni lah tu. Tapi minyak tak luak. boleh bertahan sampai balik nanti. makanya.. Jimat!! sampai pejabat, Emi dan Kak Rosni tegejut tengok saya awai.

Moral of the story.. kena awai, supaya tak menyepid di jalanan, tak berlumba-lumba termasuk maki hamun orang yang bawak kereta tak guna akal fikiran.

Hann : kalau kita selalu lewat, orang tak heran, tapi bila sekali awal, orang naik heran.. Suka. dapat newspaper free kat foyer library di awal pagi. Dan berazam untuk awal lagi esok.

21 August 2010

Pergi

Awal pagi semalam, terjumpa kak imah, jiran sekomuniti kerjamencari seorang jiran lain yang juga sama komuniti kerja. Agak blur di situ, saya tanya ada kes apa pepagi buta sedang saya sibuk mencabtas pokok di laman. Kata Kak Imah, ada sahabat sepejabat meninggal maghrib semalam, dan akan dikebumikan pagi ni.

Maasya Allah. sungguh saya ketinggalan. Baru lah nak pi tengok henpon yang dok bertukun kat dalam henbeg. Ada kengkawan yang prihatin dah bagitau.

Siap. Saya pay the last respect to her bersama dengan kak Imah dan Kak Rosma. (.30 tiba di kawasan rumahnya.

Arwah adalah sebaya dengan saya, cuma belum berkahwin. Bila ditanya dengan kawan-kawan tak siapa yang tahu akan sakitnya. Dan berita ini adalah sesuatu yang mengejutkan.

Sesungguhnya arwah pergi pada Maghrib malam Jumaat, dikebumikan sebelum Jumaat di bulan Ramadhan. Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang yang beriman. Alfatihah untuk Allahyarham Noor Niza Ahmad.

Hann : Dah hilang ramai sahabat yang sebaya. Insaf. Moga kali ni bertahan lebih lama dari biasa.

19 August 2010

gelora perasaan

Saya penah catatkan, untuk memilih, adalah lebih baik agar ditipkan petunjuk dari Allah, dengan solat istikharah.

Saya yakin, setelah itu akan yang saya pilih. Tapi, tak nafi kadang ada rasa was was juga di situ. Dan pagi ni, dua sahabat saya tanpa diundang bercakap tentang ini, dan menyatakan pendapat yang sama di lain ketika. Masya Allah. Sungguh besar rahmat Allah di situ. Di kala penin-penin lalat nak pikir, positive, negative semua campoq sekali, merekalah yang membantu.

Taerima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah memberkati dua sahabat saya ini.

Hann : hati kata mau, mulut kata mau, hati kata mau, mulut kata penin.

18 August 2010

cruel or kind?

Ada sedara saya cakap, sometimes you have to be cruel to be kind.

Ada kebenaran pastinya. Niat untuk menjadikan seseorang lebih baik, kadang-kadang akan dilihat dan sebenarnya nampak sangat kejam.

Hann : Tak niat nak menganiaya sapa-sapa

17 August 2010

Antara

Selalunya dalam membuat pilihan, bila ada antara, dan perlu memilih salah satunya, akan membuat kita sering serba salah. Istikharah adalah untuk mendapat petunjuk dari Allah yang maha mengetahui.

Kena buat. sehingga sekarang, hanya dapat sekali. Hari lain, bukan tak mau, tapi tak diseru. Haish. Sekali rasa nak yang dekat. Dua kali rasa nak sedikit jauh. Tiga kali, tak rasa apa. Empat kali, terus buat keja lain.

Akan buat juga. semoga Ramadhan ini cahaya Allah turun dari langit menyuluh jalan mana harus diikuti.

Happy Birthday Kakak

Umur kaka mencecah 9 tahun. Dah besaq anak mama. Bukan hari ni, tapi 15 Ogos lepas. Bukan tak ingat, cuma tak sempat nak mencatat. Masakan boleh lupa tarikh keramat tu.

Masakan boleh lupa yang saya dan kakak sama berjuang untuk mengelak dari dioperate, tak mo duduk hospital, berulang alik hospital. baba pulak jauh di Kuala Lumpur. Ingat lagi, malam sebelum esok paginya dioperate, baba jenguk saya waktu malam, dan bawa big mac set untuk dimakan. sedap sungguh!

Wel, apa pun, kasih sayang dan doa untuk kakak akan sentiasa mengiringi kakak. Mudah-mudahan membesar menjadi anak yang solehah. InsyaAllah.

22 July 2010

Rasa itu.. Part II








Hari tu lah.. hari senin lepas.. sepanjang hari tak rasa best. petang tu ada mesorat dengan bos baru. Habis lewat. Baba kata Baba kat tempat lain. Akan lebih lambat dari saya. makanya saya kena kutip power rangers 4 orang itu.

Saya lewat keluaq dari pejabat. dari situ ke tempat anak-anak adalah makan masa 35 minit pada kelajuan yang tak disaman oleh mata-mata dan 20 minit pada tahap boleh beterbangan.

hampir terbang bawak kereta hari senin lepas. Tapi macam tak buleh nak pi. ekon panaih. sampai kat satu tempat ghasa macam samting. Tetiba terjeling kat temperature meter. Owhhh!! kena berenti.

Signal kiri. masuk lorong kiri, terus ke tepi jalan. Mujoq tak sapu makcik juai buah cempedak tepi jalan. Elok berenti, enjin berasap. Tutup enjin, ambik henbeg. tutup pintu manual dan lari-lari macam budak skolah pi kat kedai dekat tu, pinjam henpon. Istighfar sepanjang jalan.

telepon baba, suruh segera kutip anak-anak, and mai kat tempat kejadian sebaik habis ambik depa. Mujur jugak baba hantar pomen kereta baba menyelamatkan saya. Silap saya jugak, lupa nak tengok kat temperature meter. konfiden ja bawak kereta, sebab baru dua minggu lepas baba hantar servis.

Ni kali kedua kejadian berlaku. Dulu, penah sekali. Masa tu mengandungkan anak yang keempat. Baba pulak masa tu pegi kelumpo. Masa bawak kereta, rasa semacam. telepon baba, tapi tak angkat. telepon lagi, kawan baba angkat, baba dalam toilet.

makcik ni ketaq pala lutut dah. Dok teragak nak berenti. tapi gayat sebab kat hutan getah. Gagah dok bawak lagi, sampai kat pekan kecik tu. Elok masuk je kat depan klinik tu, tak sempat masuk parking, enjin mati.

mujur tak sampai kat trefik light tu. Kalau mati kat situ, saya keluaq ngan perut boyot-boyot, mau satu pekan kecik tu terpa kat saya, ingat nak beranak. Mau masuk newspaper pagi esoknya.

Untuk kali ni, juga macam yang dulu, Baba asik gelak je..

20 July 2010

Rasa itu









Saya terasa seperti nak mencatatkan sesuatu di ruangan ini. Tapi semuanya yang berlaku sejak kemarin lah. Kat sini, Ahad adalah hari bekerja, sedangkan orang lain di negeri yang mondaynya adalah hari permulaan minggu untuk bekerja, sedang asik mengulit diri kat rumah. Saya cuba sebolehnya untuk bersemangat bekerja seperti hari Khamis (sebab hari Jumaat weeked di sini).

Sungguh! Saya telah meneliti satu perkara yang perlu saya lakukan seawal pagi agar saya memulakan hari dengan sesuatu yang bermakna. Simple, tapi agak susah. Makluman melalui e mel kepada makhluk di seluruh organisasi kecil kepada organisasi besar. Saya tak rasa senang. Sementelah perlu mengumumkan sesuatu yang MAHA penting untuk meminta umat yang mempunyai tajuk Tan Sri, Dato', Datuk, Prof., tuan dan puan itu berbuat sesuatu. Akhir titik saya, saya menyemak semula, dari kepala atas, hingga ke titik akhir untuk pastikan dalam ayat betul, zero kesalahan dan mudah difahami, dan pentingnya segala yang diminta akan sampai ke meja saya (yang akan lebih berserabut dari hari ni) pada hari yang saya mohon untuk dilaksanakan itu. Yeah! Cool. Ok. Buleh send.

Dok tak lama, ada e mel masuk.. tajuk yang saya send tadi lah. Err.. tarikh yang dicatatkan salah. Erk!! Repair, semak seround lagi.. ok. Cool. Bismillahirrahmanirrahim. Send. Tup tup sebijik lagi e mel masuk. Ada sikit lagi pembetulan yang tak dibetulkan. Maaakk.. nak nangis.. Tetiba saya rasa sungguh saya tak teliti walau mata hampir terbonjol keluaq menyemak details. Maka, untuk kali yang kesekiannnnnnya, saya tulis begini :

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang silap itu adalah atas kecuaian mata saya.
Mohon maaf atas kesulitan.
Disampaikan sekali lagi.


Saya agak terkedu. Sungguh rasa tidak aman. Emosi saya agak terganggu. Setiap kali kopi dan pes maklumat, saya akan beribu-ribu kali ingat. Ingat yang akan cuba untuk menghilangkan kesalahan di dalam penghantaran maklumat. Loklaq jugak akhirnya. Mujur ada yang bagi sokongan di celah itu. Saya terharu. Ada yang prihatin dengan keterbutaan saya. Kadang-kadang dalam berhati-hati, masih jugak gagal jadi 100% Berjaya.

Satu frasa yang saya dengar pagi ni IKIM fm.. Success without happiness is the worst failure.

Hari ni : Bangun pagi sedikit lewat dari biasa, terperasan beteri telefon hampir tiada, cucuk plug kat dapur. Sampai kat pejabat baru perasan telepon tinggal kat rumah. Pagi tadi tetiba gatai tangan tukar jam tangan yang agak lama tak berada di tangan. Sampai pejabat, pun baru perasan jam mati. Pagi yang tak bermaya. Harap akan segera ok sehingga malam nanti.

10 July 2010

Kematian itu dekat







Sedang saya sibuk di dapur memasak, sambil menguruskan anak-anak, henpon saya berbunyi menandakan mesej masuk. ralit lagi saya melayan anak yang minta saya suapkan makanannya. Sebaik saya tengok mesej, Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.. Rakan sepejabat saya yang saya catatkan di sebalik sana telah pergi menemui Ilahi. perginya dalam usia yang agak muda. Saya hanya sempat kenalnya dalam beberapa bulan sebaik saya dipindahkan ke jabatan yang terkini, sebelum beliau jatuh sakit sejak bulan Februari atau Mac yang lalu.
Bersama jiran, yang juga rakan sepejabat (kebetulan yang meninggal itu anak buahnya di pejabat), Kak Ram, dan Kak Rosma pergi mengunjung jenazahnya.

sesungguhnya kematian itu dekat dengan kita, apatah lagi bila pergi mengunjung macam tu, mengingatkan kita tentang mati.Insaflah sekejap.. berkali ganda dari biasa. lebih dari Azim yang selalu nak tembak saya dengan pistol mainannya kalau saya lambat layan dia minum susu milonya atau apa-apa jua.

Mudah-mudahan Allah merahmati rakan sepejabat saya itu. Moga segala kebaikan beliau diingati selamaya oleh kami yang ditinggalkan. Moga Allah menempatkan beliau bersama orang yang beriman. Moga Allah dan semua kawan-kawan lain mengampunkan dosanya, jika ada. Sungguh! saya kagum dengan semua kebaikannya. Al-Fatihah.

24 June 2010

Kena tunjuk kat orang ke?

Saya suka melihat loving couple.. bukan couple yang belum nikah. Dan selalunya akan diistilahkan sebagai romantik. Mungkin lah kot.. Saya tak reti pasal tu. Sungguh! saya suka tengok.. tapi bukan yang so so obvious yang menggelikan jiwa, but the caring, sikap ambil berat, prihatin dan yang sewaktu dengannya adalah saya suka.


Baru ni, waktu saya bertugas, kebetulan kawasan kampus agak lengang. Umat Nabi Muhammad s.a.w agak berkurangan, apatah lagi cuti yang panjang, makanya memanglah kurang manusia.. Dan kemarin, saya bertugas di satu tempat yang agak jauh sikit.. melilau kot kawasan tu. Ada sekaple ni, nampak sungguh cuak, men menggedik2.. tu student lah tu.. mm.. geli!


dalam satu hal lain, saya penah ditegur oleh bekas bos saya yang sangat saya suka.. sayang pun ye jugak.. bos, cum kakak in a way.. Kebetulan baba call saya pagi tu, dan saya address dear hubby depan orang ramai adalah "baba" dan membahasakan diri saya "mama". kata bos saya.. kena hormat.. panggillah dengan yang sepaptutnya. Betul. Saya setuju dan saya memamng melaksanakan apa yang sepatutnya.
Cuma pendirian saya, romantik dan kemesraan saya dan suami saya tak perlu nak didisplay kat public...
Kadang-kadang, kita tengok yang over sangat tu lah yang pasang banyak cawangan.. hehehe..

tau, tak baik saya komen macam ni.. tu hak masing-masing. Tapi saya nak jugak voice out kat sini, sebab saya rasa tu maruah diri sebenarnya, ada yang boleh ditunjukkan, ada yang perlu direservekan. Well, ni pandangan saya lah. Romantik itu seni. seni selalunya bukan ditunjuk secara nyata, tapi yang ditafsirkan adalah di sebaliknya.

Entry ni terbit sebab geram kat kapel yang terhegeh2 kat Dp tadi. Geram. Sempat jugak saya tegur.. Hahhahaha..

03 June 2010

Nice People

Jumpa ramai orang yang nice..
dan rupanya ramai yang nice. ada juga yang tak nice..
Ada yang nice kat depan, tapi di sebaliknya tak nice pun.. ada yang mempamerkan ketidak"nice"annya, tapi hakikatnya sangat nice di hati..
Pesan Baba, jangan mudah percaya.. sentiasa kena hati-hati..

01 June 2010

Happy Anniversary!

Happy Anniversary yang ke sepuluh..
sori for the late entry.. makanya akan jadi Happy Anniversorry ka?
heheh..

17 May 2010

Hari ni..

“Jadilah orang yang terbaik pada pandangan Allah, jadilah orang yang paling rendah pada pandangan diri sendiri dan jadilah contoh yang baik pada pandangan orang lain.” Saidina Ali Abi Thalib

13 May 2010

Happy Birthday, Irfan


Dear wonderful son.

Happy 7th Birthday - 11052010.

Love u..

Baba, Mama, Kakak, Azim, Nina
Posted by Picasa

First post

Saya buat satu site baru..

Kenapa?

Ni untuk saya relax, lepak, dan tulis apa yang saya suka. Site lain.. agak skim sikit bunyiknya. Bila saya melilau-lilau aka blogwalking.. saya suka dengan bloggers yang bercerita seolah-olah saya dekat dengannya. Blog yang sedia ada, tanak lah campur-campur dengan repekan saya.

Fokus site?

360 degree.. dulu, penah ada site macam ni.. tapi ditiadakan sebab tak sempat nak komitkan diri dengan benda alah ni. Sekarang ni sedang menganjak paradigma dari FB ke sini. (Baba tak marah kan? *peace*)