26 September 2010

Konpiyus

Ayat dia adalah sedikit menghina saya, tidak lama dulu. Menitis jugak air mata saya sebab tu. Saya sedar saya pun bukan sempurna atau sebagus dia. Mungkin dia sedar salahnya ayat dia. Maaf dikirim thru e mel saja. Bukan directly, tapi ramai-ramai dan kepada saya hanya di cc. Tu pun sempena raya. Dan kad raya pun dihantar. So, paham lah kan, orang nak minta maaf.

Saya memaafkan. Cuma tak mampu nak berkata-kata. Nak bercakap lebih dari kerja, tak mampu nak berpura-pura. Ambil masa. Bukan mudah nak membuang penghinaan itu. Saya juga tak berdendam. Biarlah. Dia tak perlu tahu saya memaafkan. Dan berpura-pura untuk bercakap juga tapi sebenarnya tak memaafkan pun tak baik kan?

Moralnya, kena berhati-hati bila marah, agar marah tu tak merayap pi tang lain, dan juga tidak melukakan hati orang lain.

Cuma peringatan untuk diri sendiri.

22 September 2010

Marah

Seawal pagi tadi, di Astro, Dr Fazilah Khamsah cakap, marah itu hanya berlaku empat setengah minit ja.. dan dah boleh rationalize balik lepas tu..

So, kalau marah, kita diam sat, ambik ayaq semayang, duduk diam-diam 4 setengah minit. harap-harap cara tu boleh elak dari memaki hamun orang.

er.. lama jugak 4.5 minit tu kan?

21 September 2010

Terkedu

Terkedu sekejap di dalam mood nak menyonteng samting kat sini.
Dari nak tulis benda lain, tertulis benda lain.
Er, bukan setakat terkedu, tapi ada sikit rasa ralat macam ada hurt orang lain punya rasa.
Semoga tidak. dan semoga salah paham itu tidak berulang.
Adeh.. sakit pinggang!

17 September 2010

Redha itu sangat penting

meredhai dan diredhai.
dua-dua adalah sangat penting
harus dari jiwa yang ikhlas
tanpa mengungkit di kemudian hari

Aku : redha dengan ketentuan dan ketetapanNya. Alhamdulillah

Tukar curtain

... tak.. bukan curtain rumah.
apatah lagi sempena nak raya.
pakai yang sedia ada jugak walau sejak pindah sini,
belum berganti baru.
hanya berganti basuh.

Kite tuka curtain blog nih.
Apesal? tadak pasal apa.
Bila ziarah blog orang, asik terpikat dengan itam je.

Untuk sekian kalinye, tukaq lagik.

15 September 2010

Institusi Keluarga

.. sangat penting.
jangan diabaikan.
kena banyak bertolak ansur.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
ingatan pada 12 September 2010/3 Syawal 1431 H
dari Hospital Sungai Bakap

Hann : Semoga Allah memberkati, melimpahi rahmat dan rahimnya kepada seluruh ahli keluarga Abdul Razak dan pasangannya, amiinn

12 September 2010

Duit Raya

Tahun ni dapat duit raya. Serasa macam kurang percaya bila aku ni, yang mak kepda 4 budak dapat duit raya. Total 11 inggit malaysia. Hehe.

10 inggit mak aku bagi. lagi singgit.. err long bagi. Kata kanak-kanak yang aku bawak petang kemarin sama dengan maktehnya cakap, once nak keluaq dari rumah long, long pesan kat diorang, singgit ni bagi kat budak baju biru yang dah jalan dulu. Siapakah yang pakai baju biru tu? Depa kata aku sorang je yang pakai baju biru. Arghh.. diistilahkan aku budak? mm.. gelak dalam stress.. haha

Jangan marah.. aku dapat duit raya.. 11 ringgit.. hahah

11 September 2010

Minal Aaidin Wal Faaizin..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Walau hari kedua baru nak wish kat blog nih, kira ok lah tu kan.. hiks. Lupa nak gantung kad raya sendiri kat sini. Jenguk sini ye.. sini..

kad tu tempah khas dari Baba. Baba kata kena queue macam orang lain jugak. last sekali baru baba siapkan this e card. baba publish, tanpa bagitau mama. sebab tu kad tu macam bisu. dok sorang-sorang kat situ, tak cakap sepatah. Iskk..

Maka untuk semua tetamu di blog nih, sama ada yang terpijak ter click masuk, memang aja jenjalan atau pembaca yang menjadi istimewa di blog saya, saya ucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita kekalkan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan pada bulan Ramdhan. Janganlah tunggu Ramdhan tahun depan, baru nak buat semula. Semoga Allah memberi kita kekuatan dan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia untuk berjumpa di Ramdhan yang akan datang, InsyaAllah.

Pandu dengan berhati-hati semasa pulang ke kampung atau menziarahi sanak saudara. Sebelum mulakan perjalanan, bacalah doa, semoga Allah memelihara perjalana kita serta mengelakkan kita sekeluarga dari segala musibah dan mara bahaya.

Minal aaidin wal faaizin, kullu aam wa antum bikhair
dari saya dan keluarga

Istimewanya dia

Agak lama saya tak update di sini. Bukan tak nak. Nak. tapinya kurang bermaya. banyak gangguan. Kurang boleh konsentret untuk menulis yang memerlukan perhatian jiwa dan raga nih.

Nampak juga, dah ada yang istimewa di blog ni.. apa tuh, yang dipanggil follower. Saya percaya, dia bukan sesaja ikut, pasti ada yang menarik.. kalau tak menarik pun, tak pa, yang penting, dia paling istimewa di blog yang ni, sebab dia adalah yang pertama.

Perasaan saya? bangga. Sungguh bangga, bersemangat nak update blog. bersemangat nak upkan taraf blog agar lebih sempurna.

Terima kasih kepada dia. sapa tu? hikss.. sini lah..