17 October 2012

Mari beratur

Weather for Manchester, UK

12°C | °F
WedThuFriSat
Chance of StormsChance of RainPartly SunnyPartly Sunny
Light Rain


Wind: SE at 12 mph


Humidity: 77%14°15°14°12°



Beratur untuk menentukan giliran masing masing adalah sangat penting.
Selama berada di sini, hanya satu tempat yang kite jumpa menggunakan sistem bernombor sebagai gantian beratur secara manual. Itupun di Argos, kedai yang beli barangan katalog. Pelanggan diberikan nombor untuk menungu sementara mereka menyediakan barangan yang telah dipilih setelah membayar harga barangan tersebut.

Dalam banyak keadaan, beratur adalah dalam keadaan manual.. diberikan satu barisan, atau kawasan untuk beratur yang panjang, dan pelanggan selalunya tak tunggu lama untuk diberikan layanan sebab "till" yang panjang. Kalau di Boots, atau cooperative food M&S dan lain-lain ada sistem komputer yang membantu memberitahu di mana till yang kosong untuk bergerak ke situ, tetapi selalunya staf mereka rajin menjerit dan sebut.. "Nextttt!!" dan once sampai ke situ akan disapa dengan ramahnya... Hi, how are you, are you all right? dan bagai-bagai lagi yang membuatkan kita so comfortable untuk mendapatkan servis meski dengan soalan dan ketidakpandaian. Apa yang kita tanya, selalunya melebihi jangkauan jawapan, seseuai dengan hak pengguna yang ditetapkan oleh gomen sini. Nanti, seketika dua ketika nanti saya akan mengstory tentang hak pengguna yang best dan enjoyable di sini. Primark yang terkenal tak de pulak sistem gitu. semua staf dia memang kuat menjerit.. But, service memang cepat walau beratur 100 meter.

Apa lagi yang best tentang beratur?
agak amazing bila nak masuk kedai waktu sale di sopomaket yang agak tinggi ranking bintangnya, contoh paling hebat bagi orang Malaysia kat sini adalah shopping di NEXT. NEXT sale adalah sangat ditunggu-tunggu, apatah lagi ketika sale musim panas, ketika musim autumn atau winter menghampiri. Sale di sini bermakna sale yang gila-gila.. mereka memang sesungguhnya menghabiskan stok musim-musim yang sedia ada bagi memberikan laluan kepada stok musim yang akan datang. Masa tu, penuhlah manusia menyoping. Agak ketara ramai yang suka, terutamanya Malaysian sebab baju-baju yang dilelong boleh dipakai di Malaysia. Untuk mendapatkan baju yang baru, dengan harga sekitar GBP 5, boleh la.. tu harga baju kanak-kanak ye.. kalau makcik and pakcik.. dan kanak-kanak yang besaq, mahai lagi lah.

 22 September 2012, 6.46 pagi - Next Sale, Manchester Fort

Sale bermula sejak jam 5.00 pagi. Beratur seawal jam 4.30 pagi adalah sangat challenging.. Nak masuk shopping pun kena beratur rupanya.. dan kedai hanya benarkan masuk sekelompok yang awal saja.. Nanti lah bebila kite sembang tentang sale ni, something yang sangat interesting!

Oh ya, ketika kami beratur tu, ada sorang geng Paki/Kipas yang datang lambat, tetiba join keluarganya beratur depan kami. Minah omputih belakang kami berasap2 maki hamun dia tu.. marah benar sebab dia potong line.. Begitulah kisanya keutamaan beratur ni.

Next, Arndale

Masuk rumah pun kena beratur. Sounds awkward kan?
tapi tu lah hakikatnya. Agak menyeronokkan situasi ni. Selalunya berlaku pada kami yang ramai ahli keluarga. Sebelum keluar rumah, beratur di hallway sebelum keluar. Lebih menyesakkan kasut semua bersusun di hallway.

Beratur nak masuk rumah ketika majlis keraian atau majlis hari raya di rumah student Malaysia yang lain juga amat mengujakan. Beratur di luar ketika menunggu yang di dalam nak balik adalah saat indah. Lama jugak beratur selalunya. Selalunya kes kat dalam yang mencari-cari kasut yang tertimbus di dalam kasut orang lain adalah agak mengambil masa.

Minggu lepas, di kedai charity, saya ditegur oleh staf kat kaunter bayaran sebab tak beratur/potong line.. buruk jugak perangai saya sebab tak concern ada orang beratur rupanya, Makcik omputih tu rupanya sementara tunggu depa picit button kat mesin tu teleah melilau kat tepi tu nak tengok barang lain.. dan ad asorang lagi kat belakang tu yang jauh sikit dari tempat beratur.. Malu.. hahahha.. lupa berada di negara orang.. Kalau kat Malaysia selalunya gitu lah, kat negeri saya lah terutamanya..

Semoga kita menjadi semakin disiplin dengan beratur ni.. terutamanya di toilet. Sebelum saya tinggalkan tanahair tahun lepas, kalau tang restroom ni selalunya beratur depan pintu toilet, instead of beratur mengikut kedatangan atau kehadiran. Lebih membengakan kalau dah beratur lama, tapi yang baru masuk dapat menyiapkan "tugasan" sebab orang yang ditunggu tu cepat selesaikan urusan.. tu dulu lah. Semoga bertambah baik rakyat Malaysia dari hari ke hari..

Till then. Take care all.
babai luv!

nota : Saya telah kehilangan tempo menulis seperti dulukala..

06 October 2012

Outdoor Solat

Berkelana di bumi asing membuatkan kita akan melalui pegalaman yang sangat jarang, malah hampir tidak pernah dibuat di negara sendiri. Salah satunya adalah solat di luar ruang solat yang telah dikhaskan, sama ada surau/musolla, masjid, rumah dan mana-mana kawasan lain yang sewaktu dengannya.

Mealui pengalaman solat di luar kawasan tersebut adalah menjadi satu keindahan amat, malah bukan sesuatu yang sukar. Kite tak reti nak explain, but sangat indah. Kalau yang pernah ikut blog saya sejak kali pertama sampai sini, dan waktu solat zohor dan asar dalam yang pendek sangat dalam  musim sejuk.

Ketika waktu solat agak panjang, saya dan Lenny, akan ke MacDougalls di South Zone UoM atau singgah sebentar di Sackville Prayer Hall di North Zone ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika mana siang menjadi makin singkat, kami berdua harus mencari alternatif lain. Maka, kami akan mengambil wuduk di water fountain dalam ladies washroom (gantian sinki membasuh tangan di Arthur Lewis), kami mencari mana-mana bilik kuliah yang kosong untuk solat barang seketika, dengan harapan tidak kelas tersebut tidak digunakan pada waktu berikutnya. Pernah berlaku ketika kami sedang bersolat, pintu bilik kuliah yang kami gunakan diketuk. Saspen juga. But diorang, hampir majoritinya tahu untuk menghormati kami bersolat.

Agak musykil jugak kadang-kadang melihat solat tidak diambil berat di kalangan Muslim sendiri. Biasa lah keadaan tersebut. Kat sana pun begitu saya kira. Cuma saya sangat concern, bila mana kelas saya pada semester pertama adalah diajar oleh seorang Muslim, jam 12-3 petang. Minggu pertama kelas, saya merasakan bahawa antara waktu berkenaan, beliua akan bagi paling minima setangah jam break untuk beliau solat Jumaat, but tak menjadi seperti yang disangka. Kelas break 15 minit, tapi beliau still dalam kelas, berehat dan bersembang santai dengan students.

Solat dalam kereta, ketika mana keadaan agak kritikal, contoh, masa kami main snow dulu, selain mengejar waktu solat lagi, dan ketiadaan tempat yang sesuai, sama ada ketika kereta sedang berjalan atau kereta tak berjalan, adalah sangat indah. Saya tak pernah membayangkan diri akan menjalani solat dalam keadaan itu, dalam pakaian yang dipakai, berjaket, selain memastikan bahawa aurat ditutup selengkapnya. Masa ni lah terpikir sangat-sangat yang Islam is saaaangat indah. Tak pernah menyulitkan dan menyusahkan.

Saya juga pernah bersolat di salah sebuah masjid di Sheffield,lepas makan di restoren yang agak terkenal di situ, setelah merewang-rewang di carboot besar di sana pada satu tengahari Sabtu. Berbanding masjid Khizra di sekitar rumah saya tinggal ni, masjid tu hanya ada satu toilet dan tempat wuduk. Rasa kami, haruslah berkongsi lelaki dan perempuan agaknya. Memandakan kami solat di hujung zohor, masjid tersebut kelihatan kosong, dan kami bergilir-gilir tunggu depan pintu toilet bagi menghalang mana-mana lelaki masuk. 

Bolton Abbey, September 2012
Pengalaman solat di Bolton Abbey baru ni, berdepan dengan air sungai yang mengalir, ketika panas mentari dan udara sejuk yang bertiup, dedaun yang berselang seli hijau, kuiing dan merah, serta beburung yang menari-nari dan bertenggek riang dalam deruan air yang sejuk macam airs, air yang mengalir, dan itik-itik yang melintas sesekali, adalah saaaangat indah. Subhanallah! Alhamdulillah! Kebesaran Allah itu sangat terasa di hati. It's more than the words of pujian kepada Allah sebenarnya. Kerdilnya kita saat itu.

Terlintas juga kenapa di Malaya kita jarang malah hampir tak pernah kita buat begitu. Kalau buat pun, kita akan rasa pelik sebab macam semua orang tengok. Tu perasaan saya lah. Mungkin juga sebab punya lah banyak tempat solat, malah setiap tempat solat, attached dengan tempat wuduk dan toilet, maka tak pernah menjadi sesuatu yang susah di situ. Kami di sini, harus membawa air untuk wuduk ketika mana perlu, toilet/ sinki berkongsi dengan omputih yang mengamalkan toilet kering. Kalau ambik wuduk basah2 and mercik-mercik air pun kadang-kadang diorang tengok semacam, tapi peduli apa.. kena lah pepandai control air seadanya. Aurat pun kena jaga jugak.

Masa ni jugak, sangat dirasakan, nak datang jauh, actually, bukan datang/pergi jauh je, but dalam semua keadaan, kena ada basic agama yang kukuh.. tahu dalam keadaan ni nak buat macam mana. Now sangat tak susah, gugel je, boleh dapat info, kan?

Indahnya menjadi Muslim. Indah lagi bila mana setiap kebesaran Allah itu dapat kita nikmati. Sangat indah bila mana setiap itu disusuli dengan pujian kepada Allah, meski berkali beratus dan beribu kali kita ucapkan, ia takkan sama dengan tahap kepuasan yang dinikmati. Dan saat itu kita akan berasa saaaangat dekat dengan Allah! Allhuakbar!

Dah dulu.
Jumpa lagi lain kali.
Saya belum sempat ziarah kengkawan. But saya rindu semuanya, esp, kak kasih..

saya akan menulis lagi nanti, Insyaallah.