27 February 2013

Keputeraan si dia

Gambar sebelum kejadian

Tanggal 9 Februari (Sabtu) lepas ulangtahun baba.
Tentunya keputeraan ini paling diingati..
Diuji dengan sebesar-besar ujian,
Tarutama untuk baba,
Mama, kids,
Mak abah and mak ayah,
Sedara mara, ipar duai yang turut terpalit merasai akan kepayahan dan keperitan yang baba, kite and keluarga rasai.


Untuk baba,
Sesungguhnya Allah uji kita dengan sesuatu yang mampu kita tanggung. Hikmahnya mungkin kita belum nampak, tapi mama yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Kuatlah baba, demi mama, kids and semua dalam lingkungan hidup kita.
Semoga cepat sembuh.
Semoga cepat balik rumah..

Nota sebelum titik : 10/1/13, ketibaan di Malaya, 9/2/13 baba and mama dilanggar, dan mulai tarikh itu, sehingga hari ini, 16 hari dah baba kat hospital..





gambar sebelum kejadian..

06 February 2013

Balik Kampung!




Malaysia oh tanah airku!

Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaanNya setelah mengharungi pelbagai ujian,
maka kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanahair setelah mengharungi perjalanan jauh..
bermula jam 5.00 petang, 8 Januari 2013, meninggalkan Cheetham Hill, menuju ke Manchester Airport, dan meninggalkan United Kingdom jam 8.10 malam GMT. Transit di Dubai 3 jam, dan meneruskan perjalanan waktu dubai 10.30 pagi menghala ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Emirates.

ready to go!



Manchester-Dubai-Kuala Lumpur-Alor Setar
(8-10 Januari 2013)

Saat menantikan kapal terbang selamat mendarat di KLIA adalah sangat menghibakan jiwa. Satu perjalanan pulang yang sangat kami nantikan. Sebaik bertemu sauda yang menyambut dan menunggu ketibaan kami adalah lebih mengharukan jiwa.

 Hi Malaysia!

10 Januari 2013, jam 3.00 petang, penerbangan dari KLIA ke Alor Setar selamat tiba.. Macam tak percaya je perjalanan jauh kami dah sampai ke kampung halaman.

Alhamdulillah. Tak de sebaik tanahair sendiri yang menyanjungi rakyatnya yang pulang.
I'm home! We're home!

Melambai-lambai Gunung Jerai.
Hi Kedah!