25 January 2011

Dasat eek.. Minda diorang








Being sooo workaholic for the past few years membataskan saya dengan aktiviti komputer, internet dan yang sewaktu dengannya. Bukan setakat kerja, sibuk meramaikan umat Muhammad s.a.w dan ahlil bayt juga antara yang menyebabkan saya sungguh jumud dari segala segi tentang dunia so-sial maya dan juga jenis-jenis blog nih.

Padahal, bukan bagus sangat pon. Kerja hanya cemerlang untuk diri sendiri. Agar segala yang diraih hasil dari penat lelah bekerja, dihalalkan dunia dan akhirat.

Of this late je yang saya berjaya terjerumus dalam blog, yang secara tak sengaja. Bermula dari separuh hati, dan akhirnya boleh membulatkan akan semangat itu, walau sehingga tempoh ini semangat itu ala suam-suam kuku.

Tah apa saya merepek di opening ceremony malam ni. Sebenanqnya nak melahirkan kekaguman antara blog yang saya terjumpa adalah sangat kreatif.

Bagus sungguh kepala otak diorang. Paling kagum, adalah yang hanya lukis katun, and yet dari situ dah boleh nampak dan tafsir segala yang berbagai. Idea mereka juga amat bagus di dalam menghasilkan samting yang membuatkan kita suka nak ikut dan baca every entry yang diupdate.

Bagus lah. Saya suka. Mereka banyaknya yang set muda-mudalah yang macam ni. Yang set-set veteran sikit, gaya penulisannya hampir sama semuanya. Lebih bersopan dan the way ulasan akan sesuatu itu juga menarik dalam lingkungan mereka. Lembut dan mendalam kalau mereka sinis.

I can just ikut semua level tanpa prejudis. Suka semuanya. Suka memerhati dan menerokai dunia mereka. Penggunaan bahasa yang memuda ni banyaknya omputih.. Bahasa kebangsaan pun saya tak berapa pandai, apatah lagi bahasa asing.. Saya akan bersungguh membaca dan mempelajari.

Baguslah. Suka sangat untuk kali ni. Saya bukan seorang yang punya masa untuk bersantai benar melilau dari blog ke blog. Blog yang sedia ada pun kadang terbiar kaku tanpa belaian mesra.

They are just good untuk dicontohi oleh saya.


Sebelum titik : bila mood agak stabil penggunaan kata nama "saya" adalah sangat konsisten dalam mana-mana entry. Bagus kan? Macam polite je.. Hehe

Dah. Titik.


Sent from my iPad

Amboi!







Kite dapat e mel ni dari cik baba kite .. Dia cakap, " Untuk mengelak sebarang kesulitan, sila bertindak segera."

It is about the saman yang dia tengok kat dalam myEG site. Dua you! Btw, bukan salah kite.. Kite tengok je lah tau..





Sent from my iPad

20 January 2011

Aku ikut hang!









Saya ada terbaca blog orang..
Orang lama yang menceburi dunia blog ni lah.
Ada jugak depa bagi tips nak upkan trafik la bagai..
Nak memeriahkan nombor pengikut..

Antara petua penting depa sebut adalah,
Tengok content orang tu.
Kalau bagus, ikut,
Kalau dak, tak payah.

Ni pemandangan makcik hak blog sendiri,
kalau tengok ranking alexa tu nak baca nombot pon payah,
Banyak sangat..

Ye lah, awak punya dah fames,
Awak pon rajin buat entry, games, giveaway, takeaway,
Dan yang sewaktu dengannya
Maka ramailah yang nak join.

True, idea tu penting nak naikkan trafik
Dan penting sekali nak banyakkan duit nuff
Panduan untuj blogger baru

Well, nama pun blogger baru.
Dah la baru nak terhegeh-hegeh mula
Entry pon lebih kurang je
Bahasa pon tunggang langgang..
(saya lah tu..)
Sapa lah yang nak ikut? Kan?

Tapi kan, dalam ketidaksempurnaan itu,
Katakan Tetiba ada yang mengikut..
Secara tak langsung akan menaikkan semangat kat orang tu.
Aatah lagi kalau yang mengikut tu gah gilla punya glamer
Yang dok cerita duit nuffnang dok dapat berkeping-keping cek sebulan
Trafik tinggi
Unique visitor berdesup naik
Pengikut yang beribu-ribu lemon..
Bangga semacam ja.
Tambah kalau dia tinggal jejak kat blog,
Adeh,.. Rasa macam best sangat!

Tapi rupanya dia yang glamer ni sebut,
dia tak blogwalk to blog orang
Tak ikut kalau dia rasa tak best
Tak singgah kalau tak rasa macam nak
Comments pon jarang reply
Hanya shout di fb ja.
yeah. Good strategy tu..

Kite tau camana sukanya diri ini
Bila ada orang glamer dalam dunia blog ni
Tetiba macam ikut kite
Ikut pon tak mesti dia singgah baca setiap entry
But at least ada some credit yang dia bagi kat
Orang yang baru terhegeh-hegeh nak mula blog..
Which is saya lah tu..

Kite bukan nak suruh orang ikut blog kite atau sapa yang baru nak mula blog
Ikut suka depa lah.
Kite cuma tak suka kadang bila baca entry depa
Ada bunyi riak di situ..
Walau depa claim tak berniat macam tu.
Tapi kalau asik ulag hak tu.. Benda. Yang sama..
Apa maknanya kan?

Sebelum titik : ustaz dulu penah ajar, riak tu ada berbagai jenis,
Sama ada kita sedar atau tidak.. Wallahu a'lam

Dah. Titik.

19 January 2011

Kecelaruan jiwa








Ada sesuatu yang agak melekat di jiwa sekarang.
tak.. bukan melekat.
adalah seperti ralat begitu rasanya.
ada benda yang telah berlaku,
masa berlaku macam ok ja.
tapi lepas tu rasa macam tak best,
macam ada yang tak kena.

Sesungguhnya adalah sangat tak suka akan rasa itu.
Tak reti nak explain.

Titik.

After titik, baru dapat nak letak tajuk.. ishh

17 January 2011

Lega

Di saat kesakitan yang memenuhi ruang diri,
Di kala ayaq mata jatuh demi menahan kesakitan itu,
Adalah sangat penting teman jiwa memahami akan hakikat sakit,
Dan penting sekali sanggup ambik alih dapoq dan urus semua yang berkenaan.

Ayat pedih, dah tau sakit, lain kali mintak ubat tahan sakit..

Adeeh.. Mintak dah. Depa ja yang tak bagi.
Dan setiapa kali agak-agak kematin adalah sangat dekat bila mana kesakitan menjelma,
Saya tak pernah lupa mintak ampun dan maaf dari kanda.
Semoga beliau meredhai saya dan mengampuni dosa saya..

Tengkiu untuk semuanya..





15 January 2011

Antara ujian dan dugaan









Antara ujian Allah adalah menarik nikmat yang diberikan kepada hambaNya.

Diberikan satu nikmat yang baru,
dan ditarik nikmat yang lain,yang telah lama di enjoykan.
Maka hendaklah kamu sentiasa mensyukuri akan segala nikmat yang diberikan.

Peringatan untuk diri sendiri.

Titik.

13 January 2011

Idaman hati, jiwa serta perasaan

Mengidami sesuatu yang kita sangat suka adalah sesuatu perkara biasa.
Tapi bila dapat sesuatu yang diidami walau bukan bertahun lamanya,
Hanya cukup dua hari atau dua minggu,
Makanya kita akan rasa macam nak melompat ke awan,
Dan terus maju sampai ke langit,
Berjoli katak sambil memetik bintang,
Dan hinggap di bulan sambil makan prosperity burger.

Best.. Macam tu lah rasanya..

Khamis, 13 Januari 2011

Titik.


Sent from my iPad..

11 January 2011

Pertemuan Pertama






Orang kata
Pertemuan pertama sangat penting.
akan menentukan masa depan,
pandangan manusia terhadap yang berkenaan.

Kite percaya hak tu.
Makanya demi pertemuan pertama dengan sesiapa juga,
diri, perasaan, appearance, attitude kena jaga.
paling tidak, kena senyum.
bak kata lagu yang asik kedengaran sekarang..
"senyum.. tak perlu kata apa-apa.. senyum"
bukan sekali dia ulang.
banyak kali.
Ampun. Kite tak ingat sapa nyanyi.
tapi kite suka.

Yup. senyum jangan lupa.
Sedekah tu. tak mampu sedekah dengan duit,
senyum dari hati.
Tulus ikhlas.
Beri kesan pada jiwa manusia.

Kite tak suka.
Kite jumpa manusia dalam pertemuan pertama tak senyum.
Kali kedua senyum ala-ala sengih.
Kali keberikutnya tak senyum.
Kali berikutnya kite tegur, tarik muka macam apa pun tak tau.
Monyet kat hutan lagi cantik rasanya.

Serius. Kite cuak.
Patut la bila kite cakap dengan eks bos kite,
untuk matchkan a phd lecturer dengan someone yang baik,
dia tak mo (my eks bos adalah sangat suka matchkan orang yang dia suka dengan orang lain yang dia kenal luar dalamnya adalah baik)
katanya first encounternya bersama orang berkenaan adalah sangat dia tidak berkenan.
katanya bad experience.

later saya paham maksudnya.
walau jumpaan kali yang berikutnya,
tidak akan mampu mengubah tanggapan eks bos saya terhadap phd lecturer berkenaan.
katanya bukan sekali.. lebih dari 3 kali.

Kite pon tak tau kenapa kite post entry ni.
Tapi kite rasa..
tak perlu lah nak sombong ke riak tak ketahuan punca.
sombong dengan manusia ni tak bawa awak ke mana-mana.
Orang pun menyampah.
Diri sendiri pon tak banyak kawan.
Yang nak bekawan pon hak sama spesis.
Kalau muda tu, buatlah cara muda.
Hormat orang tua.

tak rugi ke mana.
Kalau muka tak lawa, boleh jadi lawa lebih lagi andai perangai elok.
kalau nak harap muka elok, tapi perangai huduh, tak guna juga.

Sekian tazkirah hari ini.
Titik.

Expect the unexpected







Kite nampak ada kawan kite letak tajuk di atas dalam FB satusnya.
Kite suka.
Kite pun letak kat blog kite.

hehhe...

10 January 2011

Nak cuti panjang. Buleh?






Kite sibuk benar.
Sangat sibuk benar.

Kursus.
Bukan dalam cerah.
Tapi dalam gelap.
Dari matahari belum terbit.
Sampai hampir time sindarela bukak kasut.
bukan sehari.
Tapi dua hari.
Bukan jauh, tapi dekat.
Letih.

Bengkel.
tiga hari sederet.
Penat minda.
makcik dah letih.
Sejak minggu lepas keja tak berhenti-henti.
Bukan nak kata pekerja yang bagus sangat.
Hanya taat perintah.
Ye lah.
Kite kan kuli je.

Tak pe lah. Keje dulu.
Gaji tak naik jugak lagi.
Minyak naik.
Semua dah naik.
Yang penting kerja kerana Allah.*senyum*

Kite nak cuti. Lama.
Dua tahun.
Buleh? *senyum dua sentimeter kanan dan dua sentimeter kiri*

03 January 2011

Bulan tidak dipagari bintang












Seharusnya saya coretkan sesuatu di sini. Tapi tu lah, banyak dok dalam kepala, tapi semua lupa. akhirnya saya tukar dengan gambar di atas. Kualiti gambar bukan elok sangat. Lekat di sini hanya untuk mengingatkan pagi yang indah sangat, dihiasi oleh sebijik bulan yang menunggu untuk tenggelam di sebalik bukit sementara menantikan kecerahan matahari.

Lokasi : Kampung Lubuk Kawah, Jitra, Kedah, Malaysia

Kanak-kanak dan Sekolah








Majoriti update blog dengan sesi persekolahan yang seMalaysia bermula hari ni. Kebetulan cuti umum yang di enjoy oleh majoriti rakyat adalah Jumaat. Kedah dan negeri yang sewaktu dengannya di mana permulaan minggu adalah hari Ahad, maka cuti Jumaat berkenaan telah dibawa ke hari Ahad.

So, hari senin ni lah rutin bermula. Seawal jam 6.30 dah mula hantar dua anak yang besar tu untuk choopp tempat. Well.. selamat dah yang tu.

Dua yang kecik, dah mula tukar tadika. Risau ada lebih sikit untuk kanak-kanak riang dua orang tu. Tah. nak cerita pun payah.. walaupun sebenarnya tadak benda nak risaukan pun. Diorang boleh bawa diri. Mak nye nih yang tah hapa-hapa.

Ye leah. semua mak macam tu kan. Ingat je kat anak-anak..

Dan dengan sesi persekolah yang bermula ni, maka bermula lah rutin biasa. Esok Baba akan ke Kuala Lumpur. Maka semua anak-anak kena dihantar. dan pastinya pagi tu adalah seperti acara lari pecut 100 meter. Oh!