31 October 2011

Ketika diri mahu tenang

Weather for Manchester, UK

14°C | °F
MonTueWedThu
Chance of RainMostly SunnyPartly SunnyChance of Rain
Scattered Clouds


Wind: S at 16 mph


Humidity: 88%17°13°13°12°15°11°



Bila masa saya rasa agak stress,
Saya suka singgah sini..
Aman.. tenteram, dan paling penting menjadi sumber motivasi dalam diri saya.
Saya suka amat entry yang ini

الحمدلله على كل حال

Dalam satu hal lain,
Ketika adik pompuan saya nan satu tu tanya
study saya bagaimana..
ni jawapan saya :

study? mm.. pesan kat mak suruh doa lebih banyak sikit.. tiap2 malam mangkit la maknanya.. kat sini tengah berusaha keras.. kelabu bijik mata dah

kata dia lagi :


 cayyokkk.... Wokeh.. Nnt habaq.... Yaaaa.... Best2.... slamat blajaq... Smoga berjaya dgn hebat skali....

Saya terharu  dengan ayat itu.
Seperti mereka tahu saya mendambakan distinction untuk pengajian ini.
Dan impian itu kadang saya rasa sangat jauh saya nak mengejar dengan dasyatnya
bila dibandingkan dengan mereka yang berada di sini..
yang cerdik pandainya lebih bijak dari saya.
kebolehupayaan di dalam segalanya jauh dari jangkauan saya.
Tapi, saya yakin, Allah sentiasa ada dan Maha Mendengar.
Dalam nada gelak di sini, saya serius menulis untuk adik saya yang saya suka buli dulu.. :

insyaallah.. tiap2 malam jumaat jangan lupa buat qiam semua sekali, and baca yaasin sekaligus.. hikhikhik..

 Jawapan lebih mengharukan saya :


insyaAllah... Pergh.... Nnt ejas ngan mak.... Ha, abah kirim salam...

Saya tak mampu  nak cakap macam tu untuk mak and abah saya.
Setiap kali nak cakap macam tu, ayaq mata saya akan jatuh.
Biarlah adik saya yang cakap.
saya dah bagitau mak saya sebelum saya mai sini dulu.
Dengan abah jugak, and mak dan ayah..

Dan tidak ada doa lain paling mujarab selain doa mereka.
Saya hanya mampu berusaha sedaya upaya.
Saya rindu mereka. 
Semoga Allah pelihara mereka semuanya.. amiin yaa rabb
  
Wallahu a'lam.

Titik dulu.

 




Krisis Masa

Weather for Manchester, UK

15°C | °F
MonTueWedThu
Chance of RainMostly SunnyPartly SunnyChance of Rain
Mostly Cloudy


Wind: S at 15 mph


Humidity: 82%17°13°13°12°15°11°


Sepatutnya saya buat entry ni kemarin.
Tapi saya malas. Tak dak ubat untuk malas itu.

Kemarin, Sunday, saya dan kanda kat rumah telah hampir bertekak sebab masa.
Dan hanya kami sedari, masa telah di kebelkangkan/backward selama sejam, setelah melihat jam di telefon, dan jam di dalam rumah, jarak waktu adalah berbeza.

Then, baru lah kami ingat yang ada kengkawan pesan, akan ada tempoh masa di sini,
akan bertukar sejam lewat, dan akan sampai masa nanti, waktu itu akan dikedepankan kembali,
cuma rakyat malaysia yang bagitau itu katanya tak tau bila akan kejadian itu.

Yeah. Setelah menggogle, makanya jumpalah tajuk yang berkenaan di sini.
Perubahan bermula bila mana British Summer Time ends.
Patutlah rasa kemarin macam hari yang panjang.
Matahari selalunya terpacak jam 8,
dan kemarin mula memunculkan diri jam 7.
So, rasa macam dah normal days balik.
Cumanya malam makin awal,
and waktu solat semua berubah dalam sekelip mata.
Boleh tengok perbezaan pada entry yang saya publish sebelum ni..

Mengikut diary saya, perubahan masa akan berlaku sekali lagi,
akan balik ke waktu yang asal, pada 25 March 2012,
pada ketika British Summer time begins.

Ni aktitiviti kemarin..


Dah dulu.
Till then.

Babai.
Titik







October 2011
4 Dhul-Qa`dah 1432 - 4 Dhul-Hijjah 1432

Oct
Dlqdh
Dlhjh
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
111/4Sat5:127:1012:594:026:478:44
211/5Sun5:147:1112:584:006:448:41
311/6Mon5:167:1312:583:586:428:38
411/7Tue5:187:1512:583:566:398:36
511/8Wed5:207:1712:573:556:378:33
611/9Thu5:227:1912:573:536:348:31
711/10Fri5:247:2012:573:516:328:28
811/11Sat5:267:2212:563:496:308:26
911/12Sun5:287:2412:563:476:278:24
1011/13Mon5:297:2612:563:466:258:21
1111/14Tue5:317:2812:563:446:238:19
1211/15Wed5:337:3012:553:426:208:16
1311/16Thu5:357:3112:553:406:188:14
1411/17Fri5:377:3312:553:386:168:12
1511/18Sat5:397:3512:553:376:138:10
1611/19Sun5:407:3712:543:356:118:07
1711/20Mon5:427:3912:543:336:098:05
1811/21Tue5:447:4112:543:316:078:03
1911/22Wed5:467:4312:543:306:048:01
2011/23Thu5:487:4412:543:286:027:59
2111/24Fri5:497:4612:543:266:007:57
2211/25Sat5:517:4812:533:255:587:54
2311/26Sun5:537:5012:533:235:567:52
2411/27Mon5:557:5212:533:215:537:50
2511/28Tue5:567:5412:533:195:517:48
2611/29Wed5:587:5612:533:185:497:47
2711/30Thu6:007:5812:533:165:477:45
2812/1Fri6:028:0012:533:155:457:43
2912/2Sat6:038:0112:533:135:437:41
3012/3Sun5:057:0311:532:114:416:39
3112/4Mon5:077:0511:522:104:396:37

















































































Hantu di siang hari

Hari ni mula sekolah setelah seminggu cuti. Semalam depa kat sini sambut helowin.

Bebudak sekolah sambut kat sekolah hari ni. Meriah sungguh tengok hantu berkeliaran di siang hari.

Are u scared?

29 October 2011

Enjoy??

Weather for Manchester, UK

10°C | °F
SatSunMonTue
Mostly SunnyFogPartly SunnyChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: S at 18 mph


Humidity: 76%14°11°15°12°16°10°12°



Hari ni, Sabtu, bermulalah "Reading Week".. bagi kami kat sini..
Atau dalam istilah lain, dalam organisasi saya dan tempat mengaji dulu
adalah semester break..
makanya dalam tempoh seminggu ni, tak perlu attend kelas..

Cikgu saya cakap.. Enjoy your reading week..!
wahh.. bunyi macam santai gille je,
macam suruh berjoya-joya..

Dalam suruh enjoy tu,
hak sorang ni bagi dua book chapter untuk baca.. and tulis summary!
hak sorang yang hensem and suara and accent yang sangat best tu bagi artikel untuk critically review and siap pesan, jangan mai kelas, kalau tak baca.. and be prepared kalau pi kelas dia tanya..
Yang sorang lagi suruh siapkan bebenda untuk 5 hours workshop, and presentation,
Hak sorang yang cantik tu, pesan, suruh siapkan draf assignment.. hak ni je bunyi relax sikit.

Makanya..
cuti tengah semester bukan untuk berjoya.
tetapi adalah waktu untuk baca buku.
Patutnya cakaplah.. don't forget to enjoy your reading materials bla.. bla.. bla..
Baru lah rasa tanggungjawab itu berada di situ.. iskk

Saya tipikal melayu.. faham terang2 apa yang dia cakap..
"enjoy" dalam erti kata lain adalah berseronok-seronok dan memanfaatkan masa dengan melakukan sesuatu yang kita suka.. berasa jauh dari stress dan suka-suka ja.. hihi

Saya jeles nengok depa dok upload gambar jenjalan jejauh gi sana dan sini, luar Manchester.
caravan holidays la.. Wales trip lah
Saya je dok kat sini je lagi..
hanya tengok pekan manchester,
dan paling jauh adalah car boot sale.. hahha..
Mereka ada banyak masa, sebab dok sini lama..
saya je.. yang tak masuk dalam senarai itu.

Rasa sesak dah la ni..
the heat is on.

Till then..
dah dulu. Saya nak "enjoy" my reading week.. miahahhahhaha

Titik.




Saturday October 29, 2011
(2 Dhul-Hijjah 1432)
Local Time: 11:30:5 AM (Manchester)



Fajr
(Dawn)


Shorook
(Sunrise)


Zuhr
(Noon)


Asr
(Afternoon)


Maghrib
(Sunset)


Isha
(Night)
6:038:0112:533:135:437:41





26 October 2011

Saya tetap Melayu di mana saja!

Minggu ni cuti sekolah..
makanya, jalan dan tram adalah agak lengang dan sangat best.
Kebetulan saya dan cikgu saya, Ruth Sharpe,
tiba awal di kelas..
sambil kami bersembang dan menyatakan kegembiraan menaiki tram di waktu pagi
dengan kekurangan manusia
yang membolehkan kami sampai awal untuk ke kelas jam 9 pagi.
Kalau hari biasa, tram adalah sangat sesak dengan manusia yang nak pegi kerja dan
pelajar high school yang dressing macam adult..
Sangat menyiksakan!

Saya bercerita dengan cikgu saya yang cantik berusia 44 tahun.
Saya menaiki tram pada awal pagi, pada hari biasa, dengan manusia yang sungguh ramai.
Demi tak mo lewat, saya selit jugak diri saya kat celah manusia yang bagak-bagak itu.
Dan saya berdiri, tanpa ada tempat nak pegang, bagi mengelakkan saya terguling atas manusia lain.
Saya berdiri teguh, dengan backpack saya, sambil berdoa agar tram akan bergerak dengan baik
dan tanpa terbrek-brek,
Satu ketika, saya hilang imbangan dan hampir nak jatuh.
dan dalam kekalutan itu, ada sorang Muslim pakistani student
yang naik tram, juga dari Abraham Moss,
sempat memegang saya dari terjatuh.
Dia juga pelajar UoM dengan saya.
Yang lainnya buat tak tahu dan memandang sinis.

Cikgu saya kata memang orang yang naik tram kebanyakkannya sangat "rude".
Dan budaya English sendiri rata-ratanya mementingkan privacy, walau dalam keadaan begitu sekalipun..
dia cakap kat saya, and because you are short.. "makanya tadak sapa yang heran kat you" versi translation saya.
oh.. well... yeah.. i'm short, but i'm cute! huh!!

Dia juga berang sebelumnya sebab attitude orang putih yang muda-muda ni tak menghormati orang tua-tua untuk bagi tempat duduk di dalam tram.
And dia mengakui, orang Muslim, tak ada budaya tersebut, bila mana dia ekspresikan kenyataan tentang saya ditolongi oleh pelajar pakistan tadi.

Sebelum kelas hari senin lepas, 24 Oct, saya berbincang dengan cikgu saya itu tentang tajuk assignment. sebaik hampir habis perbincangan, beliau capai pemadam papan hijau untuk rub off the bebenda yang dia mengajar.
Saya offer untuk bantu, and beliau mulanya tak mo, lepas tu dia bagi pemadam itu.
Sambil katanya .. "Yes.. Malays are very polite"..
Bangga saya..
Di mana pun, saya rasa kitalah bangsa yang menghormati orang lain, dan diasuh dengan baik untuk sentiasa menghormati sesiapa pun..
Saya tetap memang cikgu saya Ma'am, atau sekurangnya Sir,
dan bukan address dengan nama mereka sahaja.

Semoga elemen ini sentiasa ada dalam jati diri setiap Melayu..
dan akan kekal selamanya.

Oh ya.. kelas saya nan satu di Alan Turing itu masih menggunakan papan hijau  untuk tujuan pengajaran, di samping ada projector.
Cool kan? teringat juga saya masa tolong papan hijau tu,
dulu masa sekolah rendah saya suka sangat nak duty tu.
Tapi cikgu tak pernah bagi.
Sanggup naik atas kerusi kalau nak padam jugak.
Tapi, untuk kali ni, tak de lah buat keja macam tu..
cikgu tu pon bukan tinggi sangat..
jadinya within radius capaian saya je lah nak padam.. heheheheh

Dah dulu.
Mood saya nak mengadap kitab agak jauh.
Semoga mood itu segera mari setelah proses update blog ni siap.
macam tak percaya je dua entry malam ni..
err.. tiga.. campoq hak sebelah sana..hehehehhehehe

dah dulu. babai.

titik





I'm proud of myself for..

Weather for Manchester, UK

9°C | °F
WedThuFriSat
Mostly SunnyChance of RainMostly SunnyChance of Rain
Light Showers Rain


Wind: S at 7 mph


Humidity: 87%12°10°11°12°



.. dapat juga akhirnya saya berada di bumi England ini,
sedang saya tak pernah jangka.
Takdir Allah yang mengaturkan segalanya.
Alhamdulillah.

Meround-round Universiti dengan teman baru dari Malaysia yang sampai agak lewat..
Lenny dan saya membuat cobaan masuk ke dalam Universiti's Student Union..
sekian lama mengharungi depan bangunan saja..
yang penuh dengan pelajar yang distribute flyers, pamphlets etc
untuk semua yang lalu lalang untuk promot activity mereka.
Ini mengingatkan saya zaman di PJ dulu..
kami melalui Central Spine.. dan selalunya kat situ penuh dengan student yang buat keja yang sama
demi nak tarik perhatian pelajar join aktiviti.



Saya jumpa ni..
agaknya diperbaharui setiap hari.
Ada satu lagi board yang sama besar..
cuma beza sikit..
hasrat yang ingin dicapai sebelum mati..
Tak menarik pun depa tulis.
so, saya tak ambik gambaq..

And this is life.. untuk mereka yang begitu..
Ambil lah yang baik, dan buang jauh-jauh apa yang tidak.

wallahu a'lam.


Till then..
Titik


WEEK
23 October 2011   -   29 October 2011

26 Dhul-Qa`dah 1432 - 2 Dhul-Hijjah 1432

Oct
Dlqdh
Dlhjh
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
2326Sun5:537:5012:533:235:567:52
2427Mon5:557:5212:533:215:537:50
2528Tue5:567:5412:533:195:517:48
2629Wed5:587:5612:533:185:497:47
2730Thu6:007:5812:533:165:477:45
281Fri6:028:0012:533:155:457:43
292Sat6:038:0112:533:135:437:41






20 October 2011

Perihal solat

Weather for Manchester, UK

9°C | °F
ThuFriSatSun
Partly SunnyPartly SunnyMostly SunnyChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: SW at 7 mph


Humidity: 76%10°13°12°10°18°12°



Assalamualaikum Warahmatullah.

Kita jumpa lagi di sesi yang keberapa entah.. hehhe..
Kali ni nak cerita tentang solat di sini.
Saya pasti kengkawan yang dah biasa berada di negara Eropah, atau kawasan yang sewatu dengannya,
di mana jumlah penduduk yang bukan Islam lebih ramai,
atau negara yang bukan agama rasminya agama Islam,
atau yang menghadkan dan membataskan azan dilaungkan dan didengari umum,
pasti boleh menjangkakan praktis Muslim minoriti di tempat tersebut.

Saya menjangka untuk solat di sini, bagi Muslimah, adalah agak sukar.
Untuk Muslim, saya pasti, tidak ada masalah.

Saya menghadapi masalah sejak kelas saya bermula.
Tambah lagi yang bermula sebelum Zuhur dan habis setelah masuk azan Asar.
Saya gagal mencari surau di Universiti.
Saya tahu, di Zon Utara Universiti, ada sebuah prayer hall,
dan di zon selatan ada satu prayer hall.
memandangkan saya lewat tiba di School,
pada hari pertama saya ada kelas tengahari,
saya telefon mak saya jauh di Malaysia untuk tanya camana nak solat dalam keadaan yang begitu.
Nak wuduk susah,
nak solat juga susah.
Mak bagi petua.. buat gitu dan gini, hanya cari tempat sesuai.
Aurat tutup, tangan jaga.. etc
Tapi saya gagal solat hari tu.. Sedih..!

Saya mengandaikan di setiap bangunan, sekurangnya ada satu bilik kecil, yang digunakan oleh staf Muslim Universiti yang ramai untuk solat.
Menurut sahabat saya, ada, cuma kena tanya few Muslims yang boleh "dipercayai".
Rupanya tidak ada.
Mungkin bagi student PhD, lebih mudah memandangkan mereka mempunyai working area sendiri,
dan boleh solat di situ saja.

Satu ketika, saya explore Prayer Hall di Sackville Building..
jauh di basement rupanya.
Agak besar, dan terjaga.
Ada sekretariat yang menjaga kebersihan, dengan nota untuk sesiapa yang sudi volunteer untuk vacuum carpet dan mencuci prayer hall.
Kain telekung juga banyak..
pastinya student Malaysia/Indonesia yang donate kat situ.

Satu ketika juga, saya explore Mc Dougals Muslim Prayer Hall di South Zone..
Jauh dari pusat Universiti.. 10 minit berjalan dari University Place.
Tapi, sangat cantik dan best.
Terjaga, dan rupanya aktiviti di situ lebih banyak dari di North Zone.

Saya standby telekung yang paling ringan yang bila dilipat, hanya tinggal dalam genggaman dalam backpack saya.
Kawan saya pesan, tak payah pakai telekung, just enough dengan apa yang kita pakai.
Nanti orang tengok pelik.

Tak biasa saya, solat dalam keadaan begitu.
Tapi perlu biasakan diri.
Dan sentiasa kena bersedia dengan pakaian bersih untuk solat.
Agak janggal, sebab kita akan menjadi seperti Arab lain yang solat begitu.

Solat dalam kereta juga adalah perkara yang biasa..
dan harus dibuat bila mana dalam keadaan berjenjalan merata ceruk, atau paling tidak, hantar kengkawan pulang ke tanahair di airport.
sekali lagi, saya tak biasa. Tapi kena dibiasakan.

Di sini tak macam di Mekah, atau di Malaysia, boleh perform solat di mana-mana,
tanpa rasa janggal dan banyak surau atau masjid.
Mungkin kat sini, orang akan katok/pukul kita, kalau solat secara terbuka, dengan sejadah, dan juga telekung.

dan, kalau kengkawan perasan, saya ada letakkan jadual waktu solat di sini.
Kalau rajin belek, boleh nampak, setiap hari, waktu solat akan berubah lebih awal dalam dua minit, kurang lebih.
Dan paling ketara, beza antara waktu Zuhur dan Asar adalah semakin dekat dari hari ke hari, dan tempoh siang hari adalah makin pendek.

Sahabat saya di sini bagitau, boleh dijamakkan solat Zuhur dan Asar bagi kemudahan kita,
memandangkan tempoh waktu sangat pendek, dan waktu tu lah kita sibuk berurusan dunia..
Kata mereka, ulamak telah memutuskan.
Untuk rujukan kengkawan, boleh tengok kat sini..
Fatwa tentang boleh jama' kedua waktu solat, serta Maghrib dan Isya' di sini..
Pastinya, jangan Qasarkan solat tu.
Nak beramal, kena tau juga punca dari mana kan?
tak lah kita main ikut tak tahwan punca.

Apa pun, Islam sangat mudah.
Solat tak boleh tinggal, meski habis upaya dan hanya diisyaratkan melalui mata saja.
Solat jugalah yang membezakan kita dari kafir lain.

Dalam satu hal lain,
saya ada kelas esok, hari Jumaat, mulai jam 12-3 petang..
tok guru saya seorang bangladeshi Muslim..
sejak kelas saya bermula, minggu ni dah minggu keempat..
kelas berjalan seperti biasa, tanpa ada break untuk beliau atau dua individu Muslim lain untuk solat Jumaat.
Saya musykil..
dan setiap kali kelas, saya buang prasangka jahat jauh-jauh.
saya mungkin tak tau sisi lain bagi keperluan solat Jumaat di negara asing begini.

Wallahua'alam.
Panjang saya tulis.
Saya hanya nak hilangkan stress tengok soalan assignment yang baru dapat tadi.
Tak kuasa nak semak tulisan kali ni.

Dah dulu.
Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan Maghfirah Allah,
dalam apa juga yang kita buat.
Take care all.. kak kasih, maya, erma, zarin, aqilah..

Titik







WEEK
16 October 2011   -   22 October 2011





19 Dhul-Qa`dah 1432 - 25 Dhul-Qa`dah 1432





Oct




Dlqdh




Day




Fajr
(Dawn)




Shorook
(Sunrise)




Zuhr
(Noon)




Asr
(Afternoon)




Maghrib
(Sunset)




Isha
(Night)
1619Sun5:407:3712:543:356:118:07
1720Mon5:427:3912:543:336:098:05
1821Tue5:447:4112:543:316:078:03
1922Wed5:467:4312:543:306:048:01
2023Thu5:487:4412:543:286:027:59
2124Fri5:497:4612:543:266:007:57
2225Sat5:517:4812:533:255:587:54





19 October 2011

Ujian hidup, yang tak sebesar mana, tapi tetap signifiken

Weather for Manchester, UK

5°C | °F
WedThuFriSat
Chance of RainPartly SunnyChance of RainMostly Sunny
Scattered Clouds


Wind: N at 2 mph


Humidity: 87%10°14°13°



Seawal jam 3.30 pagi di sini, saya terjaga dari lena.
Dalam kepala ada banyak benda, makanya sejuk yang menggigil pun tak rasa nak berselimut dan menyambung tidur.

Dan seawal itu juga saya tengok email organisasi kerja saya.
Agak mengejutkan bila mana staf yang membalas e mail pertanyaan saya tentang bayaran elaun yang sepatutnya saya terima 15 Oktober lepas, memaklumkan yang mereka dah pos bank draf ke bank sini sejak 6 Oktober lepas. Dan andai hujung bulan ini masih belum diterima, maka, sila bagitau mereka untuk tindakan lanjut.

Agak terkejut saya memandangkan saya jangka elaun saya akan di buat telegraphic transfer, atau sebarang cara mudah lain yang memungkinkan saya terima duit dengan cara paling cepat. Staf berkenaan maklumkan yang saya tidak membuat arahan kepada bahagian mereka untuk dibuat TT and mengakibatkan mereka bertindak menghantar secara bank draf ke bank di sini untuk proses bayaran.

Semaklum saya, tidak ada sebarang makluman dari pihak mereka untuk proses macam tu. Saya hanya diminta isi satu borang sebelum berangkat, dan since semua proses adalah lewat, makanya mereka masukkan duit pendahuluan saya ke dalam akun di Malaysia. Saya buat TT ke akaun antarabangsa untuk mudahkan saya buat proses transfer nanti, pada pagi sebelum saya bertolak ke sini.

Dan di sini, proses untuk tunaikan bank draf, adalah sangat lewat.. seminggu atau lebih.. Dan tentunya sebahagian kecil dari jumlah yang diterima akan ditolak untuk duit proses..

Agak terkilan saya dengan sikap staf universiti berkenaan, tidak maklumkan saya tentang proses tersebut, atau paling tidak confirmkan sama ada setiap kali bayaran kena buat bank draf yang kesannya lebih besar dari TT.. Saya juga salah di situ.. mengandaikan bahawa borang yang saya tandatangan sebelum berangkat adalah borang tu lah..

Ujian yang saya terima, proses TT untuk akaun pendahuluan saya successful, tetapi duit tak masuk akaun. Dan Elaun yang saya expect pada 15 Oktober, hanya akan diterima dalam hujung bulan atau paling lewat, bulan depan.

Kehidupan di bumi asing sungguh banyak ujian. Dan sesunguhnya bila kita datang kerana Allah, maka semua ujian kena redha. Konsistensi sabar itu sentiasa diuji. Dan semoga ujian tersebut hanya akan berkitar kesusahan hidup yang perlu kami semua harungi bersama, dan mohon dijauhi Allah menguji saya dalam pembelajaran saya.


Dah dulu.
Semoga Allah sentiasa di hati kita. Amiin yaa rabb.

Titik




WEEK
16 October 2011   -   22 October 2011

19 Dhul-Qa`dah 1432 - 25 Dhul-Qa`dah 1432

Oct
Dlqdh
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
1619Sun5:407:3712:543:356:118:07
1720Mon5:427:3912:543:336:098:05
1821Tue5:447:4112:543:316:078:03
1922Wed5:467:4312:543:306:048:01
2023Thu5:487:4412:543:286:027:59
2124Fri5:497:4612:543:266:007:57
2225Sat5:517:4812:533:255:587:54


14 October 2011

Tudung, baju dan saya

Weather for Manchester, UK

14°C | °F
FriSatSunMon
Mostly SunnyClearMostly SunnyMostly Sunny
Clear


Wind: SE at 5 mph


Humidity: 67%15°16°16°15°


Saya baru balik dari sekolah.
Sejak berjalan balik dari sekolah, ke Piccadilly Station, dan dari Abraham Moss balik ke rumah, saya memang berhajat nak menulis di blog.
Rindu nak menjadi diri sendiri..

Kite gembira hari ni..
tak lah gembira benar, but suka.
Masuk hari ni, dah dua kali kawan yang bukan Malaysian dan non Muslim bertanya saya berapa banyak tudung yang saya ada, sebab sejak saya datang, mereka tak penah nampak saya mengulangi tudung yang sama.
Serius.
Saya bawak tudung banyak.
Yang beli kat primark pon ada.
tapi baju ada 6 ja.
Baju yang sama saya akan pakai setiap minggu.
Tudung ja bersilih ganti.

Kenapa saya suka.
Suka sebab mereka yang asalnya bertanya kenapa saya bertudung.
Adakah Malayian budayanya bertudung.
Mestikah bertudung.
Kenapa lelaki tak perlu bertudung.
kenapa orang lain ada yang sampai memakai niqab.
dan kenapa ada Muslim di dalam kelas saya lebih kebaratan.
Dan satu yang common, adalah mereka tahu Muslim tak makan "ba alif ba ya".

saya suka juga sebab mereka menggembirakan saya dengan prihatin tudung yang saya pakai, setelah saya seolah dihina oleh seorang Muslim british-bangla yang tanya adakah saya muslim, dan kenapa saya bertudung, dan dia mohon saya jangan bising memberitahu orang lain bahawa di sebenarnya muslim. Too bad huh?

Sukatik dia lah. Saya tak kuasa nak ambik pot pasai dia.
saya hanya mampu membenci dalam hati akan perihal macam gitu.
Dan paling melampau saya rasakan bila mana dia rasa mengakui seorang Muslim itu sangat hina.
Tapi bila tang nak komen pasai agama Islam, macam terer lah pulak.
Tapi, dalam satu hal, Allah bagi dia kelebihan.
Dia asik cakap dia first class graduate student, and akan strive hard nak dapat distinction untuk all subjects, selain dari sangat kaya raya di situ.

 Masjid dari rumah saya.. nampak kubahnya saja. Azan tidak pernah kedengaran. Saya rindu untuk mendengar azan dilaungkan secara langsung.

Saya tak boleh merasakan Allah tak adil.
Saya perlu berusaha lebih kuat.
Semoga Allah memberikan kelapangan hati dan kadar serapan ilmu serta berupaya mengembangkan ilmu itu sehingga layak diberi distinction juga.
Semoga Allah memudahkan saya yang datang jauh ini, untuk mendapat apa yang dihajati demiNya jua.


Dah dulu.

Sebelum titik : Cheetham Hill lebih sejuk dari manchester City.

sekian. :)

Titik





WEEK
9 October 2011   -   15 October 2011

12 Dhul-Qa`dah 1432 - 18 Dhul-Qa`dah 1432


Oct

Dlqdh

Day

Fajr
(Dawn)

Shorook
(Sunrise)

Zuhr
(Noon)

Asr
(Afternoon)

Maghrib
(Sunset)

Isha
(Night)
912Sun5:287:2412:563:476:278:24
1013Mon5:297:2612:563:466:258:21
1114Tue5:317:2812:563:446:238:19
1215Wed5:337:3012:553:426:208:16
1316Thu5:357:3112:553:406:188:14
1417Fri5:377:3312:553:386:168:12
1518Sat5:397:3512:553:376:138:10





11 October 2011

Melepaskan resah di dalam perut

Weather for Manchester, UK

14°C | °F
TueWedThuFri
Chance of RainChance of RainPartly SunnyMostly Sunny
Rain


Wind: W at 7 mph


Humidity: 94%16°13°17°11°16°11°17°




Assalamualaikum warahmatullah..

Kite nak bersembang di alam maya.
Nak melepaskan rasa ketidakselesaan ini.

Kite marah tadi.
Marah sangat dengan satu bank institution yang telah hold duit kita.
Dah dua puluh hari kite buat online TT ke bank account kite kat sini.
Kite tak tau dah nak cakap macam mana.
Tapi kite dah marah sungguh.
Bukan kali pertama kite cakap and call dari jauh sini ke sana
demi nak tanya dan susul perihal tu ja.
Kali ni, dah masuk empat kali kite call.

Dan tak pernah kite sembur manusia macam tu.
Sedang depa berusaha meletakkan kesalahan atas pihak saya.
Saya pasti apa yang saya buat.
Dan siapalah saya nak menegakkan apa yang benar,
sedang mereka sebolehnya takkan mengaku salah.
Saya kecewa dengan apa yang berlaku.

Dan kali keempatnya, saya telah hlang sabar,
dengan ayat yang sama dari mereka.
dan hold transaksi tanpa bagitau perkembangan.

Yeah, Saya Malaysian yang saat ini berada di bumi asing.
Mana mungkin saya terpa jauh ke negara asal demi nak selesai isu ini/
Dan pihak sana juga tidak membantu langsung.
Atau paling tidak, say something yang membolehkan kami berasa lega di sini.

Andai di sini, mereka sebolehnya akan membanu beria-ria.
Kadng, sesuatu di luar jangkaan.
Sentiasa sebolehnya positif, dan pasti masalah akan diselesaikan dengan segera.
Dan untuk kita berlaku kurang ajar, atau menaikkan suara adalah tidak akan berlaku.

saya kecewa di saat ini dengan apa yang berlaku.
Saya faham bahawa ni adalah sebahagian dari ujian Allah.

Saya rindu tanahair.
Andai ada kengkawan yang kerja bank, boleh bantu saya, saya sangat menghargai.


Dah dulu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Titik.







10 October 2011

Menunaikan permintaan


  1. Weather for Manchester, UK

    15°C | °FMonTueWedThu
    Chance of RainChance of RainChance of RainMostly Sunny
    Light Rain
    Wind: SW at 13 mph
    Humidity: 94%17°13°17°11°16°10°16°

    Sejak minggu lepas, cuaca asik mendung je, diiringi hujan yang turun renyai dan kadangkala lebat.
    Makanya dalam keadaan macam ni adalah sangat tak berapa syoq nak keluaq jenjalan.
    Nak terperuk dalam rumah dalam cuaca sejuk gini pun macam tak berapa nak kena.
    Makanya baba ajak pegi ke Salford Quay, jenjalan kat situ, sementelah ada Lowry Outlet Mall yang boleh kami merayau-rayau sementara tunggu hujan reda.

    Dan alhamdulillah, hujan reda. walau dok ada lagi titisan-titisan air hujan, kami redah jugak ke Salford Quay. Tiupan angin pun agak kuat.
    Dan suasana lepas hujan adalah sangat dipenuhi dengan beburung yang berterbangan. Best jugaklah menengok suasana ni, walau taik itik dah mula nak memenuhi laluan pejalan kaki.

    Boleh tengok sini untuk diskripsi dan fakta menarik tentang tempat ni kat sini.

    Panjang jalan ni.. kite jumpa hak ni je.. hak tulis Salford Quay tak jumpa pon..



    Kebetulan angin kuat, puak2 ni main menda alah ni. Depa ni tak reti sejuk..


    Orang tak ramai.. hujan dan angin kuat. Tak pon orang malas nak pi.. hahha


    Sepanjang laluan pejalan kaki ni ada bulat-bulat gini, tulisan dan quotation yang pelbagai.
    makanya jalan kena rajin tengok bawah.. selain berhati-hati agar tak pijak taik itik.


    Salford Quay Centenary Walk


    Setiap ekor swan kat sini mempunyai tanda di kaki. Makanya jangan harap lah nak boleh bawak balik sekoq pun. Kata kawan saya, swan ni adalah milik diraja..


    the swans and the pretty ugly ducks.. Kite tak tanya lah pulak kat depa dua orang tu,
    adakah mereka memang bertugas bagi makan kat beburung itu,
    atau depa memang nak bersedekah makanan kat situ.


     
    Di sebelah sini adalah Holiday Inn, and kalau berdasarkan gambar ni, di sebelah kanan anda, di seberang sungai ni adalah Manchester Stadium.. jauh sangat nak ambik gambaq.. lens tak cukup panjang. 


    Antara tarikan lain yang menarik kat sini.. nampak tak The Lowry tu? Tempat soping, Boleh tahan lah murah kalau duit sini. Ok lah overall, bagi yang ada duit lah. Kami joli mata je. Elaun tak masuk lagi.. hahaha
  2. Kite nih.. kasut kite masa jadik student.. senang nak berjalan dan berlari mengejar tram and bas.. 
    make sense? hehehhe.. 
     

       
    Berderet-deret itik..






    Tayangan perdana. Available hanya sementara waktu..
    saya dan adik-adik.. hahhahahhahha

  3. dah dulu. Kite nak setel benda lain. 
  4. Untuk kengkawan kite yang kite tak sempat nak ziarah, kak kasih, maya, zarin, erma, aqilah.. take care ye! 
  5. Dah dulu. Titik. :))




WEEK
9 October 2011   -   15 October 2011



12 Dhul-Qa`dah 1432 - 18 Dhul-Qa`dah 1432



Oct


Dlqdh


Day


Fajr
(Dawn)


Shorook
(Sunrise)


Zuhr
(Noon)


Asr
(Afternoon)


Maghrib
(Sunset)


Isha
(Night)
912Sun5:287:2412:563:476:278:24
1013Mon5:297:2612:563:466:258:21
1114Tue5:317:2812:563:446:238:19
1215Wed5:337:3012:553:426:208:16
1316Thu5:357:3112:553:406:188:14
1417Fri5:377:3312:553:386:168:12
1518Sat5:397:3512:553:376:138:10