29 September 2011

Enjoy summer di tengah autumn


  1. Weather for Manchester, UK

    20°C | °FThuFriSatSun
    ClearClearMostly SunnyChance of Rain
    Clear
    Wind: SE at 5 mph
    Humidity: 68%26°15°25°15°25°13°24°13°

    Hari ni adalah hari ketiga Manchester berpanas, laksana summer.
    Sana sini people enjoy dengan matahari, seolah tak pernah jumpak panas.
    Ye lah gamaknya sebab puak-puak tu asik sejuk je.
    Tak nafi jugak, sejak ketibaan saya di sini, asik sejuk je.

    Dan people tanpa segan silu melepak dan berbaring kat padang, dan any kawasan lapang yang sewaktu dengannya menayang bodi dan menghangatkan diri. Standardlah kan.. omputih buat gitu.

    Oh! tetiba saya rasa tak tahan panas dan tak tahan silau.. hahahah
    Di kala orang sibuk buka baju,
    atau pakai baju sehabis nipis,
    saya sibuk buka payung nak tutup kehangatan.
    hehehe

    saya tadi tengahari, lepas balik school.. imej je panjang.. 
    orangnya paling kecik dlm kelas..

    Sedang depa sibuk cerita "enjoying the sunny day"
    and jugak seronoknya panas..
    selamba je saya cakap, kat malaysia lebih panas dari sini.

    Dan kebetulan kelas saya dilimpahi dan disinari mentari terik petang kemarin,
    saya beria nak tutup curtain bagi mengelak silau dan panas..
    tetiba jiran sebelah saya cakap dia sangat enjoy dengan panas
    yang akan menyegarkan dia.

    Oh! makcik tak mo..
    makcikrasa baru je cerah sikit sejak dok sini sebab tak kena matahari terik.

    Tapi ramalan cuaca panas macam ni tak lama,
    dijangka akan berakhir jumaat ni.
    Sempat lah nak enjoy puas-puas, sebelum datangnya musim sejuk..
    tak perlu pakai jaket bila keluar jalan.
    boleh basuh baju dan sidai dengan bestnya..
    kalau tak jemur dari pagi sampai petang pun, masih lembab
    boleh keluar jenjalan pegi park


    Dah dulu.
    Nanti kite cerita lagi.

    Gambar tu je dulu. Kalau nak gambar lain, tengok kat fb ye..
    kite tak rajin nak edit banyak2 letak kat sini.

    till then.
    Take care.

    Titik.

    Waktu solat


    Thursday September 29, 2011
    (2 Dhul-Qa`dah 1432)
    Local Time: 10:43:53 PM (Manchester)



    Fajr
    (Dawn)

    Shorook
    (Sunrise)

    Zuhr
    (Noon)

    Asr
    (Afternoon)

    Maghrib
    (Sunset)

    Isha
    (Night)
    5:087:0612:594:056:518:49





21 September 2011

Siggahan pertama

Weather for Manchester, UK

12°C | °F
WedThuFriSat
Chance of RainChance of RainPartly SunnyChance of Rain
Clear


Wind: SW at 15 mph


Humidity: 94%


Pertama kali saya pergi ke Universiti sejak tiba di sini adalah minggu lepas, 12 September 2011..
Tu pun, Julia, yang ajak, bertujuan untuk kenalkan saya dengan sistem perkhidmatan bas, bagi memudahkan saya travel seorang diri nanti.

tq for the warm welcome..

Jauh juga rupanya rumah saya dengan universiti.
Dua kali tukar bas.
Dari rumah saya menaiki bas jenama First ke Picadilly Garden, kos GBP2.20.. dan di Picadilly, saya kena naik bas lain, banyak jenis, tapi yang murah jenamanya adalah magic bus.. 90 pence sehala.

Manchester Museum dan di hujung depan adalah Whitworth Hall, tempat majlis graduasi berlangsung


Nanti lah saya cover tentang picadilly.. pusat sehenti, tukaran bas dan train di Greater Manchester untuk ke cabang-cabang lain di Manchester. Kat sini, dea sebut Manchester, dan bukannya Menchester seperti yang lazim kita sebut.

Dan mulai minggu ni, sejak isnin lepas, 19 September 2011, saya belajar menaiki train untuk ke University.

Saya nak rakamkan rasa pengalaman saja menjejaki University of Manchester ketika pertama kali turun bas, dan jejak kali di bahu jalan di Oxford Road..

Bangunan moden, singgahan tetamu Universiti untuk dapatkan maklumat, University Place

Tak terasa gah macam masuk UIA atau tempat pengajian saya dulu, di mana ada pintu gerbang yang menyambut dan mengalukan ketibaan..
Juga tak dak any landmark yang boleh diambik gambaq dan duduk di depannya untuk menayangkan bahawa saya telah berada di Manchester University.
Seolah tak percaya bahawa University yang tahun kelahirannya adalah pada 1824 itu berada di antara jalan utama di Manchester.

Saya suka bangunan ni.. suka sungguh. Tak ingat nama apa.. tapi daun yang menguliti bangunan tu akan berubah warna mengikut musim


Terdapat bangunan lama dan baru yang menunjangi Universiti ni.
Dan sejak kemarin, saya mengagumi Universiti tua ini setelah ambik sikit feel, di tempat yang bukan laluan orang ramai, yang dipenuhi dengan student yang berpakaian menjolok bijik mata.
Dan saya mulai menyukai dan semakin menyukai Universiti ini bila melihat sisi lain, the uniqueness, the service, the staff. Meski nampak luaran dengan berjujuk-jujuk manusia yang bukan hanya student, malahan orang awam lain juga, saya sesekali rasa rimas, dan merindui tempat kerja saya yang operasi bisnesnya adalah sama dengan Universiti ini.

Garfiled kata, dalam kartun yang boleh dikorek dari google, "love your job, and it will love you back", dapat saya samakan dalam situasi ini.. love the University and it will love u back..". Yeah..please do love me as i need your love too.. :))

Moga cinta akan bersemi di sini.
Moga rindu tanahair juga akan tetap lekat di hati.
Moga saya boleh berjuang di sini,
demi Allah semata-mata.

Dah dulu.
Till then.

Salam penuh kecintaan..

Titik.




15 September 2011

Terasa

Terasa sangat nak update blog.
Jeles tengok kengkawan berbondong-bondong update blog..
cerita raya dan bagai-bagai.

Raya saya?
Seindah raya orang lain.
Cuma kelam kabut sambil raya sambil menguruskan dan membungkus barang
dan jugak mengemas rumah,
dan mengclearkan rumah demi nak meninggalkan dalam tempoh yang lama.

Penat.
tapi seronok.
Bukan seronok nak meninggalkan mak abah, mak ayah dan semua kaum kerabat,
tapi seronok sebab sempat bersosial dengan jiran tetangga,
sahabat handai dan saudara mara yang bertandang ke rumah.
Walau rumah macam tongkang pecah, tetap gembira menyambut tamu.
Mujur tamu memahami..

Tetiba saya rindu rumah saya.
Saya kena berhenti sekarang sblm ayaq mata jatuh.

Till then.
babai. Titik.

dari : Alms Hill Road, Manchester





Salam dari bumi Manchester

Weather for Manchester, UK
15°C | °F Thu Fri Sat Sun
Mostly Sunny Chance of Storms Chance of Rain Mostly Sunny
Partly Cloudy
Wind: N at 4 mph
Humidity: 59%



Assalamualaikum wrt. wbt.

Kite bersiaran untuk pertama kali di sini.
Alhamdulillah, kite dah selamat settle down kat bumi Manchester ni.
Kite sampai sini, Jumaat, 9 Sept 2011 yang lepas, dalam jam 10.00 pagi.

Journey keseluruhannya adalah ok..
Cuma transit di London adalah sangat tidak best.
Tak tau kenapa tak best. Tapi memang tak best.
Dari arrival hall nak ke departure hall adalah sangat tidak efisien.
We all kena naik train, 3 kali tukar.
instruction di sepanjang perjalanan jugak sangat tidak membantu.
mujur jugak guard di situ boleh membantu.

Sebaik kami tiba di manchester, nak ambik barang, hanya 1 dari 4 beg yang kami bawak selamat sampai dengan kami. Lagi tiga tak tau pi mana.
Dah la tu, beg yang sampai hanya ada buku anak-anak dan kabel wayar baba yang banyak tu. hanya selepas 4 hari kami di sini, baru lah bag baju semua dapat.

Sabtu, 10 Sept, pelajar Malaysia kat sini buat majlis hari raya.
Kami join jugak, tapi dengan jeans dan shirt saja lah.
Yang lain semua nan indah dengan baju melayu.

Alhamdulillah, semua di sini baik2 belaka.
Bantuan dari pelajar Malaysia lain juga sangat tidak terhingga.

Kite update setakat ni dulu, untuk kengkawan yang bertanyakan news kite.
Kelas kite belum mula lagi, jadinya sempat lah nak memain update blog.

Untuk semua kengkawan alam maya kite, dan alam realiti,
terima kasih kerana mendoakan saya.

Kita jumpa lagi lain kali..
kali ni tak sempat nak letak gambaq.. nanti ekk.

babai.

titik.

dari : University Place, UoM





04 September 2011

Menghitung hari, membilang detik

Kite tak buleh nak cakap banyak..
Sebak nak meninggalkan orang yang kite sayang kat sini, dan kite jauh di sana..


8 September 2011
Alor Setar - Kuala Lumpur - London

9 September 2011
London - Manchester


Semoga Allah pelihara semua yang kite sayang di sini..
mak, abah, mak , ayah, semua adik beradik, ipar duai,
sahabat handai, rakan taulan..

Tak de tempat lain nak berharap.. hanya Allah jua.


Dah dulu, tak boleh meneruskan penulisan.

Salam hormat. Titik.







02 September 2011

BMW X6 Concept Car...‏




Tak tipu.
Kereta ni memang idaman.
Tapi sapalah makcik nak memiliki spesis ni.
Tapi, kite tegejut bila daoat emel yang bunyik macam ni :  

You are a Winner of a BMW X6 Concept Car and a £750,000.00GBP. with Ticket number: 22 5954 78 and Serial number:BMWP / S-A-M 7554-1189 Contact Mr Larry Quester, with your Fullname:Country:Telephone no:Age: Email:larryquester@live.com

Kite tak tau nak cakap apa.. sebak dan terharu
kalau betul benar..
Tapi kan.. kite penah reply sekali,
masa sesaja gatai dulu, nak tengok depa reply apa..
kite pon bagik la particular hak dia nak tu..
ala.. bukannya sulit sangat pon..
kalau tipu pon, mana dia tau. tau dapat reply apa?




"sesungguhnya berjudi itu haraam.."


Sekian dulu update kite kali ni..

Wait for more updates.. hahaha..
Dah dulu. Titik.