Cinta itu Indah

Tak nafi. Memang indah. macam dok atas awan je.. tapi kite bukan nak setori tentang cinta yang baru macam nak ke arah kawen, atau zaman bertunang, atau dalam hanimun time. Zaman tu semua orang tau indah amat.. Mereng pun buleh jadi. Ini adalah penceritaan cinta dari dimensi lain.

Hari ni ada program yang membuatkan saya nampak ramai kawan-kawan, sahabat, anak buah, yang sekian lama tak penah nampak, dan ada yang dah bersara juga sanggup datang untuk memeriahkan majlis.

Yang menarik pandangan saya adalah sepasang pesara, yang saya panggil Pak Long, dan isterinya, yang juga staf di organisasi yang sama yang saya bahasakan Kak Awe. Saya kenal Pak Long sejak saya muda remaja, sejak 13 tahun lalu. Personaliti beliau mengkagumkan. Jauh beza Pak Long dulu dan sekarang. Sekarang ni kurang sihat, dan hanya duduk di wheel chair. Dan beliau bersara pun atas sebab kesihatannya lah.

Kak Awe, ambil pencen pilihan di usia yang hampir bersara wajib. Katanya nak jaga Pak Long yang kurang sihat. Siapa lagi yang seharusnya jaga kan? Tentulah seorang isteri, yang akan kekal setia, membawa suaminya pergi berubat, drive dan segala macam yang laksananya adalah seperti menjaga bayi. Ini diakui oleh kak Awe.

Dan saya pasti, yang boleh mendorong akan rasa sanggup bersusah payah ini, berkorban kerja, memilih pencen, hanya di saat dah hampir nak bersara wajib, adalah cinta.

Saya pernah bersembang dengan sahabat saya, Zana Zanzaly.. bakal sasterawati negara itu, dengan izin Allah, katanya hanya cinta yang teguh mampu mendorong akan semua tindakan itu. Katanya, cinta tak sama dengan kasih sayang. Berkahwin dengan orang yang disukai juga katanya bukan mesti cinta. Bila saya tanya kenapa, dia merujuk beberapa situasi sahabat kami.

Pertama, sahabat seperguruan kami, dan suaminya terlibat dalam kemalangan yang agak teruk, dan mengabikatkan kecederaan di mana kedua mereka agak parah. Alhamdulillah, sahabat saya sihat kemudiannya. Manakala, suaminya dalam tempoh recovery dan perlu dudk di wheel chair. Sering beliau update keadaan suaminya, dan beliau yang menjaganya di FB. Kagum dengan kegigihannya dan jelas akan wujud kecintaan tersebut. Kata Zana, itu adalah cinta kerana kesanggupan itu dan kesusahpayahan itu. Dalam kedua-dua itu ada cinta.

Kedua, sahabat saya yang kata Zana dalam "vege state" selepas proses melahirkan anaknya yang ketiga. Komplikasi berat berlaku semasa proses tersebut mengakibatkan anaknya meninggal, dan beliau koma dalam tepoh yang lama, dan sehingga kini. Telah berlaku 3 tahun lamanya. Kata Zana, itu juga cinta. Cinta itu ada dalam diri suaminya, yang juga sahabat seperguruan kami. Jelas betapa cinta tu dapat dilihat dan ditafsirkan oleh kami semua.

Kata Zana lagi, andai tidak ada cinta, dan hanya sayang yang tidak berapa kukuh, maka akan end up dengan perpisahan, juga beliau merujuk kepada beberapa situasi di kalangan sahabat seperguruan kami.

Itu hanya dua contoh dari banyak misalan lain yang Zana tafsirkan. Pada saya zana mungkin lebih bersastera di dalam mentafsirkan cinta. Tapi katanya tidak. Dan itulah cinta sejati.

Berbalik kepada Pak Long dan Kak Awe, saya juga melihat akan keseronokan di dalam kesusahan dan kepayahan mereka mengenjoy akan life di usia senja. Menikmati masa indah bersama, walau kadang seakan terdengar Kak Awe pernah sebut sebelum pencennya, beliau sedih sebab kengkadang Paklong agak cerewet dalam hal-hal kecik.

Saya agak terusik dengan kepekaan Pak Long, yang menghantar e mel tahniah dan ulangtahun saya yang ke .. kali ini, di tahun ini pada Mac lepas.. Sesungguhnya ingatan beliau pada saya tak hilang.

Saya juga merasakan bahawa usia emas saya juga diharapkan dapat dihabiskan bersama dengan yang dicintai, bersamanya dalam semua situasi. Pernah saya sebutkan, andai saya mati dulu, dia boleh kawin lagi, tapi, jangan gunakan duit pencen saya yang dia akan warisi untuk dapatkan isteri baru. Hisshhh! Tak Boleh! Baba memulangkan paku buah keras untuk saya, katanya, matilah dulu, nanti dia tau lah nak buat macam mana. Melampau kan?

Kata baba, andai dia yang pergi dulu, apa akan jadi pada saya? Jarang amat seorang perempuan yang ditinggalkan suami akibat kematian, akan mencari pengganti.. Dan mencintai "the other half" dengan sepenuh hati akan menyebabkan hati kita tidak akan berpaling. Itu pandangan saya lah.

Saya setuju dengan Zana, cinta dan sayang, suka, minat, semuanya sangat berbeza. Bercakap dengan sasterawan ni kadang-kadang jadi lain. Hikss..

Yeah. Cinta itu indah. Pada Sang Pencipta adalah sangat tidak terkecuali dan tidak pernah tidak berbalas. Cinta pada manusia, kalau tak berbalas, nanti kena simbah asid.. Hehe.. banyak lagi jenis cinta lain..

Selamat bercinta.

Comments

Popular Posts