Yeah! Cuti!
ok.. ok.. saya sorang je, rasanye lah, lambat betul up kan entry Malaysia menang bola Piala AFF semalam. Bukan tak bangga. Cuma jauh dari pc dan alat elektronik lain atas sebab duniawi..
Bangga sungguh :
- dengan semangat teamwork pemain.
- usaha keras dan semangat juang tinggi pemain.
- daya sokongan padu rakyat Malaysia yang tak berbelah bahagi, regardless of sebarang perbezaan yang nyata dan tidak.
- kemenangan yang indah setelah 14 tahun berjuang, dan akhirnya membuahkan pengumuman cuti umum pada esok hari, Jumaat 31 Disember.
Untuk makcik ni, tadak masalah sangat, sebab Jumaat memang Kedah cuti. Yang bagusnya adalah bawak cuti berkenaan ke Ahad depan nun. Jimat cuti sehari, sebab awalnya dah apply untuk bersuka ria hantar anak ke sekolah menaiki darjah..Hehe
Proses pembikinan pemain profesional.. mulakan dengan bola kecik.. |
Tu pun mujurlah menang. Kalau kalah.. penin nak dengar maki hamun orang yang kurang berjiwa, yang hanya tau komen, tapi sebenarnya adalah kaki bangku dan kaki batu. Akan hanya ada segelintir je yang akan puji semangat juang pemain. Standard lah tu kan?
Kebetulan pagi ni sambil hantar anak-anak pagi tadi, terdengar ada sorang pemanggil di radio yang komplen cara pemain semalam. Katanya macam budak sekolah. Dia pon boleh main kalau macam tu. Mamat tu hanya puji penjaga gol je.
Isk.. tu dalam menang tu.. dia buleh pulun dok kata lagu tu. Debik dan kena hampuk jugak dia tu nanti.
Well, nak bina sebuah kekuatan yang sebegitu rupa ambik masa.. depa bukan berlatih sehari dua. Tapi bila ada umat macam tu, sangatlah macam apa lagi. Sorang dalam seribu pun cukup untuk membuatkan satu Malaysia sakit hati.
Sebelum titik : Teringat zaman Piala Malaysia dulu, hampir bergaduh dengan geng pelajar antarabangsa demi nak tengok Kedah main final Piala Malaysia .
Comments
terlelap seawal 8.30malam. Pukul 1 pagi terjaga & tak boleh tido sampai pukul 3pagi.
*hann, tukarlah kotak komen ni ke pop-up window. Kat ofis xleh komen lah.Kalau kat rumah pulak, malam=malam aje atau mana sempat aje... huhu...