11 August 2012

Puasa yang lama dan nak raya


Weather for Manchester, UK

13°C | °F
SatSunMonTue
Chance of RainChance of StormsChance of StormsChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: N at 4 mph


Humidity: 88%21°14°21°16°21°15°18°14°




Salam Ramadhan untuk semua..

Baru nak ucapkan selamat menyambut ramadhan meski dah masuk 10 malam terakhir.
Selamat mengejar score ramadhan yang bersungguh kepada semua sehingga ke garisan akhir.


Puasa
Sebelum ingatan saya yang kadang lupa kadang ingat nih,
meh kita sembang sikit tentang Ramadhan kat sini.


Alhamdulillah, segalanya berjaya dilalui dengan baik,
Meskipun permulaan puasa hari tu, masa menahan lapar dan dahaga lebih kurang 18 jam.
dan masa tu juga baru dua minggu lepas waktu kemuncak siang yang panjang
dan malam yang pendek.
Dan seminggu puasa yang pertama sangat menguji.. sesungguhnya..
Tapi, bila selanjutnya, alhamdulillah..
Sesungguhnya bila diniatkan sesuatu untuk Allah, maka sangat hebat di situ
Kekuatan fizikal, meski petangnya dah semput, tapi kuat kembali dengan tidur yang sekejap.
Apatah lagi kekuatan minda.
Sungguh. Saya sangat sedang menyediakan tugas paling akhir.
tak reti nakcakap sibuk,
sebab tak nampak seperti sibuk bila mana otak tak berjalan.
Tapi, bila mana saya mula, dengan Bismillah itu,
Subhanallah, kekuatan minda saya sangat laju berbanding dengan tak posa.


Tertinggal sahur
Awal Ramadhan dulu menyaksikan saya, baba dan kids miss sahur..
payah nak adjust time, sementelah Isya masuk sekitar jam 11, kalau bertarawih di masjid habis sekitar jam 12 dan msak bermula seawal jam 2.30..
Untuk hari pertama tertinggalnya sahur itu, rasa sangat ralat,
sebab mengenangkan betapa panjangnya waktu lagi,
kuatkah nanti nak bertahan.. ni kes mama dengan baba lah.
Untuk kids.. awal lagi depa brekfes..
Tapi, alhamdulillah, alhamdulillah, sesungguhnya kekuatan ada di situ kerana Allah.

Rerumput yang berbunga comel


Akhir Ramadhan
Saya masih blur untuk raya.
Persiapan? Hampir tidak ada.
Oh ya. Anak2 ada baju baru, sebab ada sale di NEXT hari tu.
Alhamdulillah.
 Saya dan baba?
Macam hari biasa kot. Baju raya pun yang bawak dari sana.
Baju baru? tak sure.. kalau kat car boot ada yang cantik, ada lah kot.. baru beli maknanya.. hahha..
Kuih raya?
Dalam kepala saya ada berjenis2 yang semangat nak buat.
Hanya ada dalam kepala..
belum terjemahkan atas meja lagi.
Mak saya bagi tau, (saya telepon mak dua hari lepas)
mak ada hantarkan sekotak barang dengan Pos Tak Laju Malaysia
awal permulaan puasa hari  tu. Kata ma, barang tu semua untuk persiapan puasa dan raya kat sini.
Saya cakap kat mak, tak payah lah hantar, sebab kos pos mahal.
Saya bagi jugak mak hanta, sebab mak kata, dia banyak duit, yang tak tau nak buat apa.. hehehhe..
Saya tau dia rindu saya.. sebab now dah tak de siapa yang kerap boleh balik kampung bukak puasa,
macam saya, baba dan anak2 balik..
Tapi, kotak yang mak cakap tu, belum sampai sehingga sekarang..
dah 3 minggu.. habis lah rasanya.. tak sampai dah kat tangan saya
dan rugilah duit mak dan abah saya yang bersungguh-sungguh nak hanta kat saya.
dan punahlah harapan saya nak dpat kuih raya yang mak saya pos.


Nak raya
Dalam sibuk saya bergelumang meligan deadline,
sesungguhnya raya itu jauh dari minda saya. setiap saaat dan masa yang terluang,
hanya "benda" gajah tu memenuhi kepala otak saya.
Nak masak air pun, saya salah letak, nak bubuh kettle dalam fridge.
Teruk kan?
gitu lah saya selagi benda tu selagi belum siap.
Kalau boleh, nak siapkan sebelum raya supaya saya boleh beraya dengan aman.
Doakan saya ye..
Oh ya, saya juga cuba menjauhkan diri dari dengaq lagu raya. Agak berjaya di situ..
Tapi, lately ni banyak benor iklan raya di sambung menyambung katanya best lah kat FB..
dan, untuk sekian kalinya, saya sangat terasa nak raya,
dan sangat sedih di situ.. dan rasa sangat jauh di perantauan yang tak memungkinkan kami balik.
Tak pe lah, sekejap je lagi..
Selagi perjuangan belum selesai, biarlah saya simpan dulu sedih saya.


Lyme Park, April 2012


oh ya..
BIG boss saya hantar kad raya untuk saya.
Meski print dari sistem,
meski staf dia yang tepek alamat,
meski signature dia tipu .. cop je..
dan tidak apa sepatah tulisan tangan dia pun..
sangat mengusik jiwa saya.
Tak pasti sebab kad raya, nak raya, atau sebab nama BIG bos itu.
Sedang kalau dapat masa keja kat sana,
awal lagi, saya put aside,
dan lepas raya masuk dalam bin..
tenkiu lah Dato'.. saya sangat terasa dihargai.
nanti saya reply kad raya dato kot emel je lah ye.. agagaga..



Nak jugak letak link iklan yang buat kite syahdu






Kite tak sure bile lagi kite nak update blog yang kite rasa best ni.
Ada masa, kite tak nak cakap dengan sesapa pun yang kite kenal dari hati ni.
Kite lebih suka nak semabng yang kengkawan yang tak kenal kite detail,
tapi mampu memahami perasaan kite..
Sapa? you all lah.. yang baca blog picisan nih.
Tocei, Syukran, Merci



Kalau kite tak update nanti,
Selamat Hari Raya ye..
Semoga semuanya dalam rahmat dan peliharaan Allah.
Maaf zahir batin dari kite yang jauh..


(sesungguhnya kite tanak sesedih.. semoga kite kuat.
Rataya pun tak tau nak masak apa lagi..)

Sau lagi : kite dah tak reti nak insert iklan nuffnang..
sapa ret, tolong bagitau sikit camana nak buat.
tang mana nak carik code dia.
tengs