15 September 2012

Meraikan kejayaan

Kemarin, Jumaat 14 September 2012
Saya menemani seorang sahabat di sini ke "majlis" viva voce bagi melengkapkan langkah terakhir bagi mendapatkan ijazah PhD.
jam 9.00 bertolak dari rumahnya.

Saat meninggalkan beliau di bilik viva adalah sangat sebak.
meninggalkan beiau untuk berjuang mempertahankan tesis adalah sangat gementar,
meski bukan saya yang berjuang.

Jam 11. beliau viva,
Jam 11.30 beliau call saya dan menyatakan telah tamat dengan jayanya tanpa pindaan!
ikut kelulusan sini, beliau berjaya dengan gred A1!
Dasyat! Maha suci Allah yang menjadikan semuanya dan memudahkan segala urusannya.
dengan bekalan dan doa keluarga, sahabat handai, rakan taulan.

Sungguh! Saya sangat teruja.
Setalah berjuang selama empat tahun, beliau mendapat rahmat Allah di akhir perjuangan itu.
Meski saya hanya budak master, tapi kesan yang saya rasakan sangat besar.dan meruap-ruaplah perasaan nak mengaji itu.

sesungguhnya saya jauh dari mereka. Mereka sangat "cream" di situ.
Sangat intelektual, sangat analitikal.

Dalam satu keadaan lain, sepasang suami isteri, berjaya memperolehi phd, one after another, selang sehari, setelah empat tahun berjuang.

Sangat kagum!
Sekarang ni, sedang tanya diri, mampukah aku?

Tahniah untuk diva gojes itu, Ti and suaminya, dan untuk yang berikutnya akan viva ini,
selamat berjuang. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.