15 August 2011

Kite, puasa, raya dan dot dot dot..








"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.."
"agar dapat kulalui dengan sempurna"
tipu lah kan kalau tak mau tak dak makna..

Tapi kite dah saaangat sure kite sibuk menggila ramadhan ini,
niat untuk meningkatkan amal ibadat tu mesti lah..
tapi di samping tu jugak kena mengejar dunia..
err.. tak.. mengejar masa yang makin suntuk

Puasa pada kita tahun ni,
bukan sekadar amal ibadat.
Menghitung hari nak memenuhi cukupnya puasa
seperti tu lah jugak saya menghitung hari menyiapkan bebenda wajib
sebelum meninggalkan tempat ini.

Semuanya jadik last minit.
Hari ni hari ke lima belas puasa..
dan bermakna lagi lima belas hari, tak masuk cuti am,
cuti hujung minggu,
cuti ahad, sebab susah nak berurusan dengan bank2..
tinggal tak berapa hari je..
Mengah makcik rasakan.

Tak masuk dengan karenah birokrasi yang akhirnya
menjadikan makcik ni terpaksa mengharungi semua last minit..

Blog kite yang di sinun ha pon dah berjaman tak update
kite tak mampu nak masak cecanggih now
sekadar main baling masuk dalam periuk dan belanga
dan makan tanpa sempat nak posing udang, sotong, ikan, cempedak etc..

Kite dah setel bab besar untuk meninggalkan tempat ni, Jumaat lepas, 12 Ogos 2011
Alhamdulillah, dalam payah, Allah mudahkan juga.
saya percaya dan yakin,
andai ni yang Allah tetapkan untuk saya,
maka Allah akan sentiasa membantu saya dan kami.
Hanya Allah tempat saya berharap.

sekarang ni, saya sibuk mengisi borang lain yang bertimbun-timbun,
medical check up, library, etc..
ketiadaan kenderaan menjadikan saya terpaksa menapak dari bangunan sini ke bangunan sana yang jauhnya 10 minit, telah memakan masa saya untuk mengapdet blog.. (kecewa jugak.. jalan beria2.. berat tak turun pun.. arrgghh)

Saya tak de gambaq nak menghiasi indah blog ni.
saya juga tau tadak sapa nak layan tulisan pepanjang gini.

Untuk sahabat blogger kite..
kak kasih, zarin, ermayum, maya amir, naz dan semua yang kite tak mampu nak sebut satu persatu.. terima kasih kerana sudi menyapot saya sepanjang kesibukan saya ni. Saya jarang dapat update blog dan FB. sesekali tweet dan sangat happy boleh mengetweet dengan kengkawan.

Untuk zarin yang dalam entry lepas yang bertanya mana saya nak pi September ni,
tunggu dear. I'll let u know setelah semuanya confirm.

Dah dulu.
Titik.

Selepas titik baru teringat : 15 Ogos ini, anak dare kite dah 10 tahun.. Happy Birthday kakak. Semoga menjadi anak yang solehah, dan mendoakan untuk mama dan baba.  Kite bersalin di tarikh ini di OT, setelah seminggu bermukim di wad Hospital Alor Setar, dan setelah sebulan mc.. due to palecnta previa type 4.. Total cuti bersalin.. 3 bulan.. How wonderul to have u kakak! Love you till the end of mama and baba's life.

TITIK.

14 August 2011

My name is...








Kite tengah ciwi..
Untuk sapa yang tak tau, ciwi itu adalah perasaan yang amat teruja sangat dengan sesuatu benda yang diperlehi. Ni loghat kedah lah.. kalau hak orang lain punya, makcik tak tau..

Kite dapat name tag baru pagi ni.



sekian lama dalam perkhidmatan semi-gomen ni.. kite tak penah pakai name tag..hiksss..
Bulan lepas organisasi kite kuatkuasakan suruh pakai name tag balik.
Kite baru dapat hari ni..
Pejabat kite dah miss nama kite. Bukan sengaja miss, tapi dengan keampunan kite.

Dan buat pertama kalinya sebelum meninggalkan pejabat sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi, kite rasa saaangat ciwi nak pakai..
macam syoq pulak tetiba.. miahahhahahha..

Er.. nama kite ada N sebijik je. Tapi kite add lagi sebijik demi nak bagi glamer sikit. hikhik..

Sebelum titik : dah lama tak update blog tetiba jadi macam tak ketahuan punca. Maafkan saya.

Till then. Babai.
Titik




09 August 2011

10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG










10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG

sepuluh: rasa malu bila bercakap dgn dia
sembilan: anda perasan anda tersenyum bila bercakap dengannya
lapan: kalau terlihat dia, tak nampak orang lain
enam: sentiasa teringat dia..
lima: happy bila bercakap dengannya
empat: akan cuba sedaya upaya untuk berhubung dengannya
tiga: apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia
dua: sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan nun tujuh tak ada dlm senarai
satu: anda tergelak lepas check memang tak ada
hahaha :D


kite petik dari fb member kite..
lama kite tak update sini.
Enjoy dulu.

Titik




02 August 2011

Ramadhan Kareem








Salam dua Ramadhan.
Selamat berpuasa dan berbuka  puasa.
Selamat membaca dan mengkhatam Al-Qur'an,
Selamat berqiamullail,
Selamat bertadarus
Selamat bertarawih.
Selamat mengerjakan ibadah.
Selamat meninggalkan segala amalan yang tidak baik.

Semoga segala amal ibadat dan kebajikan yang kita buat demi Allah swt mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Semoga kita diampuni segala dosa. InsyaAllah.

Dah dulu.
Titik.

2 Ramadhan 1432H