29 March 2011

Tidak ada gelegar dan katil yang patah...






Pada hari ini, berpuluh tahun yang lalu, mak saya melahirkan saya.

Tak pernah la pulak mak ceritakan kepada saya betapa teruk dan jenuh mengandungkan saya. Saya membayangkan andai mak bercerita adalah seperti karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad dalam bukunya Detik-detik Diri Di Daerah Daif yang pernah saya punyai dulu. Hilang gheyup pi mana entah buku tu. Dalam permulaan kitab berkenaan, ayat paling saya ingat adalah.. tidak ada gelegar yang patah menyambut kelahiran beliau.

Sementelah saya lahir di hospital, pastinya lah tidak ada katil hospital yang patah demi saya.. Menurut daftar kelahiran saya, lahirnya saya disambut oleh Chinese doctor, yang kata mak, adalah sangat baik, waktu tenghari pada tarikh yang sama.

Mak cuma ada cakap, abah saya hantar mak ke hospital, sampai ke wad bersaliin, dan abah pi melilau mana tah. And once sampai hospital, mak dah selamat bersalin. Abah cuma akan cakap.. La dah dapat? Pukoi beghapa? Mak ada bagitau bila saya melahirkan cucunya.. abah cuma akan pegang dan tengok anaknya seminggu sekali.. Bunyi macam zalim kan? tapi mak cakap, abah akan nampak perubahan anaknya yang comel itu.. dan akan didescribekan kepada mak.. hidung berubah, pi kembang, ikut rup siapa dan bagai-bagai lagi..


IMG_7517
Ni anak sedara kite.. mak cakap kite dengan dia serupa masa kecik dulu.. Kite dah pesan dengan budak kecik nih.. nanti besar dia akan cantik dan cerah dan putih kelabu macam mak ngah dia.. Yeah!! Steady Sarah!! err.. yang pegang tu mak dia..



Since mak saya garang.. err.. ustazah yang garang.. saya tak pernah berani nak tanya saya ni lahir songsang ka, vacuum ka.. Saya berharap saya adalah sangat baik di dalam kandungan dan tak menerukkan dan meloyakan mak saya sehingga masuk hospital.  Saya tak pernah berani untuk bertanya sehingga sekarang.

Sepanjang kehidupan saya yang berpuluh tahun ini, saya agak rapat dengan abah, sebab mak garang.. takut. Macam tu lah zaman dulu. Zaman sekarang ni, kalau kita garang pon, anak-anak dah tak heran.. buleh anggap macam kita buat lawak.

Dan sebab mak saya ustazah juga, saya agak baik.. dalam sense apa tak tau. Zaman sekolah saya sempat merasa bawak beg peti ke sekolah. Sampai darjah 3 ke 4, macam tu lah.. Zaman tu juga pi sekolah pakai pinafore. Dan baiknya saya adalah saya mula pakai baju kurung dan tudung masa darjah 5. Dan masa darjah 6, masa Majlis Penyampaian Hadiah Penilaian Darjah Lima yang disampaikan oleh Almarhum Sultanah Bahiyah, saya diminta oleh cik gurubesar yang tak kawn pada zaman tu untuk tanggalkan tudung, dan pakai pinafore, kalau nak naik stage. Mujur jugak saya sekolah pompuan semua, jadi, macam ok lah main pakai skirt balik nih.. hehe

Mak saya tak bagi saya bersekolah di sekolah yang diajarnya sama ada sekolah rendah atau menengah convent. Pelik juga masa tu. Tapi ok ja lah sebab tadak mata yang mengawasi saya andai saya nak berjoya-joya di sekolah. Mak kata tak lah memalukan sangat kalau tetiba macam saya tetiba sedikit tak baik.. hehhe..

Mak saya telah memaksa saya sampai menangis-nangis, untuk bersekolah menengah yang ada nama "agama" di situ.. yang gomen punya. Sibuk hafal arab, fiqh, nahu, usulul fiqh, usuluddin dan bagai lagi sambil bengang dan menangis.Ada jugak cilok-cilok dari menghafal surah, wirid du'a.. tapi sudahnya kena jugak.

Alhamdulillah, dalam rebel macam tu pun berjaya sampai ke universiti yang juga ada tajuk "Islam".. Dan kiranya macam baguslah lah saya sikit sebab ada basic ilmu agama yang lebih.. Dulu mungkin nangis sebab bengang kena tinggal kengkawan yang sekolah pompuan yang agak high class dalam Kedah. Tapi, bila dah tua macam ni, baru realize betapa beruntungnya saya.

Mengaku lah.. saya ni degil.. keras hati.. Dan sebab keras hati dan degil juga saya berjaya melalui semua yang payah-payah ni. Ye lah. Tadak benda yang mudah kan.

Sejak dulu, setiap kali tarikh ni menjelma, tidak pernah ada celebration.. tak ada majlis makan, tak ada makan keluarga yang mewah-mewah, tidak ada ucapan. Saya sendiri pon tak pernah menyedari akan tarikh ini saya lahir. Kata mak, sambutan ini semua bukan amalan. Makanya, tidak ada. Agaknya, tok wan, i.e bapa kepada mak saya yang statusnya sebagai ustaz yang terkenal, yang cakap macam tu, maka semua itu bukan sesuatu yang relevan, dan mak mewarisi apa yang diturunkan. Saya pasti mak ingat setiap tarikh kelahiran anaknya.. bukan ramai pun, 4 ja.. Bila dah jadi mak orang ni, saya pasti kita pompuan ja yang ingat tarikh lahir anak-anak.Abah saya pon tak pernah ingat tarikh penting macam ni. (Baba pon sama.. bila ada nak kena isi borang ke apa.. laju je suruh kita isi.. atau kalau kena buat sendiri.. sibuk telepeon tanya.. hisshh..)

Sebelum ini, masa zaman belajar, pada tarikh yang sama, saya akan berpuasa sunat.. atas rasa syukur atas kelahiran sebagai sambutan untuk diri sendiri. Berbuka puasa juga sekadarnya.

Dan bila dah dikelilingi dengan keluarga sendiri, bila kanda tak ingat tarikh, surelah muncung jauh lima enam batu.. Hadiah tak penting. Yang lebih penting adalah ingatan sahaja.

Alhamdulillah, masih lagi Allah berikan nafas untuk menyambut tarikh yang diulangi untuk kali yang berpuluh-puluh ini, bagi tahun Masihi. Tahun Hijri asik tak ingat. Nampak sangat dah tua bangka.

Dan untuk sekian kalinya juga, saya nak ucapkan terima kasih kat mak and abah  yang menjadikan saya dan menjaga saya, dan memujuk dan merotan saya sehingga saya jadi sepertinya. Semoga mak dan abah meredhai akan kehadiran saya dan setiap titis susu yang mengalir di dalam diri saya. Semoga mereka mengampuni semua dosa saya, halalkan duit yang saya pinjam (hahhahaha).. segala ketidakbaikan saya yang mereka tanggung dan susah demi saya.

Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk mak dan abah, melimpahkan rahmat dan rahimnya dalam setiap keadaan dan waktu dan memberikan keduanya kesihatan yang terbaik untuk melaksanakan ibadah, dan memberkati hidup mereka berdua dan seluruh keluarga. InsyaAllah.




Ayah Dan Ibu



Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
 

Oleh : Sudirman Haji Arshad





24 March 2011

Selak, terselak dan menyelak..








Rasanya banyak benda lain yang sepatutnya depa pikiaq.
Yang sepatutnya lebih menghala ke arah kemaslahatan ummah 
instead of cerita merepek yang lebih memalukan ummah sendiri.
Seolah tiada lagi benda lain nak pikir selain tohmahan dan memburukkan antara satu sama lain.
Dan asik menyelak kain orang, sedang kain sendiri yang terselak tak ambik kisah langsung.

Sedang tempat lain bergolak dengan letupan dan bom
Serta bencana malapetaka alam
Kita seolah sungguh tidak bertamadun
Menceritakan dan membuka aib masing-masing.

Cuak sungguh.

 



- Posted using BlogPress from my iPad

Nak cepuk boleh?







Rujuk entry saya di sini, item no. 4 dan 5..

Pagi ni ada sekumpulan lelaki ke jantan entah..
Penuh di dalam sebijik kereta.
Lambai-lambai saya masa kat traffic light,
Then ikut bonntot kereta saya dengan begitu rapat sekali..
Ajak racing gamaknya.
Lantak hang la, tak kosa nak layan.
Once mereka melintasi saya, again semuanya melambai dengan senyum yang kerang busuk.
Depa ingat segak la tuh
Oh. Tak suka sungguh. Rasa seperti nak cepuk-cepuk ja.

Next, bab ni tak cepuk ok.
Saya singgah kedai bakeri tadi.
Nampak satu benda mengkagumkan.
Tokei kedai cakap.
U beli la ni, mana tau u kawen ka nanti..
Adeh..
Kadang-kadang wonder jugak, teruk sangat ka rupa kebudak-budakan saya nih?

Di satu lokasi lain.
Petang kemarin singgah kedai cari baju seragam ko-k kakak.
Selalunya pembantu kedai akan sapa saya kakak.
Kemarin dia address saya adik.
Dia ingat saya cari baju ko-k itu untuk diri sendiri
Ya. Dia tak salah. Dia ingat saya budak sekolah..
Tingkatan 3 kot. Dia bagi baju size S.

Letih juga bila selalu sangat macam ni..



- Posted using BlogPress from my iPad

23 March 2011

Kita akan meninggalkan mereka, dan semuanya..








Of late ni banyak kisah kematian orang terdekat dengan kite..
Hilang saudara mara, suami, anak, isteri, mak, ayah..
Sebagaimana kita sayang orang berkenaan, tetap akan hilang dari kita satu hari nanti.

Sebelum ni jaranglah sangat kite ambik iktibar akan kematian itu.
Tapi, mungkin sebab peningkatan umur ni berlaku,
Rasa itu telah ada..

Dan semalam juga tetiba terlintas lagi,
Setelah banyak kali terlintas akan saat kematian itu adalah sangat mengerikan..
Kite akan meninggalkan semua yang kita sayang,
And bawak hanya diri sendiri berbekalkan ibadat.

Sahabat blogger kite, ermayum.. Ada menyebut tentang kematian, kehilangan dan meninggalkan yang akan ditinggalkan di blognya.
Bak kata erma, siapa pun kita, akhirnya hanya kita yang akan pergi berbekalkan ibadat semata-mata, dan meninggalkan segala harta karun behind..

Bercakap pasai ibadat.. Yeah.. Mujur ada solat lima waktu yang constant kita kena buat.
Solat sunat jauh lah sekali. Tidur adalah lebih bagus dirasai dari qiamullail.
Yang jelas dan kita boleh agak kita buat adalah sedekah, amal jariah.. Tu pon kengkadang lupa nak niat kerana Allah.. Makanya habislah segala usaha kat situ.

Tapi cukupkah segala amalan yang kita buat kalau disulam dengan dosa. Lazimnya yang kita buat, adalah dosa kecil, sama ada sedar atau tidak. Ye lah kalau kecik pun, lama-lama jadi besaq jugak kan.. Yang besaq pon adalah jugak.. Antara sedar dengan tidak ja.

Untuk dapatkan pahala juga mudah sebenarnya. Niatkan dari apa yang kita buat sejak bangun pagi sampai keesokan waktu bangun pagi adalah ibadah kerana Allah. Tidur juga adalah ibadah. Mudah kan? Cuma setiap amalan kena sertai niat kerana Allah. Barulah akan wujud rasa betapa manisnya setiap ibadah yang dibuat.

Yang asyik terlintas di fikiran adalah apakah nanti kesudahan hayat saya. Adakah baik, adakah lemas akibat tsunami, atau accidentkah, atau bagaimana sekalipun, mati itu adalah sangat menakutkan. Dan sebagaimana takut sekalipun, kita semua kena hadapi.

Dalam kuliah yang kite attend baru ni, ustaz ada bagitau, sehingga nak mati juga ada fitnah.. Dan akibat fitnah itu, kita akan gagal mengucap. Nauzubillahi min zaalik. Ada yang matinya dalam keadaan baik, kata ustaz, adalah dapat menghidu bauan syurga ketika hampir akhir hayatnya. Beliau akan seperti terhidu-hidu kerana Allah lalukan bauan yang sangat wangi di hidungnya.

Ustaz juga sebut ada tanda-tanda juga bila kita akan merasai mati.. Sejak 40 hari sebelum kematian, kalau tak salah. Dan kalau masa tu baru nak mula dengan amal ibadat yang lebih teratur, atau baru nak bertaubat, takut lambat..

Apa yang paling kite risau adalah bila mati esok, meninggalkan dunia ini ialah, jumlah dosa adalah lebih banyak dari amal ibadat. Dan bagaimanakah nanti nak menjawab soalan malaikat yang menurut ustaz kite, adalah datang setelah tujuh langkah ahli keluarga, sahabat handai meninggalkan kita di dalam ruang yang sempit dan gelap itu.

Allahuakbar.

Mengikut kata mak saya, selalunya kematian itu adalah pada hari ulang tahun, atau hampir menyambut ulangtahun, atau setelah beberapa hari ulangtahun disambut.Lazimnya begitulah kata mak, walau semuanya adalah urusan Allah. Sama ada tarikh hari lahir hijrah, atau masihi, tidaklah pulak diketahui. Saya setuju dengan apa yang mak sebut, hasil dari pengajian kitabnya.

Saya tak mau risau akan orang yang akan saya tinggalkan, sebab walaubagaimana sekalipun mereka menghadapi kematian saya, hidup harus diteruskan. Dan as time goes by, mereka akan dapat menyesuaikan diri. Semoga mereka akan terus mendoakan kita dan seluruhnya yang mengadap Allah swt.. Bak kata erma.. Kita mungkin tak mendoakan late-late grandfather etc, masa tu kita akan tergolong sebagai orang yang hanya disebut muslimin dan muslimat.. الاحياءمنكم والاموات..

Yeah.. My birthday is just around the corner.. Saya takut sesungguhnya. Kebelakangan ini juga bila drive kereta, rasa itu ada..

Semoga Allah mengampuni kita semua, mudahkan kematian kita, lancarkan lidah kita untuk mengucap kalimah لااله الا الله محممدا رسول الله, semoga orang di sekeliling kita semua mengampuni kita.

Semua ini adalah rasa saya dan pengetahuan yang cetek, namun, kadar resapan dalam diri adalah sangat dalam. Andai saya tersilap di dalam sebarang data yang ditulis, sila maklumkan. Saya amat menghargai.



والله اعلم بالصواب

22 March 2011

Hampir terbang








Akaun yang kite bina sejak zaman pengenalan kepada menda alah ni
telah terperam sejak tiga hari lepas register.

Riuh rendah orang mengetweet.. now nih.
kite pun baru dok repair sayap..
sape yang rajin nak kawan dengan gue..
boleh mengekori saya di sini

atau, pilihan lain, sila tinggalkan tanda pengenalan anda,
akan saya jejaki di twitter nanti

21 March 2011

Journey into a flower







Mari singgah di dalam bunga..

layan gambaq je.. kite malas nak menulis..
enjoy!

nota untuk maya : ni menyahut seruan u lah ni.. cukup kot melayan mata.. heheh




















15 March 2011

Di antara suka dan tidak suka itu ada apa?






Few years back, saya adalah bekerja di bawah telunjuk seorang bos yang gred jawatannya dalam perkhidmatan awam ni adalah taraf Jusa.. VK7.. Sama macam mana nama Jusa.. macam tu lah dia mengganas, tak padan dengan pompuan.. Kat sini berani nak kata lebih sebab dia tak baca blog picisan macam nih..

Sebelum dia jadik bos saya, saya dah tau makcik ni agak berangin dan ikut suka dia.. dan saya penah ‘marah’ dia sekali sebab dia tetiba tengking saya tanpa usul periksa.. tetiba.. jeng jeng.. dia jadik bos saya. Macam nak pengsan pon ada. Atas alasan profesional, saya buleh buat tak tahu.

Tensi tu toksah cerita lah.. macam apa ja dia latu.. err.. tau latu?? latu ni adalah loghat kedah yang bermaksud menggunakan dengan bersungguh-sungguh.. Balik ke ayat asal.. dia latu saya bersungguh-sungguh.. sehingga saya geram kat dia, saya ambik cuti bersalin 2 bulan.. hehehhe.. served her right!

Lepas dua bulan.. things adalah balik kepada normal.. dia ok, saya lega.. agaknya dalam tempoh ketiadaan saya, dia amat menghargai saya..muahah.. lega.. things adalah macam biasa, dan boleh kerja dengan baik. Ye lah. bila kita tadak, baru lah nak appreciate kan?

Our relationship saaangat baik sampai sekarang. Dia pi mana sekali pun tak penah lupa saya. And one day, dia ajak saya dating, dia tanya saya “macam mana kita boleh baik? dulu u pernah benci saya?”.. “err.. tak.. .. tapi ada sikit..” muahahha.. gue buat pengakuan kat situ. Then i said “.. mesti dulu prof tak suka kat saya..” and dia pon admit jugak.. tak mo lah tanya dia pasaipa.. dia pun bukan bagus sangat.. muahahahha.

tah hapa saya merepek punya panjang introduksi.. sebebanqnya just nak setori, kalau kite tak suka kat orang, jangan lah tak suka sangat yang meluap-luap rasa tak suka itu.. dan if suka pon, kena lah ada reserve sikit.. takut nanti jadi kot lain pulak..

ni pon mujur jugak bos tu dengan saya baik even tak bekerja sama lagi. katanya few days ni mimpi saya berjenjalan kat obersi.. wahhh.. kes masuk mimpi ni yang tak tahan nih..

Sebelum titik : wah.. kite bersopan santun kali ni.. macam tak percaya je entry ni guna “saya”.. wallawehh..  Merujuk kepada tajuk entry ni, kite main tulis je.. pepandai lah hampa.. hehhe

Ennjoy your day peeps!
Dah. Babai.
Titik

14 March 2011

Dalam hati ada taman







Dah lama tak letak pics dari lensa saya..

Layan gambar je dulu.. suka gambar yang ada flare2 ni, especially kalau capture waktu pagi.
Waterlily dari laman rumah saya..


waterlily



waterlily3



waterlily2

Menengok adalah tak sama dengan yang merasai








Menatap dada akhbar dengan news Jepun yang dilanda Tsunami..
sangat menggetarkan jiwa.
seolah kematian adalah sangat-sangat menghampiri.
sesungguhnya proses kematian adalah sangat menakutkan.
dan pasti kita akan melalui detik itu..

Pasca Tsunami juga adalah proses yang sukar untuk ditangani.
yang melihat pon dah rasa sangat sebak, apatah lagi yang melaluinya.
semoga mereka tabah.
Allah mengetahui hikmah di sebalik kejadian.

Kita yang tengok ni pun kenalah ambik iktibar..
Tengok dengan mata hati.
Dan semoga Allah melindungi dan merahmati kita.

Titik.

13 March 2011

Tsunami di dalam hati





Allah menguji penduduk Jepun dengan gempa bumi pada 8.9 SR dan ombak tsunami setinggi 10 meter pada 11 mac 2011.
Allah juga menguji saya pada tarikh yang sama.
Cuma, ujian yang saya terima tidaklah seteruk ujian di Jepun.
Alhamdulillah..

Cuma, sekarang dalam dilema setelah ujian itu.
Sedang mengharapkan petunjuk Allah, agar diberikan ketenangan hati
dan kekuatan minda untuk bertindak sewajarnya.

Saya sedikit buntu dan mengelami kecelaruan jiwa.
Kata baba  This is not the end of the world..

Betullah tu.
Tak boleh kecewa.
Hanya kepada Allah lah juga kita bermohon.
Tak dak tempat lain dah.

10 March 2011

Rupa dan penghasilan yang sungguh kontra









Bila dah nampak kejadian ni banyak kali, kite finally terpaksa jugak assume yang majoriti dan tak semuanya yang masuk keja dengan cara mudah, sama ada melalui wahyu dari BIG boss, atau sedara mara ni, mutu kerjanya adalah sangat teruk. Lebih kurang je hasilnya. Bila kena tegur pun boleh buat muka sekupang. Ada jugak yang sombong tak ketahuan punca.

Oh! Plis lah. Kite expect kalau hak mai tu mukanya siap mekap macam artis, and sekali mekap balik lepas solat adalah sungguh teliti makan masa setengah jam, kite expect seteliti tu lah jugak hasil kerjanya. Rupanya apa yang kite harap adalah sangat terbabas. Dia rasa opis ni macam bapak dia punya dah.

Membandingkan mereka dengan spesis yang masuk hanya bersandarkan kelulusan dan kebolehan menjawab soklan interviewer, makanya itu lah yang lebih bersungguh, walau penampilan sedikit kurang. Well, yang tu boleh diberi penambahbaikan later-later.

Kite dah cuak. Tak makan saman.

Sekian sesi melampiaskan rasa hati.

Titik.

Bon Voyage







Kite lambat update entry nih. Tah pasaipa.
Mak dengan abah kite dah pi umrah tinggalkan kite and adik beradik lain,
walau kite and adik kite terhegeh-hegeh nak ikut.

Kite doakan mak and abah kite selamat pergi dan balik.
Insyaallah. Semoga relationship mereka adalah lebih baik dari sebelumnya.
dan Semoga Allah bagi mereka kekuatan yang luar biasa untuk mengerjakan ibadah.
Insyaallah.


Mak and abah kite. Yang insert kat tengah tu abang tulen kite.


Titik.

08 March 2011

Untuk semua Wanita yang Istimewa




Untuk kakak kite.. kak kasih, kak erna, sahabat kite, ermayum, maya amir, Lady
dan kengkawan lain yang sudi singgah blog kite..
dan kepada semua wanita..
yang semestinya adalah istimewa di mata sesiapa jua..
Selamat Menyambut Hari Wanita.

Kite nak baba tuju lagu ni kat kite
Tapi Baba tak berapa gemar dengan penyanyinya.. haha..
maka kempunan la makcik.
makanya.. kite tuju lagu ni untuk kite sendiri..
dan untuk sesapa yang suka..
enjoy!





SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

OST Merong Mahawangsa 
by Anuar Zain

05 March 2011

Asik nampak gajah seberang laut je!







Senang kan orang nak cakap kita salah..
buat tu salah, buat ni macam tak betul..
kalau betul pon ada gak salah..
nak jugak stress kat part salah dan tak menepati citarasa.

kite pun mungkin belong to spesis tu..
kalau tak banyak pon ada jugak sikit.
hanya melihat dari sudut penambahbaikan
Kite ni bukanlah baik banyak
tapi baik jugak lah sikit..
selagi mana tak merompak, menyamun dan mencuri

Tapi kite kecewa sangat bila selalu sangat dipersalahkan
seolah kite ni super bengong - walau yang becakap tu kite tau dia tak maksud macam tu. yeah. dia melawak.
Melawak kasaq la tu, bak orang Kedah cakap..
Tapi kalau selalu-selalu sangat, tak ambik hati
tak merajuk pun macam tak logik kan?

macam lah depa tu bagus sangat.
argh!

Titik.

Berangan itu best!







lately nih kite suke lah sangat berangan..
bukan makan buah pisang berangan.
berangan untuk sebenda yang tak sure akan dapat atau tak.
ye lah, dah namanya pon berangan.
kalau dapat, tak lah namanya gitu.

Takat la ni berangan belum lah sampai jatuh katil atau pokok atau tangga.
berangan sambil bergelak ketawa dengan adik beradik je.
menghayati keindahan keberanganan itu..

Dead line berangan adalah 9 haribulan Mac 2011..
Lepas tu akan kembali ke dunia nyata.

Berangan je dulu,
kalau jadik, alhamdulillah.
kalau tak.. rugi tak berangan.. hehe..

Happy Weekend peeps!

sebelum titik : ada berapa banyak perkataan berangan dalam petikan di atas?

Dah dulu. Titik.

01 March 2011

gila dan kegilaan







Kegilaan manusia ada macam-macam jenis.
Lain dari yang gila dan betul-betul gila.

meriah sungguh dunia ni.


titik.