31 December 2012

Babai and welcome


Weather for Manchester, UK

7°C | °F
MonTueWedThu
RainChance of RainCloudyPartly Sunny
Scattered Clouds


Wind: W at 7 mph


Humidity: 93%11°10°12°



Sewaktu catatan ini ditulis, jam 6.37 malam, waktu tempatan  (Manchester),
saya baru je menamatkan sesi menonton Adam dan Hawa di inernet. Meski jauh di bumi asing,
tetap melayan cerita yang hangat di tanahair. Mujur internet mendekatkan kejauhan itu..

Kite yakin amat, sambutan tahun baru meriah di sana.
Kite kat sini, macam biasa, gelap malam yang belum melepasi sepertiga malam.
Mungkin ada sambutan tahun baru jam 12 malam nanti.
Sejuk-sejuk macam ni, tak sure lah orang kat sini beria nak keluaq rumah atau tak.
Ai masih berbungkus dan bersweater di dalam rumah yang bakal ditingalkan tak lama lagi.

2012
Alhamdulillah.
Memulakan tahun ini di Manchester, dan menamatkan maraton dengan status pelajar  (bermula sejak September 2011) di bumi England ini juga.
Bakal memulakan 2013, di tempat yang sama, dan akan (In sya Allah) mengakhirkan tahun 2013 di tanahair.

Sesungguhnya sepanjang perjalanan dalam tahun ini adalah sangat mengujakan.
Penuh airmata, sedih, gembira, suka duka semuanya secukup rasa.
Alhamdulillah 'ala kulli haalin.

Autumn, Oktober 2012


Semoga tahun 2013 nanti
bakal diberikan Allah yang terbaik,
sentiasa dalam peliharaanNya, dirahmati, diberkati
setiap langkah dan perjalanan hidup.
Andai dimatikan dalam tahun masihi ini, dan tahun hijrah ini,
semoga kita mendapat keampunan Allah,
ibu bapa, anak-anak, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan.
Semoga setiap inci hidup kita mendapat redha Allah.

Tidak ada lain yang kite dambakan, selain dari rahmat Allah.
Jumpa lagi tahun 2013, In sya Allah.

Take care peeps!

dah dulu.
titik

19 December 2012

Winter Bug

Melalui perubahan musim di sini ada kalanya sangat mengujakan.
Ada kalanya sangat tidak teruja.

Kemarin saya ada baca satu post di FB ..
maaf lah, tak ingat siapa, but orang tu terkenal.
Kite malas nak semak status tu again.
Katanya, perujuangan untuk hidup di musim winter adalah sangat mencabar,
terutamanya bagi yang datang dari negara panas,
macam ai ni lah, dan yang berjuang untuk belajar,
mencari ilmu di bumi England ini.
Kebetulan profesor yang updatekan status tu, dalam perjalanan ke Oxford..

So true.
Winter adalah sangat.. sangat apa entah nak describe.
Saya yang dah beranak pinak ni, memang tak tahan.
Tahun lepas, di kala ini, Disember macam ni,
asik berulang ke sekolah, awal pagi keluar dengan suhu -4c,
penuh kesejukan.
Tahun lepas dikatakan dry winter.
Langit sentiasa cerah, dan bila mana cerah tanpa awan,
cuaca akan menjadi lebih sejuk dan lebih membeku.

Dan cuaca menjadi "pelik" lagi
bila mana summer pada tahun ini, juga adalah sejuk.
Masih berbungkus-bungkus dengan jaket dan coat yang mampu menahan kesejukan.

Dalam tempoh summer dan autumn, saya banyak menulis, menggunakan komputer,
membuat kerja di malam hari, di rumah.
Siangnya saya berjuang di library.
Bukanlah kaki library sangat, tapi kebetulan masa tu anak2 cuti sekolah.
Kalau dok rumah, maknanya kerja takkan siap,
otak juga kurang menjana.

Sepanjang tempoh itu, jari tengah/jari hantu saya mulai sakit.
agak tertekan jugak dengan keadaan itu,
tapi sentiasa positif dan berdoa agar keadaan tak kritikal agar saya boleh siapkan kerja.
Malam yang sejuk menjadikan jari saya lebih sakit.
Tulang temulang juga terasa agak keras, dan kebal, dan agak sukar digerakkan.
Badan juga kurang flexi.. asik mengerekot kesejukan.


Cold, rainy day 19/12/12, 5c


Oh ya, dalam rumah saya sejuk.
Kata orang, victorian house memang sejuk.
Dan sejuknya kengkadang menggedik-gedik.

Setelah saya semak akan kejadian jemari saya yang sakit itu,
tahulah saya, yang saya telah diserang athritis..
sangat sedih.
Cemana nak cakap ye, memalam akan tersedar sebab jari sakit,
and sangat takut jari tu tak boleh nak buat kerja lagi,
and terus keras and ak boleh nak bengkok dah.
Sooo scary!

But, alhamdulillah,
Alah bagi peluang agar jari tu sakit sebelah malam.
and siangnya boleh bekerja macam biasa.
Cumanya tak kuat macam selalu.
Merujuk kepada kengkawan yang doktor kat sini,
katanya mungkin sebab sejuk and tak de ubat.
Tak perlu pun pegi klinik jumpa dr, sebab dr akan cakap macam tu.
Kalau sakit, telanlah paracetamol atau ibuprofen.
Sila beli sendiri kat farmasi.
Tesco pun ada juai.
Kedai pakistan pon ada.

 
Frostie morning, -3c

Dalam satu keadaan lain, Azim,
masuk hari ni dah 3 hari sakit  perut.
Muntah sekali dua lepas makan.
Ubat dah bagi untuk bertahan.
Termasuklah sapu minyak angin,
minyak harimau,
tuam, berdoa, berselawat untuk meredakan sakit.
Seperti dah boleh agak, Azim dah kena winter bug.
Mujur tak demam.

Cuma, bila tengok dia menahan sakit, agak menakutkan.
Takut sakit perutnya bukan sebab bug itu, tapi sebab lain.
 Alhamdulillah, ada kengkawan Malaysia yang bermukim dan bermastautin di sini,
boleh dijadikan pakar rujuk.
Sama juga lebih kurang macam GP di klinik,
makan ubat yang sama,
buat perkara yang sama,
keep on observing.


Sebenarnya, banyak penyakit yang akan menghinggapi kanak-kanak
dan dewasa jugak, setiap kali musim berubah.
Selalunya demam, muntah-muntah, sakit perut,
tak lalu makan, dan hanya terkedang kat rumah, lima enam hari paling lama pun.

Begitulah kehidupan.
Winter lebih banyak cabaran, pada pendapat kite lah..
Masa siangnya yang lebih pendek,
sejuknya yang melampau,
penyakitnya yang banyak.
Makanan je lambat basi..
Makan pun makin banyak.. hehehhehhe

Meski sejuk menggedi,
makan ais krim pada ketika ini juga saaaaaaaaangat asyik..
heheh..

Patut lah sejuk2 ni banyak acara diorang ni.
Demi nak memeriahkan keadaan.
Christmas dan sale di merata pekan adalah sangat hebat.
Berboxing pada 26/12...

Dah panjang sangat.
Till then
Titik

Nota sebelum titik :
1. Tengok news, depa kata this year is a warm winter.. this whole week suhu adalah 5-7c.. Ehem.. warm?? makcik ni tak tahan jugak..
2. Gambaq tecik2 tu dari telepon. Yang besaq tu je dari kamera.. 









Ehem..

Weather for Manchester, UK

3°C | °F
TueWedThuFri
Partly SunnyChance of RainChance of RainPartly Sunny
Mostly Cloudy


Wind: N at 0 mph


Humidity: 93%



ehem..
mari kite mulakan..

Bismillahirahhamaniirahim..
semoga dijauhkan segala benda tak baik dalam diri ketika menulis,
meski kengkadang termereng sekejap. hahaha

Sesungguhnya.. sesungguhnya..
kite tak sangka yang penulisan kite yang merepek sesekali dua
ketika berjuang itu telah menyemarakkan semangat Aslynnda Jane and Jassica Jane
yang telah meluahkan rasa mereka di entry "ciwi" kite yang lepas..

kite tak penah rasa ada yang sudi nak baca bebenda yang bukan ilmiah ni.
Kite memang juge tanak menulis ilmiah2 ni..
sekadar peringatan untuk diri sendiri je.
ramai lagi yang tulis ilmiah2 ni.. kita baca kat blog diorang je lah.
Ai pun bukan lah sesapa nak tulis yang berilmiah sangat.
Mengaji pon sikit2 je.

Bersama Dr. Chris Rees .. yang hensem.. agaggagagaa..


Biarlah ai menulis sekadarnya, menjadi diri sendiri,
melampiaskan apa yang ai suka untuk dijadikan bahan bacaan santai
later2 nanti. Ada kala bila baca hak bebenda yang tulis dulu,
rasa macam akukah yang tulis ni? segila ini kah aku?
mm.. ye lah kot...

Kite tak tau sapa yang rajin baca blog kite ni.
Yang kite tau, kengkawan sekeliling kite tak tau pun kite ada blog nih.
Depa pon tak tau life kite, seperti orang yang baca blog ni.
macam kite cakap hari tu, tetiba darjah ketinggian pembaca meningkat.
kite tak rajin baca, and ziarah pon blog orang di celah meneruskan perjuangan hari tu.

Apa pun, kite ingin merakamkan terima kasih kepada SEMUA.. SEMUANYA..
yang kenal kite personally,
yang pernah tengok bayang, kaki, jari kite..
yang singgah.. yang menjadikan kite inspirasi (ehem.. ni petikan ayat Aslynnda and Jassica)
tq kerana membuatkan dan memberikan kite sikit pahala dalam berkongsi yang merepek ini.
Sekurangnya tak lah menciptakan dosa.. ye tak?
I could feel the sincerity sebenarnya.
Kite tadak apa nak balas, melainkan doa untuk semua, sentiasa.

Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kita semua,
menjauhkan kita dari sifat2 mazmumah, dan yang tidak baik,
semoga kita sentiasa konsisten dalam amal ibadah.
Semoga stiap yang kita buat ini dijadikan ibadah dan diterima, lantas diredhai olehNYA.

Dah dulu.
Kite sembang lagi nanti.

Nota sebelum titik : kite dah nak balik.. longing for home.

babai
titik

16 December 2012

Commemorating 12.12.12, 12.15 p.m. @4c

Weather for Manchester, UK

6°C | °F
SunMonTueWed
Partly SunnyChance of RainFogChance of Rain
Scattered Clouds


Wind: S at 10 mph


Humidity: 93%12°


Yeay! kite menulis!

ehem.. mari bertenang..
Telah berlaku pada tarikh yang cantik di atas,
dan waktu yang jelita,
dan cuaca yang sejuk meski mentari memancarkan sinarnya..
kite and kengkawan seperjuangan telah dinobatkan tamat belajar.
Alhamdulillah, perjuangan ini berakhir jua.
I'm speechless.
Hanya Allah yang mengetahui betapa hati ini.


Majlis bermula jam 12.15.
Tamat jam 1.00..
Tiada MC,
tiada ucapan panjang,tiada muzik iringan..
tiada bunga segar memenuhi setiap penjuru dewan.
Majlis yang sangat simple,
tapi tetap dalam kenangan.
(Sekadar membandingkan majlis yang sama di tempat saya).

Sesungguhnya perjuangan ini takkan pernah menjadi mudah,
tanpa doa mak, abah, mak ayah,
saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, termasuk lah juga yang tak suka kat saya.
Dan paling utama di sebalik segalanya adalah
baba, yang paling banyak mengambil alih dapur, dan segala tanggungjawab saya
selama saya tak boleh nak fokus..
Dengan redhanya jugalah saya boleh dan mempu menyiapkan segala tugasan saya.
Dengannya juga saya berkongsi ayaq mata..
Anak-juga yang sangat memahami betapa mama depa kadang-kadang pening..
lain ditanya lain yang dijawab.
 Semoga Allah menggantikan yang terbaik untuk mereka semua..
I mean, bukan lah isteri yang baru untuk baba, atau mak yang baru untuk kanak-kanak tu,
tapi menggantikan masa yang lebih berkualiti dan segala yang terbaik untuk mereka semua.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (Al-Qur'an : Surah Ar-Rahmaan)


Me and my buah hati
Dah dulu.
titik



WEEK
16 December 2012   -   22 December 2012

2 Safar 1434 - 8 Safar 1434

Dec
Safar
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
162Sun6:088:2012:051:353:496:01
173Mon6:098:2112:051:353:506:01
184Tue6:108:2112:061:353:506:01
195Wed6:108:2212:061:363:506:02
206Thu6:118:2312:071:363:516:02
217Fri6:118:2312:071:363:516:03
228Sat6:128:2412:081:373:526:03