22 February 2011

Empangan pecah








Di saat saya bersungguh dan berhempas pulas untuk menghadapi 26 feb ni,
agak terkedu bila saya melihat inbox saya ada e mel dari kakak senior sepengajian saya dulu yang currently bertugas sama tempat dengan saya.


As salam,

Macammana persediaan XXXXX, harap semuanya ok.

SHIMA


Terharu.
saya reply e melnya .


waalaikumussalam warahmatullah..

lovely kak wan

thanks for being so concern.. sangat terharu kat situ..
dalam proses study, buat latihan keras..
semoga Allah memudahkan.


Pada saya,  sekadar bertanya juga sungguh membuatkan saya terharu.
Pagi ni, saya jenguk melbox, ada reply lagi..




Keras jangan sampai crash, I strongly believe you are able to get what you plan for, it just a matter of polishing ... Just a piece of advise, kalau kita pergi kepada Allah dengan cara merangkak, Allah akan datang kepada kita dengan cara berlari. Orang yang nak belajar adalah mereka yang berjuang fisabilillah. banyakkan solat hajat, minta tolong mak ayah doakan dan izin suami, so dekat2 dengan test ni, bodeklah suami, rajin masak ke... berkat gitu...

Ayam goreng  honey

goreng ayam
tumis bawang2 dan halia + daun kari
masuk rempah kari sikit + sos tomato dan serbuk cili
kalau ada honey masukkan honey kalau tak ada gula pun boleh

simple, tapi anak2 akak suka

Wish you all the best.




Kan saya dah cakap sebelum ni, asal tersentuh sikit, mulalah mata jadik kolam.
kai ni bukan kolam lagi.. dah jadi macam empangan pecah.
She touched my heart sungguh dalam..


True. She's good and best sister ever.
In fact, she knows me well, more than i know myself sometimes.


I'm speechless.
She made my day. 
Not only her, Ermayum, kak kasih dan juga yang lain-lain yang mendoaka.

Apatah lagi Cik Baba yang always around, and ambik alih tugas masak sejak minggu lepas.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rahimnya berlipat kali ganda serta memudahkan segala urusan kepada semua yang mendoakan. Amiinn ya raabb.


Akan menulis lagi nanti. Titik dulu.



21 February 2011

nak jugak singgah sini








yeah!
berjaya jugak menyelak blog.
tak dapat menahan diri dari singgah sini.
walau dalam kekalutan bersama kitab dan waraqah.
tak pasti arab saya masih elok atau tak.
belasah je.
kalau betul pon, betullah,
kalau salah.. cek pon tatau..

haha.

sebelum titik : writing is difficult!

dah. Titik.

19 February 2011

Counting days








Selalu tak berapa nak kisah hari yang mendatang.
Tapi, sejak minggu lepas, saya menghitung hari.
Looking forward 26 Februari 2011.

Masa awal mengira, rasa macam ok je..
But semakin dekat, semakin terasa cepat.
Tak tahan sekali bab berdebar ni.
Nak pecah jantung pun ada.

Kadang iltizam itu macam jitu.
Ada masa macam lemah dan berserah.
Perlu usaha berlipat kali ganda.
Ada masa rasa macam..
Err.. Macam-macam.. Berbaur-baur.
Tak suka bila ada rasa macam tu.

Harap Allah memakbulkan,
Memudahkan,
Menenangkan.

Amiin ya rabb..

15 February 2011

Mutiara di mata







Saya belum memulakan bacaan untuk malam ni.
sungguh belum.
Rasa ada benda dalam diri yang kena setel di sini sebelum ke sana.

Semenjak dua menjak ni,
air mata saya agak murah.
ada je benda yang andai sikit tersentuh,
mata akan jadi kolam.
lembut sungguh hati lately nih.

tak pasti lah sama ada peredaran masa,
atau makin berumur,
atau doa baba didengari Allah
agar lembutkan hati saya,
atau doa ibu saya yang sekian lama
baru dikabulkan.
atau sejak kursus motivasi jiwa.

tak sure mana penyebab.
tapi, sejak rasa tenang hati
dan rasa taqarrub ilallah itu,
betullah.. hati jadi lembut sikit.
dulu ganas.. tak.. bukan..
sedikit sebanyak rebellious.
hak lain tu buruk sesaja.
malu nak tulis.

Dan lately ni,
pagi time pi keja,
bila dengar radio,
asik dengar ni :
sesungguhnya Allah dekat dengan manusia itu,
ibarat urat di leher manusia.
sungguh dekat..

Wallahu a'lam..

usaha yang 25 kali ganda








Bila Allah bagi kejayaan,
pada usaha yang agak jerih,
dan walau berjaya,
tapi tak cemerlang,
dan harus ulang lagi
untuk berjaya lebih sikit dari sebelumnya..
maka,
kena usaha dua tiga puluh kali ganda lagi
juga dari sebelumnya.
dan support juga harus berlipat kali ganda
dan pastinya kena iring dengan
yakin, doa dan tawakal
setelah usaha.

dan andai kali ini juga kurang cemerlang,
maknanya Allah uji lagi.
Maka, tu tandanya Allah sayang hambaNya
agar tidak berputus asa dengan rahmatNya.
maka, akan ulang lagi sekali.

Sesungguhnya dalam setiap kejadian ada hikmah tersembunyi.

Sebelum titik : lima kali dah tau.. buat roti. fail. banyak penyebab kemusnahan. Dua bulan lagi baru nak buat pulak.

nota penghargaan : tq baba, aisyah di OZ. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasinh sayangNya. Amiinn.. ya Rabb

Salam Maulidurrasul








14 February 2011

Love is in the air








ha ah.. berterbangan u..
bukan hari ni je..
hari-hari cenggitu..

hari yang tak macam tu adalah bila
merajuk, meluat, menyampah, tak suka, geram,
tu je.
selebihnya memanfaatkan sepenuhnya rasa fitrah kejadian.

indah kan?
tak perlu kot nak ada hari-hari tertentu yang nak display rasa itu secara extra.

sebelum titik : selalunya hak lebih ni spesis yang tak diakadkan secara sah. Kite ada nampak spesis ni kemarin. Esok, bila dah sah, buat tak tau je..

09 February 2011

Azam baru








Kite nak jadik lebih baik dari semalam dan sebelum-sebelumnya.
Esok kite nak jadi lebih bAik dari hari ni dan lusa adalah lebih baik dari kemarin.
Dan esok-esoknya adalah lebih dan sentiasa lebih baik..

Semuanya kerana Allah swt..

Alhamdulillah 'ala kulli haaaalin...

EDC, UUM
090211





Sent from my iPad

Bertambah satu lagi







Sambut birthday setahun dua kali..
Ye lah, satu ikut kalendar hijri, satu kalendar omputih..
Hak hijri kurang diamalkan..
Kalau diamalkan lagi banyak lah umurnya berbanding satu lagi jenis kalendar.

Berapa pun umur baba yang bertambah pada hari ni tak pernah mengurangkan kasih sayang saya padanya.

Selamat ulang tahun.
9 Februari 2011

Enjoy your mark iii..

07 February 2011

Desperado








Kite perlu menulis sesuatu yang serius..
bukan untuk blg, tapi untuk masa depan.

Kite dah tulis, padam.
Tulis lagi, padam..
tulis lagi.. potong..
ganti baru..
tukar ayat baru..
jem!

terus kite gi pantry layan laksa
yang dibuat oleh ibu yang menunggu hari
nak bersalin.. minggu depan nih..
layan jugak buah nam nam cicah garam belacan

Kite ingat dengan melayan nafsu makan itu
akan menjadi sedikit kreatif dari sebelumnya.

kite gagal, sebab extra kenyang,
dan berasap mulut macam keluar naga
sebab garam belacan cicah buah itu tadi
adalah lima kali super pedas.
Oh Bomba, plis mai tolong gue!

Kite tak boleh nak menulis bile tak ready nak menulis
Bile kite terpaksa gak tulis, tapi tulis gak, hasil adalah macam apa je
tapi bila dilegakan dengan makan, pon tak buleh gak..

oh pliss...
gue mengalami pembekuan otak..

satgi kita buat terapi kot lain pulak..

06 February 2011

Semoga kita sentiasa dilindungi dari penyakit hati









Sesungguhnya untuk kali ini saya tidak dapat menahan diri dari menulis apatah lagi selepas singgah mencuci hati di sini..

Terpaku dengan apa yang ditulis di entry ini. Betul dan saya menyokong sesungguhnya. Kupasan yang menarik yang cukup untuk kita sedar bahawa ujub dan riak itu wujud tanpa kita sedari.

Saya tak berniat nak ulas atau tambah any points relevant to this. Apa yang ditulis oleh puan punya blog is true enough.

Saya tak pernah nak rasa blog saya akan menjadi tumpuan. Tak popular pon tak pernah menjadi masalah. Malah, usaha untuk dikenali pon tidak ada langsung.

Saya juga baru dalam dunia blog ni. Menulis pon sekadar sukanya ja. Terpulang pada kita nak define hala tuju blog masing-masing. Sebaiknya jagalah etika, jagalah adab yang mencerminkan adab seorang Muslim sesungguhnya.

Dalam apa juga yang ditulis, akan mencerminkan diri kita. Sangat telus di situ. Semoga Allah meredhai aoa juga yang kita usahakan. Paling tidak, ada juga sedikit pahala yang dikutip dati blogging ini.

Peace.. No war. Sekadar ingatan untuk diri sendiri yang seringkali lupa.

Wallahu a'lam







Sent from my iPad

Sedang cuba untuk kembali seperti sebelumnya

It's been a loong time sejak kali terakhir yang saya postkan entry di ruangan ni.
Lately nih rasa macam tak rajin nak berblog.
Tak dak sebab sepsifik kenapa tak rajin.

Sedang cuba untuk rajin kembali.