24 November 2016

ada sikit rasa terkilan

hari ni baru log in balik.
nampak posting lama dalam draf ada sangat banyak.
masa tu tulis tajuk ja, dengan harapan nanti akan tulis isinya.

but sad sangat sebab tak de apa sikit pun,
hatta main points untuk tulis later.

regret.
ada kenangan yang tak tercatat untuk ingatann masa depan.

dah dulu
titik

i'm back

lama tak log in,
lama tak write something

once  dah masuk, banyak la pulak masalah,
post hilang.
dashboard showed nothing..

sigh..

bismillahirrahmaaanirrahim..
nak try post this one,
hope tadak masalah.

30 June 2016

Ibrah dari sebuah kehilangan

24 Jun 2016 = 20 Ramadhan 1437H = Jumaat

Saya lewat update di sini.
meski hati nak sangat.. naakk sangat-sangat.

Usai kite baca al-Quran malam tu,
terus bukak FB.. standard lah kan.. hahha
the first yang keluar di timeline adalah..

Norsuriaty Bt Awang Hashim
24 Jun 2016 21:28

Assalam semua. Dimaklumkan yang mengenali Mohd Hamizar Hamid.. 
beliau telah dijemut Ilahi maghrib td berhampiran Hospital Putrajaya. 
Moga Allah mengampuninyadan ditempatkan bersama orang yang beriman..
Al-fatihah

Tiga kali saya baca,
memastikan apa yang saya nampak itu benar.
Sungguh, mata tidak menipu.

Terus saya bagitau baba.
Perginya suami sahabat saya sangat mengejut.
Allahuakbar.

Ibrah di sebalik pemergian wartawan BH itu..

1. Nampak posting kawan saya, yang lebih kami kenali sebagai Wok?
membaca posting itu adalah setenang tuan yang update.
sungguh. Wok sangat tenag dan tabah..
ada ruh di postingnya.

2. Sebaik wok update status itu,
penuh timeline saya, sehingga lusanya tentang almarhum yang telah pergi.
Rata2 kenalan sahabat wartawan, rakan sekolahnya, kawan2 universiti
masing2 menyebut tentang betapa mulianya sahabat itu.
Maka bertepatan dengan Allah menjempunya di bulan yang mulia juga.

3. Rata2 menyebut betapa tenangnya wok mengahadapi ujian maha besar itu.
itu bagi yang melihat,
tapi bagi saya yang jauh ni,
dapat rasakan tenangnya sahabat saya itu.

4. Ada yang upadate, ramainya sungguh yang ziarah jenazah di hospital.
Ramai sahabat handai almarhum yang menziarahi sehingga ke awal pagi.

5. Wok kata, Allah mudahkan semua urusan pengkebumian suaminya.
Dari mula almarhum dibawa ke hospital, sehingga ke perjalanan terakhirnya.

6. Setelah usai semua urusan, ahad berikutnya saya mesej wok.
Ucapkan takziah, selain bertanya khabar beliau dan anak2nya.
Sungguh! tenang amat wok.
Redha. Menyerahkan segalanya kepada Allah.



Sesungguhnya mati itu pasti.
amalan je yang kita ada untuk bawak bekal bertemu dengan Allah.




Sesungguhnya kite berazam nak jadi baik..
asik renew je azam ni..
kerapkali mesti tersasar.
sungguh nak  jadi baik.
Biarlah yang baik2 saja orang sebut kalau kite tak de satu hari nanti.
Sesungguhnya Allah uji sesuatu yang mampu kita tanggung ja..
bukan sesuatu di luar kemampuan.
Kehilangan adalah sesuatu yang menyedihkan,
hatta hilang barang belonging sendiri.
Maka bersedialah kita..
sesungguhnya bila masa kita dah ready tu,
Allah akan bagi kita rasa..
Masa tu lah nak test redho kita setakat mana..

Allah.. Allah.

Dah dulu
titik

25 April 2016

Love is..

Love is,
bila merajuk,
ada orang tolong bawak kereta pi basuh kilat2,
ada orang tolong isi minyak kereta penuh tangki, boleh pi melaka patah balik..



tq cik baba
sori for being sentaps..
hahahhaha

27 January 2016

Rezeki masing-masing

Seawal pagi tadi, bersembang dengan teman baik saya.
Bercerita tentang penstrukturan baru negeri Kedah,
yang kengkononnya kuasa MB Mukhriz dirampas,
tentang penstrukturan jabatan saya,,
berlarutan merepek,
kata kawan saya, andai seorang ini jadi menteri besar hari ini,
pasti confirm esoknya anaknya akan segera naik pangkat,
meski baru setahun jagung berkhidmat.

Meskipun susah, rezeki yang diberi Allah untuk tinggal di negara orang adalah anugerah yang tak ternilai..



Kata saya,
biarlah, rezeki masing-masing.
pangkat yang tinggi datang bersama tanggungjawab.
tanggungjawab sekarang pon kadang2 tak terbawak.
andai rezeki dia cepat, biarlah..
mungkin kelebihan dia di situ,
tapi kekurangan yang ada pada dia, dari aspek lain,
boleh dilihat jelas.

Cukup apa yang Allah kurniakan,
rezeki diberi melalui anak2,
dimudahkan pengajian mereka,
diberikan melalui yang lain2,
suami yang baik,
kawan2 yang baik,
mak abah, mak ayah yang sihat..

paling kuat mesej Allah kat situ,
hangpa dorang tak layak .. heheh..

Alhamdulillah 'ala kulli haalin..

dah dulu
titik

Indahnya Kenangan

Semalam sembang dengan baba,
saya bagitau,
nothing much i would expect as of now,
dalam keadaan hidup serba sederhana ini,
saya cuma mengingini untuk membesarkan rumah,
untuk ke Mekah, menunaikan haji,
umrah juga, di kala umur tak terlalu tua untuk beribadat.

Baba kata, kena balik kampung jugak,
baba dah rindu kampung.
I said, ye lah, baru baliklast week,
dia kata bukan kampung tu,
Kampung Cheetham..

Bukan rumah kami, jangan pi serang.. heheh



semoga impian itu akan kembali.
Alhamdulillah atas rzeki yang Allah limpahkan,
tak pernah dalam minda kami akan berada di bumi Inggeris,
enjoying life over there.

Allahu Allah..


MC Dougall's Prayer Hall


1.  dulu memang puaih melilau cari Mc Dougall's prayer hall nih
2. kat traffic light tu lah baba drop kite pepagi jam 8, masa musim dok buat dissertation.
3. setiap laluan tu adalah laluan hari2 kite..

huhu.. kite kerinduan