14 November 2013

Di celah-celah kecemerlangan mereka..

i)
Hari ni result UPSR kakak isya keluar.
Kite tak dapat join.
kite keje.
kite juge memang tak boleh deal dengan bebenda kemajuan anak ni.
kite gabra.
Dalam banyak keadaan, kite percaya baba lebih tenang
kite akan dengar ulasan baba,
and kite akan ikut dari belakang, support.

Pastu, cuti kite pon dah tak de.
Banyak dah habis masa jaga baba kat hospital.
Kite juge tak boleh lari dari pejabat sebab kite pool dengan kawan kite.
Ok. Kite tau reason pool ni bukan reason yang baik.
tapi ia tetap reason.

Kite gabra di opis jua tadi.
Baba mesej.
Kakak dapat..ada a,b dan c.
Alhamdulillah untuk dia.
ikhlas, kite tak happy.
Kite sedih untuk dia.
kata baba, kakak nangis terus once dapat result.
Kite boleh paham rasa itu.

Pada kite, kakak dah buat the best.
bagus sangat sebab kak tak melalui standard 5 (sebab ada di Manchester)
Sekembalinya kakak di Malaysia,
Maths and Science yang kakak lalui sblm berlepas ke Manchester,
kaka belajar dalam english.
Kakak blur, once balik, semua nya dah jadi bahasa Melayu.
Cikgu cakap ke kite masa ambik report card first sem dulu,
kakak balik dulu, kakak blur,
tapi managed to catch up setelah sebulan.
Bukan kakak je,
adik2 dia yang lain pun sama.
Blur masuk kelas.

Kite kata kat kakak, kakak dah buat yang terbaik
dalam masa yang singkat itu.
Andai ada masa,
dan masa yang ada yang telah dibazirkan itu tidak dibazirkan,
Insya Allah kakak boleh meraih kejayaan lebih gemilang.

Kakak kecewa benar bila revise paper dengan cikgu lepas exam.
kakak kata boleh dapat lebih baik.
but hati kakak hancoq dengan result baru dia.

Kita bersyukur juga dengan ujian ini,
selain hikmah yang kite harapkan,
kite harap kakak ambik pengalaman ini
sebagai sesuatu yang boleh boost dia nanti.
Untuk dia fight yang kedepan-depan nanti.

Kite cuma sedih sebab kite tak dapat nak tolong kakak pi sekolah
berasrama penuh.
tapi kite lega, sekurang-kurangnya dia belum jauh dari kite.


 
Gambar credit to : Berita Semasa


ii)
argh! kite dulu pon macam tu.
kite selalu corot dalam pelajaran.
Tapi kite berusaha sungguh sangat sebenarnya.
Kite pulun sangat.
Sebab mak kite marah je kat kite
compare kite dengan orang lain yang lebih pandai.
Usaha kite dengan doa mak and abah,
kite dapat 5A dalam penilaian darjah lima masa tu.

kite dulu tak penah rasa exam ni besaq,
menentukan sekolah mana.
mungkin kakak juga sama rasa macam tu.

Tak pe lah kakak,
life must go on.
result ni bukan penamat segalanya.

Jom berubah!



Kite suka nak copy di bawah ni untuk tatapan masa depan.



PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell". 



Credit to : Saiful Nang FB






Salam sahabat Fb semua,
Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.

syukran kathiran pada kalian semua para guru.

wassalam.


10 November 2013

Pergilah dulu..

Kemarin dulu,  7 November 2013,
kite and kengkawan seorganisasi dikejutkan dengan sebuah kematian.


Menziarahi beliau yang ayu dengan senyumannya,
tenang dalam balutan telekung dan kafan,
sangat menyayukan hati.



Die dan kite tak jauh.
Adik-adiknya kawan sepermainan dan sepengajian Qur'an satu ketika dulu masa kecik-kecik.
Kakaknya ini, yang kite panggil kak lina, agak jauh sikit.
Mak abah kite, dengan abah dan arwah maknye, berkawan-kawan.
kami kenal mengenali dalam orgaisasi ini lah.
Menjejak kasih gitu.

Kematiannya meninggalkan tandatanya pada hampir 4000 orang di kalangan kami.
Didera rupanya.
Perginya seperti terlepas beban sepanjang tempoh penanggungan sengsara deritanya.

Kata bos kite, taat seorang isteri juga harus bertempat.
benar, apa juga yang berlaku tak perlu dikongsikan.
Tapi bukan sampai menyimpan rasa sehingga diri sengsara.

Moga Allah berkati seluruh perjalan hidup almarhumah,
melimpahi anak-anak yang ditinggalkan denga kemurahan rezeki,
kemanisan hidup meski tanpa ibu mereka yang dikasihi,
Moga Allah menempatkan beliau di kalangan para solihin.

Pergilah dulu kak lina.
Selamat jalan.
Kami akan menyusul nanti.

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..


Titik




04 November 2013

Don't walk behind me

It's not nice,
when you know someone you are trying to avoid
walk behind you,
suddenly something distract you and you might act
nampak macam bengong dan terasa sendiri bengong tetiba.

terasa stupid kat situ.
Malu.
 Now rasa macam nak tenggelamkan kepala dalam sebesen ayaq.
Haish.

Ok. Off for dhuha.
Moga dapat menenangkan

18 October 2013

Jom Berjuang

Berjuanglah,
Sehingga malas itu malas dengan kamu,
Sehingga letih itu letih dengan kamu,
Sehingga penat itu penat dengan kamu..

Ketahuilah bahawa setiap zarah pengorbanan kita di atas Jalan dakwah tarbiyah ini,
Dikira sebagai amalan kebaikan di sisiNya nanti,
Maka di manakah rugi?

Jangan disangka bahawa Allah tidak memandang kita ini,
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Melihat,
Maha Mendengar,
Maha Adil,
dan tidak akan sesekali menzalimi..

Derap langkah yang menggegar,
Kita gegar jahiliyyah hingga menggeletar,
Biar kita berjuang penuh tegar,
Hingga jahiliyyah menjadi gentar..

Apa gunanya hidup sebagai muslim,
Tetapi tidak menyebarkan Islam,
Apa guna dicaci agenda kristinisasi,
jJka Muslim tidak menggerakkan agenda Ilahi bermula dari diri sendiri?

Maka hiduplah sebagai hamba,
Diri ini Ilahi punya,
Taat perintahNya jauhi laranganNya,
Kita duta-duta buat agamaNya..

Berjuanglah,
Sehingga kegagalan itu gagal dengan kamu,
Sehingga kekalahan itu kalah dengan kamu,
Sehingga kemenangan pula menjadi milikmu..




Share

17 October 2013

Rokox

Selamat hari raya aidil adha,
Terlebih dulu kite ucapkan.
Dah lama kite dok dang nak tulih gapo gapo kat sini.
Gian.
Now kite tulih balik.



Kite kebetulan terlintas nak tulih tajuk ni,
Kebetulan ternampak kenaikan harga menda alah ni
Yang menjadi sedutan jejaka yang tak macho langsung.
Oops. Sapa terasa sila ambik. Kite tadak masalah.
Sejak dulu kite memang tak suke orang yang menyedut asap ni,
And get full out of it.

Sejak kite zaman single lagi.
Setiap kali kite nampak orang yang gitu, laju je mulut kite smash.
Apatah lagi yang ala2 macam nak tackle kite masa tu.
Kite tau orang tak suke kite laser2.
Tapi kite ada pendirian.
Sape jugek hok nak ke kite,
Plis lah, tolong jangan ambik menda ni,
And jangan janji ke kite nak berenti lepaih kawen.
Kite tak pecaya.
Kalo sukke ke kite, sila jangan ambik,
Kalo tengah ambik, suke ke kite jugak,
Sile berenti.

Mung buleh masuk ke senarai pertimbangan kite.
Kihkih. Kite tadok le macamng artis, suke2 nak pilih
Atau ramei benor dalam senarai pilihan hati.
Tadok.
Kite dok cung langsung pon.
Kite kemetot, manis sawo matang gittu je.
Payoh ore nok sukke ke kite.
Kite sukke ke orang, orang tu tak suke kite.
Tak po lah.
Tapi kite bertekad dengan pendirian hok satu tu.
Bakal laki kite tak boleh berbau asap.
Busuk.
Kite tak suke!
Dengan pendirian ini, kite didoakan oleh ramai orang,
Tak doa pon, depa dok kate kat kite lah.
Cakap gitu, nanti memang akan dapat one yang gitu.
Kite keep in doa suapaya tak dapat yang berbau asap.
Laki kite.
Mase kite kenal dia yang ala-ala Mr Arrogant tu,
Dengan tak bercakapnya, dia memang menyedut asap busuk tu.
Tapi bukan lah heavy sangat.
Kite pon tak suke dia pon mase tu.

Tapi kite tegejut one day, sebelum kite tau dia suke kat kite,
Kite pon tak penah suke dia, sebab dia belagak,
Kite nampak dia menyedut sebatang,
Tetiba, bila dia mai kat kite,
Dah habis api, and benda tu dah tak de dari tangan dia.
Kite tanya manakah menda alah tu.
Dia kata tetiba dia rasa tak sedap,
And dia terus buang.
Since then dia berenti.
Tu dulu.
Now ni kite agak blur dengan bau asap bususk ni.
Kite tau asap bakar sampah je.
Baru ni, kite dok seblah opismate kite, lelaki.
Sekali dia keluaq.
Apas tu dia masuk balik, dok seblah kite.
Agak lama kemudian,
Kite bau benda terbakar dalam dewan kuliah tu.
Kite tanya dia, "hang ada bau benda tebakaq dak. Ada yang tak kena dengan dewan ni ka?"
Kukikukikukik dia gelak..
Dengan slow, dia kata, "aku lah tu.."
Cess!
Nota sebelum titix : tak yah lah sedut asap tu, apa pun alasan,tak yah lah. Busuk!
Babai
Titik

09 July 2013

Mari berpesta ibadah

Hari ni hari terakhir di bulan Sya'aban.
malam ini permulaan untuk berterawih.
esok mulalah semua umat Islam berpuasa.

Maka, marilah kita sama-sama mengharungi bulan Ramadhan yang indah ini
dengan semua kebaikan dan ibadah yang semampunya kita buat.

Ramdahan ini juga mengingatkan kite akan perjalanan puasa
dan ramadhan di bumi Manchester tahun lepas.
Panjangnya siang, singkatnya malam.
pendeknya malam untuk mengecapi nikmat Lailatul Qadr,
malam penuh barakah..
Di saaat dan ketika itu juga betapa dirasakan minda kite sangat ligat berjalan
meski perut kosong tatkala menghabiskan penulisan tesis, demi nak sambut raya..





Walau di mana kita sekalipun, Ramadhan akan tetap disambut,
tetap sama-sama kita berpuasa menahan hawa nafsu..

Selamat berpuasa semuanya!
Selamat berpesta ibadah! yeahhh!!!

till then.
babai
titik

08 July 2013

Pelarian

Saya menyaksikan pelarian hari ni.
Dari seorang yang saya kenal.

Tertanya jugak kenapa,
paling tidak nak improve diri.
tapi gasak dia lah.. hahaha..

dah, babai

30 May 2013

Sesak..

Dalam kepala..
hanya dalam kepala ada banyak yang bersesak-sesak menunggu nak diluahkan kat sini.
Belum sempat.
Banyak sungguh tanggungjawab..
Tidoq malam pon mimpi pi buang sampah..

Semoga Allah beri kekuatan untuk terus berjuang demi keluarga. Amiin..

Buah hati saya yang makin sihat, tapi masih belum cukup sihat untuk berpijak di bumi nyata..

16 May 2013

Selamat Hari Guru, Teachers!

Mak kite cikgu,
abah kite pon cikgu.

mak kite cikgu kite dari kecik.
abah kite jua.

Kite je bukan ticer.
Dulu-dulu,
kite sempat pi ambik exam nak jadik ticer kat UIAM Gombak

Kite dapat tempat nak enrol untuk progrem Diploma Pendidikan.
Masa yang sama, kite dapat keje kat tempat keje kite sekarang.
dalam erti kata lain,
kite dapat keje kat kampung kite.
kite berbelah bahagi,
nak keje opis,
atau keje cikgu.

kite macam tak yakin nak jadik cikgu sebab kite garang.
Kite kurang sabar.
Kite takut kite terdebik anak orang..
nanti matik pulak kite mak bapak depa kerjakan.

Maka kite pon balik kampung, and keje opis.
Lama kite single sebelum kite kawen.
Masa tu kite enjoi benor lah..
lupa ke Dip. Ed. kite tu.

Lepas kite kawen,
beranak pinak,
baru sedar yang kite sambut hari buruh je
Cikgu2 ada hari depa.

Pastu kite mule sedih yang anak2 kite meraung suruh kite kutip diorang balik awai
dari nurseri bila cuti sekolah.
Masa cuti sekolah,
kite sibuk menggila uruskan kemasukan pelajar,
sebelum tu, sibuk dengan final exam.
Anak2 kite terbiar kat nurseri.

Perasaan bertambah sedih bila bebudak makin besaq.
Dan atas sebab kite tak de masa nak spend dengan diorang,
makanya kite decide nak belajar,
tahun lepas lah..
masa tu je bersungguh2 spent masa.

Now balik ke asal..
Cuti sekolah je kite serabut..
kesian kat diorang.
setiap kali cuti sekolah,
setiap kali 16 Mei..
kite jeles..
kite rasa ralat..
kite tak pilih lorong kecikguan itu.
kite pilih lorong nan satu ini.

Bertambah ralat tatkala tengok profesi perguruan di Manchester dulu.

Ada hikmah,
kite terima.
Sesungguhnya Allah tetapkan sesuatu itu bilhikmah.

Makanya, meh kita semua teruskan hidup as it is.
keep on praying.

Selamat hari guru untuk mak, abah..
tq, jazakallahukhairan kathiraa, ajaq chek ni, sejak kecik konek..
sampai la tua dan comel ini..
untuk ipar duai, biras kite yang cikgu2 belaka,
kengkawan sahabat handai kite yang bermeriah2an di sekolah menyambutnya,
cikgu2 yang mendidik anak di rumah..

Semoga Allah memberkati setiap usaha anda untuk membangunkan anak bangsa.

Enjoy your day!

nota sebelum titik : Kite seorang buruh, kuli batak..

babai and titik

(mata kite kecik, and kite tak kosa nak edit.. hehhe)

06 May 2013

Teropong

Melihat,
mestilah dengan mata,
meski berkaca mata, jenama apa sekalipun,
akan membantu membetulkan penglihatan..
dan guna teropong boleh menjadikan pandangan lebih jauh..

Lazimnya mata hanya boleh melihat apa yang di surface ja,
selalunya, tak boleh nak get deeper.
Uniknya bebola mata yang Allah jadikan,
membolehkan kita melihat hampir 180 degree..
kalau nak lebih, kena pusing kepala..
tapi masih belum mampu nak tengok apa yang ada di belakang kepala.
mana lah tau, ada yang tikam kot belakang..
jenoh nak bersilat.. :)

sama lah juga,
untuk menilai sesuatu itu baik atau tidak,
pemerhatian dengan mata itu harus di support oleh hati..
biarlah mata yang melihat
tapi hati yang buat takrifan.
akal yang menentukan baik atau buruknya sesuatu itu.

as a leader, ketua keluarga,
ketua di pejabat,
harus menilai sebegitu.
Lihat dengan mata, dengar dengan telinga dan menilai
serta buat keputusan dengan hati.
sesambil gunakan akal..

andai hati was was, maka solatlah istikharah,
agar keputusan yang dibuat lebih yakin dan di landasan yang benar.

Yang baik harus didengar dan diteliti,
yang buruk juga harus dilihat, dan diteliti.
Di antara baik dan buruk itu ada kebenaran yang harus kita cari..

"Dalam hati manusia, ada seketul daging,
apabila baik daging itu, maka baiklah seluruhnya,
andai rosak daging itu, maka rosaklah seluruhnya.
Ketahuilah, itu adalah hati".

Itu tafsir hadis yang saya belajaq kat sekolah dulu.
Maka, pandanglah dengan hati..
bak kata orang putih " follow your heart",
dan bak kata cikgu saya, Pete Mann di The University of Manchester dulu..
"Looking at situations, from different angles, under a "very fine lens" (Mann, P., 2012). 

Dah dulu.
Till later.
Stay strong!
titik 

Nota lepas titik : Wish to letak gambaq, but found none yang menarik untuk diedit.
later kot.

Jalan yang berliku..

Saya terbaca post ini di dinding laman sosial saya.
Menarik untuk kita renungkan.
Jangan takut untuk berubah.
Sometimes the field is greener on the other side..



Ibu saya sudah mencecah 61 tahun, saya sudah menjangkau 40 tahun. Beberapa minggu sebelum penamaan calon, ibu memberitahu yang Shamsul (kawan sepermainan ketika saya anak-anak) akan bertanding di Bukit Katil.

Saya teruja. Ibu tidak. Kerana katanya, Shamsul akan' disembelih'. Kemudian ibu mengatakan; 'Budak-budak kalau berebut mainan pun bergaduh dan menangis. Kau fikir orang besar yang berebut kuasa akan menyerahkan semua yang mereka ada dengan mudah? Jalan ini jalan yang kotor. Kita akan bertemu jalan buntu kalau memilih jalan kotor.'

Saya tahu dalam hati, analogi ini benar; kerana kuasa itu tentu tidak akan dilepas mudah. Kuasa itu untuk diturunkan kepada anak-anak mereka sendiri, harta nusa dalam perut bumi untuk dikongsi sesama kroni, kemewahan yang berkati, tidak akan sekali dilepas dengan mudah.

Semalam, bila Shamsul mengalahkan orang besar, saya dan ibu di gagang telefon. Ibu bersiap untuk megakui analoginya salah.

Tetapi masuk detik 6 Mei 2013, kata-kata ibu ternyata benar. Saya pun tersedar. Lima tahun lagi ibu sudah 66 tahun. Lima tahun lagi saya sudah 45 tahun. Kami sudah makan lauk yang sama sepanjang hayat. Saya namakan ia lauk pemomokan. Kata Profesor Syed Hussein Alatas, kalau pemimpin itu berpegang kepada cita bencana, korupsi akan melata dan diperkukuh oleh ketidakpedulian marhaen. Kerana itu selalu terjadi; nasib orang celik, ditentukan oleh orang buta.

Jalan ini jalan yang kotor. Kita akan bertemu jalan buntu kalau memilih jalan kotor. Kata-kata ibu akan bergema dalam cepu kepala saya, bukan sahaja untuk lima tahun lagi; mungkin sepertinya, untuk sepanjang hayat saya. Sedih. Saya sedih bukan untuk diri saya. Saya sedih kerana anak saya akan mengulang apa yang saya dan ibu lakukan. Anak saya, puteri yang comel berbakat itu akan memakan lauk pemomokan yang sama.

Anak saya memerlukan seorang negarawan. Itu yang kita tak ada. Saya, seperti anda, sedang melalui jalan buntu yang kotor ini. Di sisi jalan kita yang kotor itu adalah manusia yang dicampak sekelumit dua makanan lantas bergembira. Yang menjadikan saya lebih sedih ialah kerana anak saya, seperti anak-anak anda juga akan berdepan dengan manusia yang menjadi barisan cita bencana seperti yang dinyatakan al Marhum Alatas itu tadi.

Saya, kehilangan semalam. Kita semua kehilangan. Sedar atau tidak, anda semua kehilangan.

Selamat menjamah lauk pemomokan untuk sepanjang hayat anda lagi. Ini jalan kotor, ini jalan buntu!

Muhasabah

(Tajuk ni kite main letak je..
kite tak tau apa cerita nanti, and kite tak tau apa kaitan.. but.. tu lah tajuk yang kite nak letak)

Ok. Semalam, 5 Mei,
hari mengundi rakyat Malaysia.
Kite pon dah jadi bertanggungjawab..
look at my pointing finggaaa.. :))


Nyata, kite, bukan kite je, bahkan banyaknya, dari yang sikit kite temui,
agak sedih dengan negeri kite dipayungi "langit biru".. menenggelami bulan di siang hari..

Kite tak pro mana2.. (sebab kite terikat dengan Akta..)
Tapi kite suka akn apa yang dilakukan oleh pemerintah yang bukan sekarang, yang hari ni dilantik secara rasmi..

Kite suka akan majlis agama yang diadakan setiap minggu.
Masjid dan setiap harinya, diimarahkan.
Saya suka. Dulu pon saya dikelilingi dengan suasana begini di IPT dulu.
Program Lagha ni tak banyak, malah, hampir tidak ada.

Tak pa lah, bukan rezeki kami penduduk negeri ni kot.
Biarlah.. semoga sedih saya hilang nanti, bila mana pemerintah baru teruskan apa yang ada.
Mudah2an juga akhlak remaja, muda mudi makin baik dan makin elok.






saya suka apa yang disebut dan tertera di gambar atas..
Saya pernah kecewa.. dulu lah, masa belajaq..
masa kat manchester dulu.
Ada saya catat jugak di blog ni. Kalau rajin, cari lah..

Saya pernah "terasa" dengan Allah.
Kenapa Allah kurniakan mereka yang kaafirun itu berjaya,
sedang siangnya mabuk, malamnya juga,
merentasi sempadan batas agama, dan bagai2.
Kenapa saya sering kalah kepada mereka..
Sedih.. sedih sungguh hati tatkala itu.
Sedih saya di kala saya pertikaikan kuasa Allah.

Tapi istighfar itu mengatasi rasa yang tak ketahuan..
makanya saya berbalik juga kepada Allah,
mohon keampunan dan mohon agar diberikan kekuatan
untuk saya berjuang mengatasi mereka.
Mohon agar ditetapkan iman..
terus berusaha.

Mujurlah ada Allah untuk berserah dan mengadu padanya..
kalau tak, sure saya terjundari bangunan Sackville.. hehe

Jom kita kuat.
Meski impian saya nak tengok harga minyak turun hari ni
(semalam punya lah tanak isi minyak nak pi kerja hari ni.. takut rugi.. hahaha)
nak drive kot highway tanpa kena tol macam kat UK,
jalan highway yang elok..
mungkin sampai atau tak, wallahu a'lam..
tapi hidup kena teruskan..
walau harga untuk biaya satu kehidupan ini masih tinggi dan akan meningkat.

Dah dulu.
Babai and Titik



 nota lepas titik : kite tak kosa nak edit.. time unt keja.. it's 2.03 pm

30 April 2013

Jom Eksklusif!

saya dah tulis tajuk ni untuk post yang ni jugak tadi.
tapi, tadi lebih skema.. dan saya tak rasa itu diri saya.
Kite tukar!
meh kita ala-ala sembang, bersantai gaya makan di Jazeera Restaurant,
kat Rusholme, Manchester..
sambil melayan mint tea and nasik yang sedap,
berlaukkan kambing panggang..
wallaweyh.. meh berangan bersama saya di alam "Manchester"..

But, apa yang kite nak sembang ni is tak berangan no!
Serius!

Baru ni kite ade dengaq, bukan dengaq je, nampak jugak..
tapi kite bukan paparazzi..
Kite nampak laki orang dengan anak dara orang keep on dating hari-hari,
kite nampak waktu lunch lah..
kenapa kite kisah?
malas nak kisah, tapi,
kalo kite nampak hari2.. musykil jugak dalam hati.
dan laki tu kawan kite kerja and deal selalu, macam baik lah jugak.. bini dia pon kite kenal
and pompuan tu pon kite kenal, walau tak lah rapat macam kawan pompuan lain.

Moh kite not masuk dalam deep detail setori tu..
tak mo nak mengdosakan tulisan ni, sedang niat awal adalah nak ajak semua buat benda yang baik.

setori di atas, selain setori yang sewaktu atau dua tiga waktu dengannya,
adalah hanya garis panduan untu kite bercerita. Mungkin ada setori lain juga, nanti.

Ok. apa pun, sapa pun, meski lelaki atau pompuan,
berkahwin atau belum,
apatah lagi dalam dunia bekerja
yang tak dak sempadan.. online, offline, or whatever,
kenalah pandai kita semua meletakkan batas, sempadan, territory, wilayah
untuk menjaga kehormatan, maruah, dan kemuliaan diri..

Tok sahlah simply buat diri anda sewenang2nya .. sewenang apa tah nak cakap..
senang cakap, jadikan diri anda eksklusif.
Kamus online cakap eksklusif ni, adalah "high-class and expensive".

eksklusif tak pakai kain batik? tambah2 kat rumah mertua.. hehhee


Moh le kite eksklusifkan diri kita
hanya untuk yang memiliki kita.
andai belum dimiliki, simpanlah untuk yang akan memiliki nanti.
makin "mahal" diri, makin tinggi lah nilai diri kita di pandangan orang lain.

meh kite nak ambik contoh se lagi..
kite jumpa sorang staf di jabatan lain..
muda lagi staf ni..
dia ada boss lelaki, yang dia tau suka pandang dari atas ke bawah, diri dia,
bila mana berurusan dengan boss dia.
Fine. Jangan salahkan lelaki tu.. memang pesyen dia dah lah.
Moh kite tengok this girl, cara dia berpakaian..
mak ai! ai yang pompuan pon tengok dia , baru tang bahagian atas pon dah buntang bijik mata,
apatah lagi, kalau kaum adam tengok.
dia tau orang tengok dia, tapi dia masih berusaha tidak menjaga pakaian yang dia pakai hari2.
masih lagi gemar pakai hak ketat2 melililit bodi..

Vintage pon eksklusif.. Laura Ashley punya nih..


Cam tu lah, tu sebahagian dari ekslusifnya diri..
tak ekslusif lah kalau sengaja nak tayang bodi like that, betoi dak?
alangkan orang yang pakai baju kurung litup baik punya pon orang pandang atas bawah, apatah lagi jenis tu..

oh ya.. lelaki pon sila lah eksklusif jugak..
make sure tak menggalak dan menggedik depan public.
lemas tengok.
Pepandai lah jaga diri..
Hak ni laaaaaaaagi eksklusif.. ahahahhahaa..(Oxford Road, Manchester)

hehehe..
dah dulu kite beletiaq.

Till then, babai


Nota sebelum titik : Baju peplum cantik.. tapi tak cantik.. hehhehehhehheh

dah. Titik











01 April 2013

See.. Told Ya!!

Told ya already.. aint it?? See!
Age is just a number.. telling you how long you have lived, and when you are about to go..
Terjumpa gambaq ni dalam fb dua minit tadi..

Standby lor! make preparation.. No joke aa..


Maka, andai hari ini belum dimatikan,
maka beribadatlah, seolah-olah akan mati esoknya.
Beribadatlah, lagi dan lagi.. dan lagi..

dah dulu.. Titik


31 March 2013

Fasa kehidupan yang baru

Melalui dekad kehidupan yang baru.
Terasa makin berumur..berusia.. matang bila mana,
kawan sekerja, makin ramai yang pencen,
makin ramai lahir tahun 80an 90an dah mula kerja,
ramai sahabat handai yang meninggal,
ucapan besday yang diterima pon dah siap tulis umoq..

Dengan itu, saya mengucapkan Happy Birthday untuk diri sendiri.
Mengucapkan terima kasih, jutaan, sekali dengan peluk cium untuk
mak dan abah yang membesarkan anak mereka yang sorang ni, meski tak tinggi,
tapi besaq jugak dari segi umoq.
Terima kasih kepada teman sebilik saya yang mengetahui perangai saya dan sanggup bertahan
dengan apa-apa yang tidak baik tentang saya..
Terima kasih untuk kakak, irfan, azim dan nina for the wishes..
Alhamdulilah, pada kelahiran ini, makin Allah lengkapkan diri saya.

Kepada diri, saya berpesan, letaklah Allah di hati sentiasa,
redha dengan apa juga ujian dan cabaran yang datang,
sila bersabar, toksah dok kalut sangat,
selamat menjadikan semua amalan itu hanya untuk Allah.

Teringat : Age is just a number, telling how long you have lived, and when you are about to go.

Selamat beribadah dan selamat bersedia untuk menghadapi kematian.

dah dulu. titik


saya harap baba akan tuju lagu ni untuk saya, tapi baba tak suka mamat ni.. makanya, lagu ni untuk diri sendiri

24 March 2013

Sepurnama

Rasanya dah lama tak update blog ni.
sepurnama telah berlalu..
berlalu dalam kekalutan saya seorang diri menguruskan baba dan anak-anak,
berulang alik dari hospital-rumah-office-hospital-rumah.. bla bla bla..

Sangat terasa apabila menguruskan sepenuhnya rumahtangga.
banyak yang tertinggal. Keluaq rumah pon boleh tertinggal kunci rumah.
Yang tinggi tak dapat nak capai,
yang rosak payah nak berganti,
yang berat tak mampu nak angkat,
yang tak pernah buat, terpaksa buat.

Dalam kena buat semua benda,
bersusah payah,
berpenat jerih,
berpeluh jantan dan betina,
merempit ke sana sini..

tak jugak slim sikit pon.. hatta setengah kg..
isshh.. tepu dah ka bodi makcik ni?

till then..
eh, sepurnama tu apa?

titik

Nota lepas titik : mencari gambar untuk dilekat di entry ni, tapi malas benor nak edit. lain kali lah.

27 February 2013

Keputeraan si dia

Gambar sebelum kejadian

Tanggal 9 Februari (Sabtu) lepas ulangtahun baba.
Tentunya keputeraan ini paling diingati..
Diuji dengan sebesar-besar ujian,
Tarutama untuk baba,
Mama, kids,
Mak abah and mak ayah,
Sedara mara, ipar duai yang turut terpalit merasai akan kepayahan dan keperitan yang baba, kite and keluarga rasai.


Untuk baba,
Sesungguhnya Allah uji kita dengan sesuatu yang mampu kita tanggung. Hikmahnya mungkin kita belum nampak, tapi mama yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Kuatlah baba, demi mama, kids and semua dalam lingkungan hidup kita.
Semoga cepat sembuh.
Semoga cepat balik rumah..

Nota sebelum titik : 10/1/13, ketibaan di Malaya, 9/2/13 baba and mama dilanggar, dan mulai tarikh itu, sehingga hari ini, 16 hari dah baba kat hospital..





gambar sebelum kejadian..

06 February 2013

Balik Kampung!




Malaysia oh tanah airku!

Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaanNya setelah mengharungi pelbagai ujian,
maka kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanahair setelah mengharungi perjalanan jauh..
bermula jam 5.00 petang, 8 Januari 2013, meninggalkan Cheetham Hill, menuju ke Manchester Airport, dan meninggalkan United Kingdom jam 8.10 malam GMT. Transit di Dubai 3 jam, dan meneruskan perjalanan waktu dubai 10.30 pagi menghala ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Emirates.

ready to go!



Manchester-Dubai-Kuala Lumpur-Alor Setar
(8-10 Januari 2013)

Saat menantikan kapal terbang selamat mendarat di KLIA adalah sangat menghibakan jiwa. Satu perjalanan pulang yang sangat kami nantikan. Sebaik bertemu sauda yang menyambut dan menunggu ketibaan kami adalah lebih mengharukan jiwa.

 Hi Malaysia!

10 Januari 2013, jam 3.00 petang, penerbangan dari KLIA ke Alor Setar selamat tiba.. Macam tak percaya je perjalanan jauh kami dah sampai ke kampung halaman.

Alhamdulillah. Tak de sebaik tanahair sendiri yang menyanjungi rakyatnya yang pulang.
I'm home! We're home!

Melambai-lambai Gunung Jerai.
Hi Kedah! 


03 January 2013

Bila kecewa itu menjelma..


Weather for Manchester, UK

10°C | °F
WedThuFriSat
CloudyChance of RainMostly SunnyPartly Sunny
Scattered Clouds


Wind: S at 8 mph


Humidity: 94%11°12°10°11°




Jarang amat saya merepek kat FB dengan status dan luahan perasaan. If ada pon, saya limitkan untuk pemandangan ahli yang telah saya ciptakan grup.. Tapi, kemarin telah menyaksikan lampias perasaan saya yang jauh dan maha tinggi dalam perasaan itu, yang telah mendorong saya untuk menulis begini:

Agak kecewa.. bukan agak je, sangat kecewa bila berurusan dari jauh dengan organisasi sendiri, dengan time zone yang berbeza, sejemput-sejemput maklumat yang diterima, sangat menyukarkan keadaan dan terpaksa berlanjutan dari hari ke bulan untuk uruskan sesuatu.

Ok. Menda alah ni memerlukan saya call orang yang menguruskan "tajuk" tu, tepat jam 8.10 pagi waktu Malaya, bersamaan jam 12.10 malam (GMT). Mengelat lagi dia tu. serabut saya pikir.
Alhamdulillah, Allah lorongkan sahabat saya yang lain untuk bantu saya. 90% daripadanya selesai. 10% lagi perlu bantuan orang lain.

Selesai urusan bantuan itu, saya up kan satu lagi status panjang :

Ingin mengucapkan dan menyampaikan penghargaan kepada yang concern dengan apa yang telah saya lampiaskan kemarin.




Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah membantu menyelesaikan 90% dari masalah saya di sini (u know who u are..Namanya saya rahsiakan atas keselamatan peribadi dan keluarga beliau). Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk beliau dan keluarganya, merahmati seluruhnya, memurahkan rezekinya, dan memudahkan segala urusannya. Untuk those yang bertanya, mendoakan yang terbaik untuk urusan saya, saya juga mendoakan agar semuanya dalam peliharaan dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.




Jomlah kita bekerja dengan lebih excellent. Apabila kita mudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mudahkan urusan kita juga. Please avoid excuses yang orang yang kita deal rasa tak perlu. Deal lah denga penuh berhemah, supaya kita sendiri menjadi lebih berwibawa, lebih berketrampilan, lebih profesional. Niatlah setiap apa yang kita buat untuk Allah. Semoga lebih diberkati, dan setiap yang kita buat itu menjadi ibadah. Semoga unit/department/organisasi kita akan lebih cemerlang (pesanan untuk diri sendiri juga)

 ada kawan saya tegur..
tak baik mengata dalam FB
tak.. saya tak mengata.. 
cuma meluahkan.
kawan saya takut orang yang saya deal itu
akan menganiaya saya
sebab lepas ni kot mana pun, saya still akan deal dengan depa
Biaq lah apa pun.
Saya dah letih.
tu bukan kali pertama.
dah banyak kali berlaku, dan ni baru lah sekian kalinya saya berang cara terhormat.
tadak la nak maki hamun sapa2
at least orang/member seorganisasi saya ambik pesanan penting saya disebaliknya itu.

Dan untuk pertma kalinya,
saya tak kisah dah depa nak meluat kat saya pun,
tak nak kawan ka,
tanak deal dengan saya pon.

How i wish ada magic wand nak transfer depa tu pi tang lain,
seperti mana saya, sahabat berjawatan akademik lain wish the same as well..
Sekian,
jumpa lagik nanti.
babai, selamat malam.. dan pagi... :)
 Waktu tempatan adalah 2.18 pagi (GMT)
Nota sebelum titik :
Sepatutnya kalau dok lama kat sesebuah jabatan adalah lebih excellent

Titik



WEEKLY PRAYER TIMES
 MANCHESTER, ENGLAND, UNITED KINGDOM
Latitude: N 53deg 30min    Longitude: W 2deg 13min


Qibla: 118:30:7 E (From N) |
WEEK
30 December 2012   -   5 January 2013

16 Safar 1434 - 22 Safar 1434

Dec
Jan
Safar
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
3016Sun7:149:251:122:434:587:09
3117Mon7:149:251:122:444:597:10
118Tue6:148:2512:131:454:006:11
219Wed6:148:2512:131:464:026:12
320Thu6:148:2512:131:474:036:13
421Fri6:148:2412:141:484:046:14
522Sat6:148:2412:141:494:056:15


02 January 2013

Sale dan stress

Saat ini saya merasakan sale dan stress adalah sama naik dan sama tinggi paras dan darjah kehangatannya.

Stress.. Hahahhah

Contoh sale.. 80% tu..

01 January 2013

2012 yang ditinggalkan..




Saya telah berjaya mengedit gambaq yang disimpan dai koleksi saya untuk tatapan semua di alam maya. Bukanlah yang terbaik pun, tapi saya kira macam boleh lah edit, and tak lah buruk and semak sangat. Enjoy!

City of Manchester







Crumpsall Park


Bury, April 2012





Peak District, Julai 2012


Adam dan Hawa versi Manchester, Langsdale Forest






MCCH Family Day, June 2012






MCCH Family Day, Jun, 2012

Manchester Canal, Julai 2012


Oktober 2012

Belakang, atas bumbung stor rumah, Manchester (Oktober 2012)

Bolton Abbey, September 2012

Dah dulu.
Jumpa lagi nanti.

titik