31 March 2013

Fasa kehidupan yang baru

Melalui dekad kehidupan yang baru.
Terasa makin berumur..berusia.. matang bila mana,
kawan sekerja, makin ramai yang pencen,
makin ramai lahir tahun 80an 90an dah mula kerja,
ramai sahabat handai yang meninggal,
ucapan besday yang diterima pon dah siap tulis umoq..

Dengan itu, saya mengucapkan Happy Birthday untuk diri sendiri.
Mengucapkan terima kasih, jutaan, sekali dengan peluk cium untuk
mak dan abah yang membesarkan anak mereka yang sorang ni, meski tak tinggi,
tapi besaq jugak dari segi umoq.
Terima kasih kepada teman sebilik saya yang mengetahui perangai saya dan sanggup bertahan
dengan apa-apa yang tidak baik tentang saya..
Terima kasih untuk kakak, irfan, azim dan nina for the wishes..
Alhamdulilah, pada kelahiran ini, makin Allah lengkapkan diri saya.

Kepada diri, saya berpesan, letaklah Allah di hati sentiasa,
redha dengan apa juga ujian dan cabaran yang datang,
sila bersabar, toksah dok kalut sangat,
selamat menjadikan semua amalan itu hanya untuk Allah.

Teringat : Age is just a number, telling how long you have lived, and when you are about to go.

Selamat beribadah dan selamat bersedia untuk menghadapi kematian.

dah dulu. titik


saya harap baba akan tuju lagu ni untuk saya, tapi baba tak suka mamat ni.. makanya, lagu ni untuk diri sendiri

24 March 2013

Sepurnama

Rasanya dah lama tak update blog ni.
sepurnama telah berlalu..
berlalu dalam kekalutan saya seorang diri menguruskan baba dan anak-anak,
berulang alik dari hospital-rumah-office-hospital-rumah.. bla bla bla..

Sangat terasa apabila menguruskan sepenuhnya rumahtangga.
banyak yang tertinggal. Keluaq rumah pon boleh tertinggal kunci rumah.
Yang tinggi tak dapat nak capai,
yang rosak payah nak berganti,
yang berat tak mampu nak angkat,
yang tak pernah buat, terpaksa buat.

Dalam kena buat semua benda,
bersusah payah,
berpenat jerih,
berpeluh jantan dan betina,
merempit ke sana sini..

tak jugak slim sikit pon.. hatta setengah kg..
isshh.. tepu dah ka bodi makcik ni?

till then..
eh, sepurnama tu apa?

titik

Nota lepas titik : mencari gambar untuk dilekat di entry ni, tapi malas benor nak edit. lain kali lah.