16 October 2014

Mimpi Sampai Ke Bintang





 Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita









15 September 2014

..of Thank you

Sepulangnya saya dari mengutip anak2 di persinggahan, saya singgah kedai bakeri untuk membeli blueberry and strawberry filling unt tart saya yang terjadi coklat gelap (tanak cakap rentung.. Haha) yang telah diperbaharui semula kejadiannya menjadi kegebuan. 

Kejadin yang sangat tak semenggah.. hahhaa

Nak masuk, ada ibu yang nak keluaq, maka saya pegang pintu bagi membolehkan beliau masuk dengan easynya. Dia berlalu dan senyum ja.


Terima kasih Manchester, thank you UoM. Kereta me rah yang meawan kalbu selalu
senyum pada saya ketika melalui Old Quadrangle ni. Terima kasih.

Setelah siap membeli, saya dan nina nak keluaq,  keluaq sambil memegang glass door kedai tersebut, ada pakcik, memegang guni tepung yang diborong, maka saya terus memegang glass door and bukak seluasnya agak pakcik berkenaan boleh lalu dengan jayanya. Sebaik pakcik melintas, anaknya turut melintas depan saya dan nina yang menemani saya bukak pintu, Pakcik tersebut langsung tidak memandang kami, while anak daranya menjeling dan menunduk tanpa senyuman. 

Serius, saya terasa. Terasa kecik ati, bila tak dihargai dengan sekecik pertolongan. Malu juga dengan nina sebab dalam apa juga kedaan saya minta dia untuk say terima kasih or thanks. Dah terbiasa dengnn keadaan di Manchester, "thank you" dan "sorry" tak pernah lekang dari mulut, walau sekecil pertolongan yang diberikan atau tak sengaja buat kesalahan.

Saya pasti rakyat Malaysia amnya dan Melayu/Muslim khususnya penuh dengan kesopanan yang tinggi. Semua yang baik2 ada pada Muslim dan ajaran Islam tidak ada yang tidak baik. Cuma tinggal kita yang nak atau tak nak amalkan.

Terima kasih. Dua perkataan yang sangat simple tapi mampu untuk memukau dan mencalitkan perasaan senang hati dan gembira kepada penerima. While maaf, mampu mencairkan hati dan menjernihkan yang keruh.

Till then, jom jadi baik!

Titik

14 August 2014

Mode aktif

Salam untuk yang singgah menyapa.
Kite kembali semangat
dengan device yang baru.. ahahha

nak mula dengan edit page dulu, agar ceria siket.

wait aa..

17 March 2014

Sebuah kemusnahan

Salam untuk semua yang sudi ziarah.
Lama kita tak bertandang ke sini.
tah apa dalam kepala kite ni, kite terus tak menulis.

Moh kite nak setori.
Tadi, kawan kite,
bagitau kemarin/semalam telah berlakunya perpisakan di antara beliau dan bekas isterinya.
lebih kurang 13 tahun perkhawinan mereka,
dengan sepasang anak yang sedang meningkat dewasa,
berakhir sudah jodoh mereka.

Kite tak nak cerita pasai depa,
but kite nak petik cerita dia.
Katanya bersama dengan dia untuk melafazkan kalimah keramat itu adalah empat pasangan lain.
Sayu hati kite.
Sayu bila mana, sangat mudah (di pandangan mata kite) bila mana
keruntuhan mahligai itu berlaku. Mana tidaknya, itu di centre beliau melafazkan.
Apatah lagi di centre lain.
Mesti lah ramai jugak.
Patutlah katanya statistik menunjukkan setiap saat itu ada ja pasangan yang berpisah.

Menarik juga mendengar ceritanya.
Mengutip pengalaman dari orang yang masuk court.

semoga Allah memelihara rumah tangga saya dah semua yang emmbaca,
menjauhkan dari segala anasir yang tidak baik.

Wallahu a'lam.

till then, babai

titik