27 August 2015

PERFUME MALAYSIA- TIPS TO PICK YOUR TRUE SCENT

PERFUME MALAYSIA- TIPS UNTUK MEMILIH WANGIAN YANG TEPAT!

Have you ever encounter the problem of choosing a perfume which suits you best?
Have you ever feel that the perfume bought suddenly disputes with your personality?

To prevent from wasting the time and money, here are some tips that you may consider while selecting the best scent that fits your character :

1. Before going for some fragrance shopping is to know how to speak the language. Kena lah tau terms yang berlainan dan perbezaan for the perfume refered to. By this, you have to know the difference between eau de cologne, eau de toilette, eau de parfum and perfume. All of these have different mixture of alcohol and water level. Without knowing the difference, it will be hard for you to find the one perfect to match your personality.





2.  The next tip is to identify the perfume yang kita nak beli. There are variety of common fragrances includes floral, fresh, oriental and woody. Some people, macam kite, suka light scents, but ada orang like musky smell, regardless lelaki atau perempuan. Many brands offer various fragrance notes for their customers. The only thing we need to do is to discover which scent we truly fall in love with. This is because with the wrong fragrance selection, it can jeopardize your character, thus decreasing the level of confidence in meeting people.





3.  Bila dah selamat beli, it's time to spray! The final tip is, it is important to go bare before spraying, which means, jangan apply any lotion, moisturiser, sanitiser or other perfumes to your wrist. This could have an effect on the smell of the fragrance yang kita apply. Nanti jadik bau pon tak wangi. Please avoid this in order to avoid mixture of scents.

So, dah ready untuk start perfume shopping?
Nak kan perfume delivered to your door?
Super easy! Jom Visit Zalora, as they offer a wide range of perfume online collection from many local and international brands, with reasonable price as well! :)





Dah dulu.
Till later









Sumpah dan menyumpah

Pernah tak u ols ghasa kena sumpahan?
Tak.. bukan sumpah seranah.
Atau mungkin kita tak perasan pon ayat orang tu adalah sumpahan,
atau bukan sumpah, tapi hanya sebenaqnya ayat jahat untuk mengusik-ngusik.

Eh, jap, sumpah tu bukan jenis sumpah yang beria nak menyatakan sesuatu yang benar,
macm contoh.. ada sorang dulu nak junjung Qur'an demi nak cakap dia tak besalah dalam kes politik..
oooppsssie..
teeeettttt!

        Pedang samurai yang telah disumpah jadik letter opener. sian dia kan?

Ada jugak binatang yang namanya sumpah-sumpah, atau sesumpah..
yang boleh tukaq kaler ikut suka dia ja,
based on keadaan.
Nampak sangat kalau orang kata perangai dia macam sesumpah,
macam plastik,
macam merupa jadi-jadian,
macam tak elok sebenarnya perangai.. kan? takrifan kite je nih.

bukan gitu.
bukan jugak macam kanak2 sumpah sambil angkat tangan tanda penafian,
tak tipu mama,
tak kena rotan dengan cikgu (meskipun sebenaqnya kena)..
[hahha.. terus ingat kat Azim, budak bertuah tu]



           Lama tak buat ketupat ni. Puas menyumpah..
             mendoakan agar ingat lah kembali ilmu ni,
                     akhirnya jadik, tapi senget sebelah



Ada jugak istilah kite gunakan as "menyumpah".
Selalunya menyumpah ni kite sesaja melawak dengan kengkawan yang nak pi court
angkat sumpah untuk tujuan perisytiharan harta and such.
haha. yang tak biasa dengan ayat kite akan gelak sesungguh hati.

Sometimes kite refer menyumpah
adalah bila mana orang tu kutuk orang lain, atau kutuk binatang,
atau apa saja yang boleh dikutuk dengan perkataan yang extereme,
yang melampau tahap gaban.
yang orang rasa dengaq pon meluat dan tak suka dan benci.



         Sumpahan apakah? baru masuk ofis lapor diri,
            hari kedua, meja ni luruh. kengkonon nak
           pusing meja, mencari aura baru, terus ranap.



ada gak cerita klasik,
yang katak sebenaqnya adalah sumpahan seorang putera raja.
tetiba chueh keluaq jadi lelaki hensem sebab ada pompuan cantik puja katak tu.
merepek kan? dongeng je.


tak, bukan semua yang kat atas tu.
maksud kite,
ayat tu just bersahaja,
macam nak kutuk,
macam nak kata "buat lah, one day mesti hampa mai cari aku balik".
Sort of macam tu.

dalam erti kata lain, macam bunyi menggemparkan alam pon ada.
Buat kite takut..
macam orang gertak,
"Pi lah tempat tu.. ada hantu"..
ni kes parents nak menakutkan anak2, suruh cepat tido.
"Pi lah situ.., tak selamat!"
"atau jangan mimpi awak boleh lari jauh" walaupun bukan kite tido and nak mimpi pon.

Penah tak awok-awok ghase yang ada orang yang cakap macam tu,
and as time goes by..
ambik masa lama..
rupanya it turns out to be so true..
bukan menakutkan,
tapi macam ketetapan yang tak disengajakan pon ada.
Macam Qada' Qadar pon ada.



      antara barang yang disebut dan disumpah oleh trainer
        masa training regimental tahun lepas.. mangkuk tandas
      (kedai tu penin, pi tulis jamban!) dapur gas, periuk nasik.. hahha



Apa? dalam bahasa lain orang cakap apa?
karma? kurma?
kite tak pandai bahasa tu.
tapi it seems like,
bukan seems, tapi betul.

Kata-kata itu adalah doa.
Sama ada doa itu,
atau apa yang sebenarnya diucapkan adalah hanya kata-kata plain,
bukan doa, bukan ugutan, bukan hasutan, bukan gertakan.
hanya ayat santai-santai yang terkeluaq dari mulut,
tanpa tuan badan sendiri rasa itu adalah doa,
atau sumpahan.

Dapat tak gist yang kite nak cakap ni?
merepek sikit,
kona merata beat the bush,
but kite nak bagitau,
kengkadang kite atau awok-awok sekalian tak realise pon walau kite cakap tanpa niat,
tapi kata-kata itu tetap boleh merupa sebuah doa..
dan qadak qadar, dan kebetulan.
Maka cakap lah bebenda yang bebaik je.

Oh ya, kite sedikit marah tadi hampir time balik keja.
kite kecewa plus marah.
Bila marah, selalunya tak berapa rasional kan?
maka akan terserlah segala keburukan kita bila kita marah,
dan semua perkataan buruk terkeluaq.

Dah. jom jadi baik.
bercakap yang baik-baik saja.
doa yang baik-baik saja untuk orang lain, selain diri sendiri.
andai ianya kebetulan hasil percakapan atau doa yang tak sengaja,
maka berpeganglah dengan hukum Allah,
bahawa itu adalah ketetapanNya,
tak boleh lari..
ada jodoh pon boleh jadik jugak gamaknya kan?
hahha.

Dah cukup merepek.
Till then.
adiosssss.

titik



26 August 2015

Yang BESAR dan yang kecik..

Appreciate the small things,
for one day you may look back, 
and it was a BIG thing



beikut adalah status kite update kemarin kat FB
.. is trying to accept the fact that the phone casing is pink;
.. is trying to believe this is the sign of love from the loved one, though he actually understand that pink contradicts with my personality.
.. is trying to understand his message is to make me feel and looks like "wanita"
"selamat hari wanita, katanya.."

Kite sebenarnya sedih.
Kemarin kite merajuk dengan baba sebab banyak benda buat kite sedih,
walau sebenarnya, intention dia sangat baik.

1. Baba repair tali jam kite, plus tukaq bateri.
Tali jam kite terus tukar with leather one, but dekat pin dia tu,
bukan yang lama, yang siap engrave jenama jam tu. 
kite sedih. kite tak suka sbb hilang originality.
pastu looks weird sebab jam ada gold platde, but suddenly pin dia silver.
Kite sedih.

2. Kite nampak baba ambik phone kite yang baba hadiahkan sempena besday kite tahun ni,
gosok2, dengan kain, cuci2, buat bagi cantik and pasang casing.
Oh. kite yang mula nak gembira sentap sikit sebab casing warna pink!
Pink babe! oh. kite tak suka.. kite tak minat.
Kite sedih sebab nampak sangat dia sebijik phone yang bole dilihat dari jauh.
terus kite malas nak cakap dengan baba.

pink casing kite, yang belakangnya macam singlet lubang-lubang..



3. Baba bayaq bil phone kite, tapi lambat sikit.
Phone kene bar. kite hidup dengan tadak internet.
No wasap. but baba happy with that.
kata baba, sekurang2nya attention to him tak hilang.
kite merajuk jugak sikit hal ni. Susah babe!


nak menyintai itu bukan mudah, melainkan merasai bahawa 
di pink casing itu ada kasih sayang.. huhu


Baba tak romantik, baba bukan jenis yang boleh nak menyebut tiga kalimah keramat tu sesuka hati dia.
Kite dah biasa tu. Bukan masalah.
Tapi kadang bila kite merajuk, kite lupa semua kebaikan-kebaikan kecik yang baba buat.
Seperti contoh, pepagi sebelum keluar rumah, 
baba akan letak phone kite, bersama charger,
beg komputer, siap dengan charger;
powerbank fullly charged.
Bila kite keluar rumah, just angkut masuk.
Kite hanya rasa such is sooooo precious bila kite keluaq rumah,
tertinggal one of those important things.
selalunya jadi bila kite merajuk, baba tak buat rutin dia.

Baba jugak memang bukan spesis yang pandai pujuk.
Dalam sejarah kehidupan, paling lama tak bertegur sapa,
adalah 3 hari, dan lepas tiga hari cakap sikit, sambung lagi tiga hari,
sambung lagi sampai genap 8 hari.
hantu apa entah merasuk saya. sampai lama gitu.
Tapi baba tetap tak pujuk, walau sepatah.




Terlajak pulak setori.
Tak, kite nak cerita sebenarnya,
janganlah kite tengok bebenda kecik ni as something yang remeh.
for example, member yang close dengan kita, suruh makan,
suruh take care upon endin up a text or call,
suruh take care upon knowing yang kita nak drive home,
pesan yang baik-baik kat kita, 
sebut yang baik-baik pasal kita,
take it as something yang perlu kita appreciate.

Itu juga petanda orang yang ada di sekeliling kita itu care tentang diri kita.
Care sebagai seorang sister,
care sebagai seorang brother,
care sebagai seorang kawan,
care sebagai seorang yang lebih tua, 
atau care yang meskipun tersimpan sesuatu perasaan lain.
Layan je lah, selagi mana tak melanggar batasan.

Care and appreciate pada kite macam sama,
tapi lain, lain jugak, tapi sama.
Bila ada care, means ada kesayangan di situ,
meski darjah kesayangn itu berbeza2.
Bila ada kesayangan, maka membolehkan kita appreciate,
Bila ada appreciate, di sebelah sana akan ada atau paling tidak akan timbul juga peasaan to care untuk diberikan kepada satu pihak lagi.
berkait kan? meski terbelit2.

benda baik itu bercambah-cambah dan berjangkit-jangkit.
Tak salah untuk berkasih sayang.
Berkasih sayanglah dengan nama Allah,
semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya.

Macam baik sangat pulak kite beleter.
selelau bunyik macam mereng. hahha.

Oh ya, 25 Ogos merupakan Hari Wanita.
Selamat Hari Wanita untuk peeps yang wanita.. hehe

Dah dulu.
Till then.

Titik











18 August 2015

Believe

Me love Ella Henderson's version of Believe by Cher.






No matter how hard I try 
You keep pushing me aside 
And I can't break through 
There's no talking to you 
So sad that you're leaving 
Takes time to believe it 
But after all is said and done 
You're going to be the lonely one, Ohh Oh 

o you believe in life after love 
I can feel something inside me say 
I really don't think you're strong enough, 
Now
Do you believe in life after love 
I can feel something inside me say 
I really don't think you're strong enough, 
Now 

But I know that I'll get through this 
'Cause I know that I am strong 
I don't need you anymore 
Oh I don't need you anymore I don't need you anymore 
No I don't need you anymore 

o you believe in life after love 
I can feel something inside me say 
I really don't think you're strong enough, 
Now
Do you believe in life after love 
love love love love
yeayyy!

17 August 2015

tak baik tau menipu..

kite found bos kite menipu hari ni.
3 penipuan.
bukan hari ni saja,
kemarin dan kemarin dulu,
dan sebelum-sebelum ni jugak.




betul lah tu,
menipu sekali, terpaksa menipu dan menipu dan menipu lagi untuk sekian kalinya demi menutup penipuan yang dibuat sebelumnya.
and later pretend macam tak de apa pun,
macam tadak orang tau,
walhal ramai staf memandang, mengata dan mengutuk.

menipu demi nak menyelamatkan diri,
nak meletakkan kesalahan pada orang lain, lari dari tanggungjawab, demi nak tunjuk kepowerfulannya, demi nak bagitau dia sorang ja buat keja, dan dia yang paling hebat sekali.

dari menipu ni kemudiannya terbawak-bawak pulak sifat buruk lain, yelling at the staff yang buat keja, marah tanpa usul periksa, tak nak dengar explanation, dan merawit-rawit dari individu ke unit, ke bahagian dan terus penuh satu jabatan kena jeritannya. macam tarzan pon ada.
paling tak tahan, tak reti nak hormat staf.




maafkan saya.
tercemar jugak blog ni dengan luahan hati saya. 
sedih saya tengok staf bawahan yang sedih kena marah, bergenang air mata menahan rasa sedih ditipu dan kemudiannya dimarahi. 

tak wajar seorang ketua jabatan bertindak macam ni. seolah-olah yang nampak hanya salah staf.
cara bercakap,  apatah lagi  ucapan terima kasih atas kerja yang dihasilkan, hampir tidak pernah didengari.

penat.
saya penat tengok sketsa ni.
kesian tengok staf yang berduka.
tempat yang patutnya di spend dengan penuh gembira dengan teamwork, musnah dengan perasaan yang macam ni. mujur juga jadik pada saya di saat nak balik. kalau awal pagi, memang akan down for the whole day.

kite tanak sebut kalau bohong dan menipu itu satu daripada sifat munafik.. bukan dia tak tau. 
kite juga sering terserempak bos kite dalam surau, ketika dhuha.
patutnya bila istiqomah melakukan ibadah sunat, kita akan jauh dari bebenda yang tak baik, attitude terkawal, appreciate staf for their little efforts sekalipun, berterima kasih, spreading the spirit untuk bekerja, motivate others.

kata ustazah di radio ikim dua tiga hari lepas, bos yang mempunyai integriti mampu untuk melakukan perkara di atas, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah menghampakan sahabatnya, sentiasa menyangjung and inspire sahabat.

semoga kite dijauhkan dari bebenda yang tak baik.
semoga staf kite suka keje dengan kite, feel inspired, ingin melakukan yang terbaik kerana Allah semata.

dah dulu.
maafkan kite yang terlajak laris kata.

till then
titik







13 August 2015

Staying Away

kite bukanlah baik sangat.
Kite jugak bukanlah jahat sangat.
Kite sedang-sedang saja.. hahha..
jangan bunyi macam lagu dangdut tu dah..



Tapi kite akan choose to stay away from negative people.
Bukanlah bermakna bila dia ada persepsi negatif,
boleh dibetulkan, kite akan stay away.
Depends jugak..
Ada yang kite kenal positivo, but later turn out to be negative,
kite boleh jadik reject terus.
Kite tak bekenan.
Kite tak suka.

kite tanak cerita apa yang diorang buat,
tapi ada dua yang sebelumnya kami berkawan,
tapi akhirnya, kite tau kat mana diorang letakkan kite.
Sorang maki kite sambil baling stapler,
sorang lagi backstab kite.

Terus kite senyap, sentap and tanak cakap dah.
Kite tak mampu nak pretend like nothing happen.
Kite tak pandai nak tipu diri sendiri.

Kite penah jugak jumpa sorang yang lain.
Baik dengan kite,
Penah pegi promosi wayback in 2006/7 ke Balikpapan dan Banjarmasin,
sangat tegas, baik jugak.
Tapi dia ada persepsi negative pada bebenda yang dia tau dia tak mampu nak ubah.
pada people around jugak.
Selain dari dia memang ada krisis dengan kawan-kawan sepejabat.
Kadang2 bila sembang denga dia, nothing else,
semua yang dia cakap negative belaka.
Walau kite try nak ubah, tapi dia masih ada persepsi yang sama.

Kite tak stay away from her,
kite masah kawan, but jaga mulut ja,
jangan agi dia mula merepek.
ajak dia cakap bebenda yang positif, supaya walau dia ada pandangan dia sendiri,
tapi dia akan nampak sudut positif sesuatu yang dia nampak aalnya negatif itu.

Kite tak mampu nak ubah persepsi orang lain.
Mereka sendiri yang boleh change diri.
Kite hanya boleh ajak.
Andai tak boleh, biar ja.
Kite tanak aura negatif mereka sampai kat kite.

Kite nak yang baik-baik,
mengajak ke bebenda yang baik,
nak yang positif-positif saja,
supaya kite sentiasa mempositifkan diri
walaupun menerima apa jua yang negative.
Hikmah Allah kita tak tau kan?



Dah dulu.
Till then.
Titik









11 August 2015

Jom Jadi Baik - Part 2

Remember yesterday tentang pos kite jom jadi baik Part 1?
nak sambung sikit untuk part 2.

Kemarin, masa di majlis perkongsian ni,



kite ada jumpa sorang dekan yang kite kenal lama, 
asik membahasakan diri dia "kak pah".

Kite lama tak jumpa kak pah sejak kite balik dari Manchester.
Sehingga kite jumpa di majlis ni.
sesambil jalan nak gi ladies,
kite sembang ngan kak pah.
Kite : kak pah, cantiknya kak pah sekarang, nampak glowing sangat.
Kak pah : tak lah, kak pah biasa ja. dari dulu memang macam ni.
Kite : Lama kot saya tak jumpa kak pah, sesekali jumpa nampak macam tu lah.
Kak pah : F puji kak pah pon, kak pah tak rasa apa. Tak bagi kesan pon. Kak pah rasa kak pah dah terlalu tua untuk terima pujian. dan pujian tu tak menjejaskan kak pah pun.

Terhenti setakat tu bila mana kak pah masuk toilet yang kosong.
Kite ikhlas puji kak pah.
Tak de sedetik pon dalam ati kite pujian tu nak mengharapkan sesuatu yang lain.
Bukan sekadar untuk berbahasa basi.
Tapi ikhlas.
Kak pah ni, yang saya kenal sejak dulu,
kak pah rajin cerita tentang arwah suaminya,
bagaimana suaminya meninggal,
bagaimana susahnya bersendirian menguruskan anak-anak,
bagaimana bersendirian menanggung rindu.


Kak pah tiada dalam picture.


Mungkin glowing kak pah itu terancar dari dalam hati.
saya pun tak tau.
tapi kak pah cantik,
di usia dia 50 an.

Tetiba saya teringat, bila kak pah cakap pujian tak memberikan kesan untuknya.
Ada yang penah bagitau, pujian ni kadang boleh melekakan,
membuatkan kita riak,
bangga.

Kite tak pasti tentang tu.
Yang kite tau,
kite ikhlas.


Dah dulu.
Titik




A-Ri-Ga-To (Arigato) Kyoto

Post ini lama dok dalam draf.
Kecewa tak boleh nak nulis.
until hari ni.


13 Feb 2015

Saat menerima notifikasi dari sekretariat ICSSAM (International Conference on Social Science and Mananegement) 2015 yang mengesahkan paper untuk saya bentang di konferens di Kyoto sekitar Mei, sangat mengujakan.

Tak tau nak cakap macam mana.
Since kite bukan academician, perasaan itu bagaikan melonjak ke angkasa.

Kite telah dijanjikan oleh bos kite,
yang dia akn support permohonan kite.
Kite pon pulun tulis surat bagai semua demi nak dapat sponsor.
Yakin amat akan berjaya,
sebab the first pentadbir akan bentang paper di arena antarabangsa.
cool kan?

Kite cut short the story.
VC kite tak lulus.
Bos kite bagitau,
Vc tulis situ tak perlu, sebab pentadbir tak perlu bentang and publich macam academicians.
Dush! punah cecita kat situ.
Harapan nak visit Kyoto, hancoq bekecai.

Sedih.
Mungkin ada hikmah,
tapi minda jahat kita cakap tak.
dia ada benda yang tak kena ngan kite.
dia tak suke kite.
dia nak guna duit tu unt dia pi jenjalan.


Parit Buntar, Ramadhan 1435/July 2015


Kite tetiba terjumpa dengan TNCA kite few days lepas tu.
Dia yang tau akan ketidaklulusan ini cakap kat kite.
"Apa u buat F, sampai dia tak lulus ni.. tak apa lah,
u lay low for a year or two, and lepas dia turun mintak lain.."
lay low? while tengah semangat nak suruh lay low?






ok. kite cool. kite frozenkan the paper.
tetiba kite rasa letih.
letih lagi bila kite tau VC kite sambung untuk tempoh dua tahun lagi.

I can see the chance is not there.
Instead of 2 years, it's gonna be more to lay low.

Sabarlah duhai hati.

Dah dulu.

Titik





10 August 2015

Jom jadi baik (Part 1)

Kite lost the momentum diri untuk menulis sebenarnya.
Minda berkecamuk.
Tak mampu nak organise the writing well.
Semoga sampai ke inti pati yang kite nak sampaikan.



"Kita menjadi orang yang susah memuji orang sebab hati tidak bersih dan kita menjadi orang yang kurang harga diri sebab kita tidak suka menghargai orang.” - Prof Muhaya, 9 Ogos 2015


Tetiba status Prof Muhaya menjelma kat timeline kite.
Kebetulan kite a bit down.
Kawan kite yang kite kenal baik (si jelita),
told the other friend (the man) yang kite bercakap sesuatu yang tak baik tentang kawan kite (the man) ni kepada si jelita, sebelum mereka berkasih-kasihan.


 Cermin diri  from the lens, Manchester, 2012


Tak.
Tak betul sebenarnya.
Sesungguhnya tak.
Tak de sekelumit rasa pon nak menyebut bebenda tak baik ni kepada orang yang baik.
Kite cuma berharap both of them akan ada jodoh bersama.
Kite, dah at this age, tanak dah bebenda tak baik ni.
nak benda2 yang baik-baik ja.
nak bercakap yang baik-baik,
nak dikelililigi dengan yang baik-baik,
supaya kite akan sentiasa jugak baik,
sebagai part of pahala yang dikutip untuk dibawak masuk bersama ke alam yang kekal nanti.

Harap dengan menjadi baik, kite suka akan memuji kawan2 dengan seikhlas hati.

Till Part 2.
Dah dulu.

Titik.