Blog dan duit






Umum dah tau, sekarang ni cara mudah nak dapat duit, adalah melalui blog. Saya juga antara yang terjebak, mula dengan cara tidak sengaja di sini. Meski awalnya bukan serius, dan sebenarnya langsung tidak, tapi setelah lazim menziarahi blog tersohor, nampak asik ada iklan. Just give a try, dan saya lekat di blog saya, tanpa perasaan.. Boleh gitu?

Dan, setelah beberapa lama.. wah, nampak ada 2 sen.. hehe.. 2 sen beb!! tu pun dah macam nak melompat. Ye lah, kalau sesaja je sapa nak bagi, kan. and since then, saya mula update sikit-sikit. Walau tak serius, saya cuba.

Dan bila Catz meninggalkan komen di entry saya, saya terasa seperti teruja.. melayang-layang.. wah, ada juga yang sedar akan kewujudan saya.

Lately ni ramai yang update blog dengan duit yang nuffnang sedekah tu. Ada yang dapat cek tiap-tiap minggu. Kagum dengan usaha dan jerih perih mereka.

Saya tak mampu sebagus itu. Boleh update pun dah cukup bagus. Semoga semakin boleh, walau duit bukan punca dan matlamat utama saya. *peace, no war*

Comments

Unknown said…
OH! Sungguh terkejut dengan kehadiran tuan blabber di sini. Sungguh! tak tipu!

Terima kasih! terima kasih kerana terasa saya wujud! Dengan dua perkataan yang tuan tinggalkan amat berbekas di hati saya dan semangat yang menggunung tinggi!

Tengkiu!!

Popular Posts