29 May 2011

nak guna vitamin ka ma'jun?







kite dah tak berapa rajin nak update blog.
facebook pun ye, twitter pon ye..
penyakit yang sungguh teruk lately nih.
jenguk pun tidak, ziarah tidak, membuka pun tidak.
banyak benda dok dalam kepala kite
yang membuatkan fokus kite lari jauh..

kite perlu semangat..
nak update blog ni

kite harap semuanya akan berjalan lancar, insya Allah.
dan semoga jihad kite selepas ini,
akan diberkati Allah.
Semoga dimudahkan segalanya.


Amiin ya rabb..

22 May 2011

Salam Takziah






Sayu kite baca, dengar dan tengok berita di akhbar, tv dan radio..
Sedih sungguh.
Sesungguhnya mereka anak yang baik.
Saya pernah dengar, yang anak yatim ini, sebenarnya lebih mudah dibentuk,
sangat independent, dan sangat baik, selain dari sifat positif lain,
berbanding dengan anak yang tidak yatim.

Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan mukminin, InsyaAllah.

Baca news ni lagi lah sedih..
Berita Harian Online | Tanah runtuh: Abang terkilan tak dapat selamatkan adik

Allah turunkan peringatan ni untuk kita semua agar ambik iktibar..
andai Allah turunkan mala petaka ni kat pub ka, disko ka,
mesti kita tak sedih sangat kan?
mestu berjujuk orang yang mengata ..

Mesti ada hikmah sebenarnya..

Sebelum titik :
1. Blog ni, asik sebut pasai mati je.. kan? kebetulan rasanya.
2. Nota bertanda biru dalam enty lepas (belasungkawa), saya baru letak tadi.. kebetulan teringat..
3. Al Fatihah untuk adik-adik yang terkorban dan semua yang telah pergi meninggalkan kita.

Dah dulu.
Titik.

14 May 2011

Belasungkawa

Assalamualaikum..

Lama sungguh kite tak singgah sini.
Tak sempat nak berdunia dengan blog.
Nak lompat singgah rumah orang pun tak sempat.
Malam adalah sangat letih dan menjadikan mood menulis tidak mari.

Untuk yang mengikuti saya, ingat lagi entry saya yang ni?
Saya akui arwah adalah antara yang baik dengan saya.
Sering singgah semata untuk greet saya kalau beliau lalu di opis saya untuk berurusan dengan orang lain.
Selain itu, kami selalu selisih pagi-pagi kat sekolah anak.
Anak arwah dan anak saya, Irfan sama di darjah 2, cumanya lain kelas.

Jujur saya katakan, masa arwah kali terakhir singgah di bilik saya pada hari entri tersebut ditulis,
Ada sekali terdetik di hati saya, semasa mata beliau melihat ke luar bilik saya..
Saya rasa beliau akan "pergi" tak lama lagi.
terus saya istighfar dan menyambung sembang lagi.

Masa tu, saya pesan kepadanya untuk attend meeting yang saya buat pada 6 April..
sementelah dia banyak isu yang nak diutarakan, saya juga bersungguh-sungguh pesan kepadanya untuk attend. Siap pesan suruh accept meeting invitation saya,
saya akan remind lagi nanti..
tapi dia hanya senyum..
katanya.. *(menyebut nama betul saya) tulis lah.. nanti cakap dalam meeting.
Saya kata kalau tak boleh hadir, hantarlah wakil nanti.
Dia masih senyum dan insist saya untuk tulis point yang sangat penting di minda dia.
Saya masih pelik.. kenapa lah dengan dia ni..
Bersungguh-sungguh paksa saya tulis.

Dan pagi sebelum beliau (Khamis) ditemui tidak sedarkan diri di biliknya,
kami bersama-sama meninjau pejabat baru yang akan kami pindah sekitar bulan Julai nanti.
Beliau nampak letih dan tak cakap banyak.
Petangnya, dapat news beliau pengsan kat bilik,
di bawa terus ke hospital, dan Ahad tu, saya diberitakan beliau telah meninggalkan kami semua di muka bumi ini.
Perginya dalam keadaan puasa..dan tidak sempat berbuka puasa pada hari Khamis tersebut.

Sebenarnya bukan beliau sahaja yang sebelum perginya datang menjumpai saya.
Kebetulan masa saya bertugas di HR, 10 tahun lalu, ada seorang sahabat, yang datang berjumpa dengan saya untuk uruskan pencen pilihan di saat usianya hampir 40.
Pelik juga saya. Lama arwah sembang dengan saya.
Dan sebelum beliau keluar dari bilik saya, di muka pintu, beliau senyum dan kata pada saya "u tak percaya, orang muda macam i nak pencen sebab nak pi masjid, buat amal ibadat, and tak buat benda lain selain amal ibadat?"
Dan seminggu lepas tu, sungguh. Saya uruskan terus persaraan dia, atas sebab kematian.
Belaiu meninggal di tanah seberang kerana urusan rasmi.

Sahabat karib beliau juga pada hari kematian arwah, datang berjumpa dengan saya untuk uruskan insuran kesihatannya and bertanyakan juga tentang pencen pilihan. Juga, tak lama selepas itu, Allah menjemput beliau, dan again, saya uruskan seluruh persaraan beliau.

Seorang lagi, juga yang akrab dengan saya juga di saat kematiannya sering menyebut kepada saya.. andai saya bertemu dengan dia sekali lagi, atau saya dengar beliau jatuh atas sebab kesihatannya yang tidak stabil, maka beliau akan mati. Dan tak berapa lama selepas tu, apa yang dikatakan oleh Tuan Haji betul jadi kenyataan, cuma bukanlah sebab beliau jatuh.

Saya tak pasti sama ada ini kebetulan atau ada hikmah yang Allah tunjukkan, tapi saya tak sedar. Kengkawan je buat lawak dengan saya,  semua harus hati-hati dengan saya, sebab yang jumpa dengan saya, akan melalui fasa itu.

Sesungguhnya kita akan pergi, dan mati itu pasti.
Al Fatihah untuk semua saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yang telah pergi meninggalkan kita. Kita akan menyusul mereka satu hari nanti.

Dah dulu.
Titik.

08 May 2011

Lupa dan alpa









Masalah besar kite sekarang ialah selalu lupa..
kite ghasa lah sebab 4 kali beranak, and c-sect semuanya.., selain dari faktor usia
masa kali pertama deliver, tak masalah sangat,
kedua, ok lagik..
ketiga dah mula rasa..
keempat adalah stage parah..
hatta ke benda kecik pon tak mampu ingat.
Sebaik kite masuk pejabat lepas cuti bersalin, nombor telefon yang selalu dipanggil pun tak ingat.
Kadang ambik masa nak rationalise balik sesuatu tindakan.
Teruk.
Tu je buleh cakap.
Kadang baru je ingat nak buat satu benda, pusing belakang, then nak buat benda yang terlintas, adalah boleh lupa. Kena berenti dan pikir sekejap.

Dulu kite mampu ingat detail.
Terutama bab-bab keja.. now ni sungguh la tak berapa nak ingat.
Nak recall pon ambik masa.

Pernah dulu baca c-sect and beranak normal yang guna epidural akan memberi kesan kepada kelupaan.
Ada yang kata mitos.
Mungkin depa takat beranak 1 ja kot..
so far, yang beranak lebih dari satu, dah mengakui hakikat ni.
kite pon dah tanya nurse yang dok rajin mai kat rumah kite nih.

Dan sebab ni lah jugak ada benda besar jadik kat kite kemarin..
lupa, alpa, dan tak ingat, di samping gangguan-gangguan lain yang menyebabkan lari dari fokus asal..

Kite sedih dengan apa yang kite alami sekarang. Kite tak boleh tido the whole night.
Kite cuma buleh berharap dan berdoa kepada Allah agar mengampuni kealpaan dan keterlupaan ini. Semoga Allah memudahkan dan merahmati hidup kita from this day onwards. Semoga Allah bagi ilham atas setiap tindakan supaya tidak memberi kesan yang tidak baik kepada kita. Dan tidak tua dengan nyanyuk di satu hari kelak. Dan semoga kite tidak menyusahkan anak-anak untuk menjaga kite yang tua dan nyanyuk nanti, andai ditakdirkan begitu akhir hayat nanti. Nauzubillah.

Dah dulu.
Nak senyum pon rasa kelat.
Titik

05 May 2011

Kehilangan yang abadi









Dah lama saya tak jenguk di sini dan di sana.
Banyak yang berlaku dan sungguh signifiken dengan diri saya.
Dah lama juga tak menziarahi kawan-kawan blogger, yang di dapur mahupun di anjung..
Maaf kawan-kawan.. yang seriang menziarahi saya..
Sampai masa nanti saya akan berkunjung.

Serabut.
Sedih dan suka serta gembira bercampur baur dan saling berganti.

Saya nak menulis.
Tapi belum ada panggilan dari hati nak menyuarakan yang tersirat.

Alfatihah untuk sahabat seperjuangan saya yang pada akhir hayatnya menasihati saya akan spirit keibubapaan.. erti dan makna hidup.. Saya kehilangan seorang yang hampir selalu menceriakan ruang lingkup kerja saya.

Selamat tinggal tuan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi tuan.

Till later.
Titik.