Ujian hidup, yang tak sebesar mana, tapi tetap signifiken

Weather for Manchester, UK

5°C | °F
WedThuFriSat
Chance of RainPartly SunnyChance of RainMostly Sunny
Scattered Clouds


Wind: N at 2 mph


Humidity: 87%10°14°13°



Seawal jam 3.30 pagi di sini, saya terjaga dari lena.
Dalam kepala ada banyak benda, makanya sejuk yang menggigil pun tak rasa nak berselimut dan menyambung tidur.

Dan seawal itu juga saya tengok email organisasi kerja saya.
Agak mengejutkan bila mana staf yang membalas e mail pertanyaan saya tentang bayaran elaun yang sepatutnya saya terima 15 Oktober lepas, memaklumkan yang mereka dah pos bank draf ke bank sini sejak 6 Oktober lepas. Dan andai hujung bulan ini masih belum diterima, maka, sila bagitau mereka untuk tindakan lanjut.

Agak terkejut saya memandangkan saya jangka elaun saya akan di buat telegraphic transfer, atau sebarang cara mudah lain yang memungkinkan saya terima duit dengan cara paling cepat. Staf berkenaan maklumkan yang saya tidak membuat arahan kepada bahagian mereka untuk dibuat TT and mengakibatkan mereka bertindak menghantar secara bank draf ke bank di sini untuk proses bayaran.

Semaklum saya, tidak ada sebarang makluman dari pihak mereka untuk proses macam tu. Saya hanya diminta isi satu borang sebelum berangkat, dan since semua proses adalah lewat, makanya mereka masukkan duit pendahuluan saya ke dalam akun di Malaysia. Saya buat TT ke akaun antarabangsa untuk mudahkan saya buat proses transfer nanti, pada pagi sebelum saya bertolak ke sini.

Dan di sini, proses untuk tunaikan bank draf, adalah sangat lewat.. seminggu atau lebih.. Dan tentunya sebahagian kecil dari jumlah yang diterima akan ditolak untuk duit proses..

Agak terkilan saya dengan sikap staf universiti berkenaan, tidak maklumkan saya tentang proses tersebut, atau paling tidak confirmkan sama ada setiap kali bayaran kena buat bank draf yang kesannya lebih besar dari TT.. Saya juga salah di situ.. mengandaikan bahawa borang yang saya tandatangan sebelum berangkat adalah borang tu lah..

Ujian yang saya terima, proses TT untuk akaun pendahuluan saya successful, tetapi duit tak masuk akaun. Dan Elaun yang saya expect pada 15 Oktober, hanya akan diterima dalam hujung bulan atau paling lewat, bulan depan.

Kehidupan di bumi asing sungguh banyak ujian. Dan sesunguhnya bila kita datang kerana Allah, maka semua ujian kena redha. Konsistensi sabar itu sentiasa diuji. Dan semoga ujian tersebut hanya akan berkitar kesusahan hidup yang perlu kami semua harungi bersama, dan mohon dijauhi Allah menguji saya dalam pembelajaran saya.


Dah dulu.
Semoga Allah sentiasa di hati kita. Amiin yaa rabb.

Titik




WEEK
16 October 2011   -   22 October 2011

19 Dhul-Qa`dah 1432 - 25 Dhul-Qa`dah 1432

Oct
Dlqdh
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
1619Sun5:407:3712:543:356:118:07
1720Mon5:427:3912:543:336:098:05
1821Tue5:447:4112:543:316:078:03
1922Wed5:467:4312:543:306:048:01
2023Thu5:487:4412:543:286:027:59
2124Fri5:497:4612:543:266:007:57
2225Sat5:517:4812:533:255:587:54


Comments

kasihredha said…
ujian Allah unk kita mensyukuri nikamtNya :)
ANR said…
sabar lah kak. ujian yang datang adalah salah satu cara Allah mengingati dan menyayangi hambanya. semoga akak terus cekal dan tabah mengharungi hari² mendatang. inshaallah.
maya amir said…
ohw dear.. feel sorry to hear that..bersabar ye..i doakan cptlaa duit tu masuk and sumenye dipermudahkan

Popular Posts