Random seminggu ni..
Weather for Manchester, UK
10°C | °F | Thu | Fri | Sat | Sun | ||||||
Scattered Clouds | ||||||||||
Wind: W at 21 mph | ||||||||||
Humidity: 71% | 13° | 9° | 14° | 8° | 15° | 14° | 18° | 13° |
Alhamdulillah segal pujian hanya untuk Allah swt.
Saya kerinduan nak menatap blog ni dan rindu nak menulis.
Asik bercakap dengan diri sendiri saja, kengkonon nak menulis seperti gaya bercakap tu.
Tapi sungguh tak sempat, dan kadangkala nak menatap blog adalah sangat rasa bersalah, apatah lagi tidak mengahbiskan sisa bacaan untuk melangkah mendepani cikgu antarabangsa ni.
Alhamdulillah juga, semua anak-anak dah mula ke sekolah sejak kemarin, Rabu 5 Oktober 2011, setelah sebulan tak pi sekolah.
Prosedur perskolahan sini sangat lambat, apatah lagi kena melalui Manchester City Council untuk tetapkan sekolah di mana-mana. Bukan sukatik je nak pilih, walau ada sekolah yang hanya 5 minit jalan kaki dari rumah. Kata kengkawan kat sini, Temple Primary School adalah sangat susah nak masuk sebab sangat terkenal akan kehebatannya. Sementelah kami masa jejak ke sini, tak de kenderaan nak hantar jejauh, makanya sekolah tu tersenarai paling atas dari 3 sekolah lain sebagai pilihan.
Hujung minggu lepas, Council telefon, maklumkan bahawa 3 anak saya, semuanya sekolah lain-lain, dan seorang tercicir dari senarai mereka. Dan untuk memasukkan nama seorang itu (anak kedua) bukan semudah ABC, terpaksa pulak ulang proses permohonan baru. Percaya atau tak kalau saya katakan yang setiap kali kami telefon council, masa menunggu untuk bercakap dengan admission offer adalah 3 jam? Dan paling tak best adalah sekali tu, elok queue kami kat telefon dah hampir masa untuk bercakap, pejabat tutup lah pulak.
Tak nafi, perkhidmatan awam kat sini sangat tak best. Lambat dan sebenarnya kalau boleh siap dalam masa yang singkat pon buleh ambik masa 2, 3 hari atau paling teruk seminggu! Hakikat ni diakui sendiri oleh cikgu saya yang memang asli British. Pendaftaran untuk perkhidmatan doktor juga, ambil masa seminggu, sedangkan tak lah susah mana pun kalau nak buat. Depa ambik borang yang saya isi, dan letak dalam tray. Just imagine, kalau nak key in details tu tak lah sampai seminggu pun kalau dia buat kerja cepat. nak jumpa doktor pon kena buat appointment dulu, dan selalunya ambik masa seminggu. kalau demam pun, baik dulu lah demamnya sebelum jumpa doktor. Patut lah ada orang bagitau saya, ramai yang nak jadi doktor kat sini sebab kerja tak banyak..
Perkhidmatan bank juga sangat memeningkan. Saya bukak akaun di sebuah bank, semua particulars diambil, 4 hari berikutnya kad sampai. tapi belum boleh guna. Pin number sampai seminggu berikutnya. Paling teruk case saya adalah 2 kali pin number sampai.. Dan bila pin kena reset, ambil masa lagi seminggu untuk pin baru sampai. Perkhidmatan ATM juga sangat tidak boleh dibuat kawan. Masa ni saya miss bank malaysia.
Jauh saya merepek. Sebenarnya nak setori tentang sekolah anak-anak je. Since anak-anak saya berterabur sekolah, kami terpaksa reject sekolah yang jauh, sebab tak memungkinkan kami (babalah yang kena buat keja nih) nak hantar anak-anak kecik yang kena dihantar sampai pintu kelas, atau sehingga dijemput oleh cikgu sekolah, sedangkan masa masuk sekolah semua anak-anak adalah sama. dan, alhamdulillah, setelah menceritakan masalah saya kepada staf di sekolah Irk Valley, sebab dia sibuk tanya kenapa saya reject azim punya admission (sebab saya accept admission di Temple School), tetiba staf tu offer untuk semua anak-anak saya ditempatkan di Irk Valley. Siap dia tanya headmaster, and agak terkejut sebab atas kuasa head teacher saja boleh membenarkan sedangkan sebelumnya dimaklumkan bahawa kuasa penempatan adalah kepunyaan
Saya puji sikap people di sini yang majoritynya sangat membantu.. sangat friendly and sangat memahami. Tu pun subject kepada kita menghormati mereka dan tak rude dengan depa.
Cuaca hari ni sangat lembab dan sangat berangin. Hujan juga paling lebat disertai dengan guruh, pertama kali kedengaran sejak sampai di sini. Cuaca kat sini tak boleh nak teka. Elok mendung dan hujan berdesup-desup turun, tetiba boleh panas terik. Awan juga cepat benar berarak. Hujan lebat tetiba dan boleh berhenti tetiba. Pakai payung waku hujan jugak tak membantu sebab kita boleh diterbangkan oleh angin kalo bawak payung meredah hujan.
Kite nak letak gambaq. Tapi mata dah kecik nak edit gambaq. nanti lah ye.
Terima kasih sudi membaca. Paling tidak, lepas jugak kite nak bersembang di alam maya.
Kite tak kosa nak re-baca karangan merepek ni. Kalau ada salah ejaan.. biaq pi lah.
Kite nak lena dulu.
Dah ye.
Babai.
Titik.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Comments
btw, lame x nmpak u kat twitter.
xoxo,
aqilahraban
huhu
seronok baca...everything dah settle..oklah tu.
Nak kerja kat sana lah camgitu...sebab tak banyak kerja :)
letak gambaq plezzzz...hihi permintaan ngada2 ;)