Menjelma lagi, dengan inspirasi yang diperbaharui

Weather for Manchester, UK

11°C | °F
FriSatSunMon
Chance of RainChance of RainChance of RainChance of Rain
Scattered Clouds


Wind: NW at 15 mph


Humidity: 82%15°15°15°17°11°16°




Sana sini sibuk memperkatakan tentang Steve Jobs yang pergi mengadap Pencipta kita semua.
Saya pasti, baba antara yang paling terkesan dengan pemergian mendiang.. kalau tak sangat pun, terasa lah jugaknya. Baba adalah antara pelanggan mac yang terawal sejak saya belum kenal baba.. semua jenis mac, baba dah hafal, and segala jenis yang mac ada, baba pernah guna dan antara yang dah lingkup tu pun, masih ada kat rumah di malaysia. Buku dan magazine penguasaan mac juga sarat dalam simpanan baba.

Saya mengenali mac dan apple ni sejak nengok baba edit semua photo baba kat mac. jarang amat baba guna windows untuk edit gambar. Kata baba, mac sangat sharp colournya and setiap noise dapat di detect, and tah apa term lagi yang baba guna, yang saya jenuh nak paham. Bila tanya banyak, mula baba cakap susah nak cakap dengan saya sebab saya tak paham. Tapi, now saya adalah pengguna mac.. saya beralih kepada mac sejak lappy saya diserang oleh virus yang tak boleh nak dikawal, dan melingkupkan semua data saya.


Baba juga sangat setia dengan mac yang baba err.. opis baba beli untuk baba guna sejak 2001 dulu.. segala mac mini, i pad, i pod dan segala jenis applications baba sangat mahir. Saya tak pasti ada orang lain tak yang lebih hebat dari baba, tapi dah saya hidup dengan baba, saya tau dia ja lah.. hahahhaha..
Lagi, baba ada cakap, mac adalah sangat tidak dihinggapi oleh virus sejak baba guna. Jadi bila lappy saya kena virus, baba cepat nak marah sebab ia tak suka kena repair bila bab-bab virus ni.

Hari ni saya makin terkesan dengan pemergian Apple founder ni, sementelah lagi bila cikgu saya petik video ni untuk tatapan kami di dalam kelas. Saya kongsikan di sini agar kita sama-sama lebih mengenali siapa diri kita, dan menghargai orang yang pengajiannya tak tinggi tapi boleh lebih mencapai dan menggapai bintang dari yang berpelajaran tinggi. Semoga kita juga akan memberikan peluang untuk setiap individu mempamerkan kebolehan mereka dan membantu mereka menjadi lebih kreatif.



Saya sanjung Steve sebagai sorang manusia yang berilmu. Dan demi ilmu itu yang membantu kita menggilai ilmu yang dimilikinya, dan sanggup berkorban nak memiliki antara inventionnya. Dan benar kata hadis/ulama .. saya tak ingat dah.. sungguh lemah daya ingatan saya.. ilmu yang dimiliki boleh hilang bila mana tak guna.. dan benarlah kata ustaz/usatazah saya dulu, salah satu cara ilmu boleh hilang apabila setiap orang itu nyawanya ditarik oleh Allah.Satu pengajaran untuk kita semua supaya sebolehnya mengorek ilmu dari ilmuan yang ada, agar segala ilmu yang ada itu tidak hilang bersamanya memasuki liang lahad. Dan untuk orang yang mempunyai ilmu, maka wajib baginya berkongsi dengan orang lain.

"sesungguhnya dalam setiap kejadian terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir" (Al-qur'an). Maaf juga, saya hanya hafal ayat qur'an dan terjemahannya, tapi saya tak ingat surah apa. zaman sekolah dulu je belajar. Andai ada yang mengetahui, sila maklumkan, saya akan kemaskini laman ini.

Untuk yang belum menonton petikan ini, jom kita garapi apa yang terkandung dalam ucapan beliau di Stanford University. Semoga kita sama-sama memanfaatkan.

Dah dulu.
Titik.

Nota selepas titik : kite nak letak gambaq.. tapi tunggu sat no. (pesanan penaja untuk kak kasih saya.. )




Comments

kasihredha said…
patut le ramat duk tulis cam gini:

ThankYouSteve without You Apple is just a fruit!!

ok...akak setia menunggu hann upload gambaq kat sana :))
tak kenal sblm ni. even pengguna iPhone..now baru tau..
Ermayum said…
hi dear :)

i sangat tak suka mac maybe sebab tak biasa but i love i phone :)

sangat betul. titik :)
Unknown said…
kak kasih..
betullah tu.. hahha.. tau makan je kan?

Joy..
i pon baru kenal.. hehhehehheheh

cik erma..
kalau kita explore deep lagi tentang mac ni.. kita akan lebih menggilai teknologinya..
maya amir said…
hannnnnn...miss ya!!!

up laa gmbr.. lame tak jenguk sini..lame tak tanya khabar you..

p/s : tq for the wishes & doa:)

Popular Posts