Saya tetap Melayu di mana saja!

Minggu ni cuti sekolah..
makanya, jalan dan tram adalah agak lengang dan sangat best.
Kebetulan saya dan cikgu saya, Ruth Sharpe,
tiba awal di kelas..
sambil kami bersembang dan menyatakan kegembiraan menaiki tram di waktu pagi
dengan kekurangan manusia
yang membolehkan kami sampai awal untuk ke kelas jam 9 pagi.
Kalau hari biasa, tram adalah sangat sesak dengan manusia yang nak pegi kerja dan
pelajar high school yang dressing macam adult..
Sangat menyiksakan!

Saya bercerita dengan cikgu saya yang cantik berusia 44 tahun.
Saya menaiki tram pada awal pagi, pada hari biasa, dengan manusia yang sungguh ramai.
Demi tak mo lewat, saya selit jugak diri saya kat celah manusia yang bagak-bagak itu.
Dan saya berdiri, tanpa ada tempat nak pegang, bagi mengelakkan saya terguling atas manusia lain.
Saya berdiri teguh, dengan backpack saya, sambil berdoa agar tram akan bergerak dengan baik
dan tanpa terbrek-brek,
Satu ketika, saya hilang imbangan dan hampir nak jatuh.
dan dalam kekalutan itu, ada sorang Muslim pakistani student
yang naik tram, juga dari Abraham Moss,
sempat memegang saya dari terjatuh.
Dia juga pelajar UoM dengan saya.
Yang lainnya buat tak tahu dan memandang sinis.

Cikgu saya kata memang orang yang naik tram kebanyakkannya sangat "rude".
Dan budaya English sendiri rata-ratanya mementingkan privacy, walau dalam keadaan begitu sekalipun..
dia cakap kat saya, and because you are short.. "makanya tadak sapa yang heran kat you" versi translation saya.
oh.. well... yeah.. i'm short, but i'm cute! huh!!

Dia juga berang sebelumnya sebab attitude orang putih yang muda-muda ni tak menghormati orang tua-tua untuk bagi tempat duduk di dalam tram.
And dia mengakui, orang Muslim, tak ada budaya tersebut, bila mana dia ekspresikan kenyataan tentang saya ditolongi oleh pelajar pakistan tadi.

Sebelum kelas hari senin lepas, 24 Oct, saya berbincang dengan cikgu saya itu tentang tajuk assignment. sebaik hampir habis perbincangan, beliau capai pemadam papan hijau untuk rub off the bebenda yang dia mengajar.
Saya offer untuk bantu, and beliau mulanya tak mo, lepas tu dia bagi pemadam itu.
Sambil katanya .. "Yes.. Malays are very polite"..
Bangga saya..
Di mana pun, saya rasa kitalah bangsa yang menghormati orang lain, dan diasuh dengan baik untuk sentiasa menghormati sesiapa pun..
Saya tetap memang cikgu saya Ma'am, atau sekurangnya Sir,
dan bukan address dengan nama mereka sahaja.

Semoga elemen ini sentiasa ada dalam jati diri setiap Melayu..
dan akan kekal selamanya.

Oh ya.. kelas saya nan satu di Alan Turing itu masih menggunakan papan hijau  untuk tujuan pengajaran, di samping ada projector.
Cool kan? teringat juga saya masa tolong papan hijau tu,
dulu masa sekolah rendah saya suka sangat nak duty tu.
Tapi cikgu tak pernah bagi.
Sanggup naik atas kerusi kalau nak padam jugak.
Tapi, untuk kali ni, tak de lah buat keja macam tu..
cikgu tu pon bukan tinggi sangat..
jadinya within radius capaian saya je lah nak padam.. heheheheh

Dah dulu.
Mood saya nak mengadap kitab agak jauh.
Semoga mood itu segera mari setelah proses update blog ni siap.
macam tak percaya je dua entry malam ni..
err.. tiga.. campoq hak sebelah sana..hehehehhehehe

dah dulu. babai.

titik





Comments

Ermayum said…
disana melayu memang melayu polite but di Malaysia naper yg polite itu tidak nampak ?:)

Popular Posts