Perihal solat

Weather for Manchester, UK

9°C | °F
ThuFriSatSun
Partly SunnyPartly SunnyMostly SunnyChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: SW at 7 mph


Humidity: 76%10°13°12°10°18°12°



Assalamualaikum Warahmatullah.

Kita jumpa lagi di sesi yang keberapa entah.. hehhe..
Kali ni nak cerita tentang solat di sini.
Saya pasti kengkawan yang dah biasa berada di negara Eropah, atau kawasan yang sewatu dengannya,
di mana jumlah penduduk yang bukan Islam lebih ramai,
atau negara yang bukan agama rasminya agama Islam,
atau yang menghadkan dan membataskan azan dilaungkan dan didengari umum,
pasti boleh menjangkakan praktis Muslim minoriti di tempat tersebut.

Saya menjangka untuk solat di sini, bagi Muslimah, adalah agak sukar.
Untuk Muslim, saya pasti, tidak ada masalah.

Saya menghadapi masalah sejak kelas saya bermula.
Tambah lagi yang bermula sebelum Zuhur dan habis setelah masuk azan Asar.
Saya gagal mencari surau di Universiti.
Saya tahu, di Zon Utara Universiti, ada sebuah prayer hall,
dan di zon selatan ada satu prayer hall.
memandangkan saya lewat tiba di School,
pada hari pertama saya ada kelas tengahari,
saya telefon mak saya jauh di Malaysia untuk tanya camana nak solat dalam keadaan yang begitu.
Nak wuduk susah,
nak solat juga susah.
Mak bagi petua.. buat gitu dan gini, hanya cari tempat sesuai.
Aurat tutup, tangan jaga.. etc
Tapi saya gagal solat hari tu.. Sedih..!

Saya mengandaikan di setiap bangunan, sekurangnya ada satu bilik kecil, yang digunakan oleh staf Muslim Universiti yang ramai untuk solat.
Menurut sahabat saya, ada, cuma kena tanya few Muslims yang boleh "dipercayai".
Rupanya tidak ada.
Mungkin bagi student PhD, lebih mudah memandangkan mereka mempunyai working area sendiri,
dan boleh solat di situ saja.

Satu ketika, saya explore Prayer Hall di Sackville Building..
jauh di basement rupanya.
Agak besar, dan terjaga.
Ada sekretariat yang menjaga kebersihan, dengan nota untuk sesiapa yang sudi volunteer untuk vacuum carpet dan mencuci prayer hall.
Kain telekung juga banyak..
pastinya student Malaysia/Indonesia yang donate kat situ.

Satu ketika juga, saya explore Mc Dougals Muslim Prayer Hall di South Zone..
Jauh dari pusat Universiti.. 10 minit berjalan dari University Place.
Tapi, sangat cantik dan best.
Terjaga, dan rupanya aktiviti di situ lebih banyak dari di North Zone.

Saya standby telekung yang paling ringan yang bila dilipat, hanya tinggal dalam genggaman dalam backpack saya.
Kawan saya pesan, tak payah pakai telekung, just enough dengan apa yang kita pakai.
Nanti orang tengok pelik.

Tak biasa saya, solat dalam keadaan begitu.
Tapi perlu biasakan diri.
Dan sentiasa kena bersedia dengan pakaian bersih untuk solat.
Agak janggal, sebab kita akan menjadi seperti Arab lain yang solat begitu.

Solat dalam kereta juga adalah perkara yang biasa..
dan harus dibuat bila mana dalam keadaan berjenjalan merata ceruk, atau paling tidak, hantar kengkawan pulang ke tanahair di airport.
sekali lagi, saya tak biasa. Tapi kena dibiasakan.

Di sini tak macam di Mekah, atau di Malaysia, boleh perform solat di mana-mana,
tanpa rasa janggal dan banyak surau atau masjid.
Mungkin kat sini, orang akan katok/pukul kita, kalau solat secara terbuka, dengan sejadah, dan juga telekung.

dan, kalau kengkawan perasan, saya ada letakkan jadual waktu solat di sini.
Kalau rajin belek, boleh nampak, setiap hari, waktu solat akan berubah lebih awal dalam dua minit, kurang lebih.
Dan paling ketara, beza antara waktu Zuhur dan Asar adalah semakin dekat dari hari ke hari, dan tempoh siang hari adalah makin pendek.

Sahabat saya di sini bagitau, boleh dijamakkan solat Zuhur dan Asar bagi kemudahan kita,
memandangkan tempoh waktu sangat pendek, dan waktu tu lah kita sibuk berurusan dunia..
Kata mereka, ulamak telah memutuskan.
Untuk rujukan kengkawan, boleh tengok kat sini..
Fatwa tentang boleh jama' kedua waktu solat, serta Maghrib dan Isya' di sini..
Pastinya, jangan Qasarkan solat tu.
Nak beramal, kena tau juga punca dari mana kan?
tak lah kita main ikut tak tahwan punca.

Apa pun, Islam sangat mudah.
Solat tak boleh tinggal, meski habis upaya dan hanya diisyaratkan melalui mata saja.
Solat jugalah yang membezakan kita dari kafir lain.

Dalam satu hal lain,
saya ada kelas esok, hari Jumaat, mulai jam 12-3 petang..
tok guru saya seorang bangladeshi Muslim..
sejak kelas saya bermula, minggu ni dah minggu keempat..
kelas berjalan seperti biasa, tanpa ada break untuk beliau atau dua individu Muslim lain untuk solat Jumaat.
Saya musykil..
dan setiap kali kelas, saya buang prasangka jahat jauh-jauh.
saya mungkin tak tau sisi lain bagi keperluan solat Jumaat di negara asing begini.

Wallahua'alam.
Panjang saya tulis.
Saya hanya nak hilangkan stress tengok soalan assignment yang baru dapat tadi.
Tak kuasa nak semak tulisan kali ni.

Dah dulu.
Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan Maghfirah Allah,
dalam apa juga yang kita buat.
Take care all.. kak kasih, maya, erma, zarin, aqilah..

Titik







WEEK
16 October 2011   -   22 October 2011





19 Dhul-Qa`dah 1432 - 25 Dhul-Qa`dah 1432





Oct




Dlqdh




Day




Fajr
(Dawn)




Shorook
(Sunrise)




Zuhr
(Noon)




Asr
(Afternoon)




Maghrib
(Sunset)




Isha
(Night)
1619Sun5:407:3712:543:356:118:07
1720Mon5:427:3912:543:336:098:05
1821Tue5:447:4112:543:316:078:03
1922Wed5:467:4312:543:306:048:01
2023Thu5:487:4412:543:286:027:59
2124Fri5:497:4612:543:266:007:57
2225Sat5:517:4812:533:255:587:54





Comments

kasihredha said…
kalau lelaki akak rasa lebih senang.
Mungkin kita dah biasa bertelekungkan...rasa tak selesa kalau solat tanpa telekung.
Bila fikir pasal cuaca (sejuk beku waktu wuduk) ...fikir pasal kemudahan solat...rasanya bertuahnya berada di M'sia kan...sure hann rindu pada laungan azan juga :)

keep smiling dear :D
Ermayum said…
try as best and u must :) siapa la kita tanpa kasih dan sayang Nya kan - belajar dioversea juga adalah satu ujian kan samaada kita ingat atau lupa akan Dia

dulu masa i study i used the sempoi way - wear pants, make sure pakai/bawak stocking - baju or blouse always long sleeve - tudung labuhkan - or u store tudung labuh skit dlm beg- cari mana mana ceruk dilibrary or belakang mana mana lapik kain (kain batik ringan willdo) and pray -
and when we traveled then we just prayed everywhere - tepi jalan - tepi sudut -
most mat saleh dont care about us - and they never stop to watch - at least in US lah

u take care and tegakkan tiang islam itu sedaya upaya k :D

Popular Posts