Jom Berjuang

Berjuanglah,
Sehingga malas itu malas dengan kamu,
Sehingga letih itu letih dengan kamu,
Sehingga penat itu penat dengan kamu..

Ketahuilah bahawa setiap zarah pengorbanan kita di atas Jalan dakwah tarbiyah ini,
Dikira sebagai amalan kebaikan di sisiNya nanti,
Maka di manakah rugi?

Jangan disangka bahawa Allah tidak memandang kita ini,
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Melihat,
Maha Mendengar,
Maha Adil,
dan tidak akan sesekali menzalimi..

Derap langkah yang menggegar,
Kita gegar jahiliyyah hingga menggeletar,
Biar kita berjuang penuh tegar,
Hingga jahiliyyah menjadi gentar..

Apa gunanya hidup sebagai muslim,
Tetapi tidak menyebarkan Islam,
Apa guna dicaci agenda kristinisasi,
jJka Muslim tidak menggerakkan agenda Ilahi bermula dari diri sendiri?

Maka hiduplah sebagai hamba,
Diri ini Ilahi punya,
Taat perintahNya jauhi laranganNya,
Kita duta-duta buat agamaNya..

Berjuanglah,
Sehingga kegagalan itu gagal dengan kamu,
Sehingga kekalahan itu kalah dengan kamu,
Sehingga kemenangan pula menjadi milikmu..




Share

Comments

Popular Posts