Balik Kampung!




Malaysia oh tanah airku!

Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaanNya setelah mengharungi pelbagai ujian,
maka kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanahair setelah mengharungi perjalanan jauh..
bermula jam 5.00 petang, 8 Januari 2013, meninggalkan Cheetham Hill, menuju ke Manchester Airport, dan meninggalkan United Kingdom jam 8.10 malam GMT. Transit di Dubai 3 jam, dan meneruskan perjalanan waktu dubai 10.30 pagi menghala ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Emirates.

ready to go!



Manchester-Dubai-Kuala Lumpur-Alor Setar
(8-10 Januari 2013)

Saat menantikan kapal terbang selamat mendarat di KLIA adalah sangat menghibakan jiwa. Satu perjalanan pulang yang sangat kami nantikan. Sebaik bertemu sauda yang menyambut dan menunggu ketibaan kami adalah lebih mengharukan jiwa.

 Hi Malaysia!

10 Januari 2013, jam 3.00 petang, penerbangan dari KLIA ke Alor Setar selamat tiba.. Macam tak percaya je perjalanan jauh kami dah sampai ke kampung halaman.

Alhamdulillah. Tak de sebaik tanahair sendiri yang menyanjungi rakyatnya yang pulang.
I'm home! We're home!

Melambai-lambai Gunung Jerai.
Hi Kedah! 


Comments

Popular Posts