Jalan yang berliku..
Saya terbaca post ini di dinding laman sosial saya.
Menarik untuk kita renungkan.
Jangan takut untuk berubah.
Sometimes the field is greener on the other side..
Ibu saya sudah mencecah 61 tahun, saya sudah menjangkau 40 tahun. Beberapa minggu sebelum penamaan calon, ibu memberitahu yang Shamsul (kawan sepermainan ketika saya anak-anak) akan bertanding di Bukit Katil.
Saya teruja. Ibu tidak. Kerana katanya, Shamsul akan' disembelih'. Kemudian ibu mengatakan; 'Budak-budak kalau berebut mainan pun bergaduh dan menangis. Kau fikir orang besar yang berebut kuasa akan menyerahkan semua yang mereka ada dengan mudah? Jalan ini jalan yang kotor. Kita akan bertemu jalan buntu kalau memilih jalan kotor.'
Saya tahu dalam hati, analogi ini benar; kerana kuasa itu tentu tidak akan dilepas mudah. Kuasa itu untuk diturunkan kepada anak-anak mereka sendiri, harta nusa dalam perut bumi untuk dikongsi sesama kroni, kemewahan yang berkati, tidak akan sekali dilepas dengan mudah.
Semalam, bila Shamsul mengalahkan orang besar, saya dan ibu di gagang telefon. Ibu bersiap untuk megakui analoginya salah.
Tetapi masuk detik 6 Mei 2013, kata-kata ibu ternyata benar. Saya pun tersedar. Lima tahun lagi ibu sudah 66 tahun. Lima tahun lagi saya sudah 45 tahun. Kami sudah makan lauk yang sama sepanjang hayat. Saya namakan ia lauk pemomokan. Kata Profesor Syed Hussein Alatas, kalau pemimpin itu berpegang kepada cita bencana, korupsi akan melata dan diperkukuh oleh ketidakpedulian marhaen. Kerana itu selalu terjadi; nasib orang celik, ditentukan oleh orang buta.
Jalan ini jalan yang kotor. Kita akan bertemu jalan buntu kalau memilih jalan kotor. Kata-kata ibu akan bergema dalam cepu kepala saya, bukan sahaja untuk lima tahun lagi; mungkin sepertinya, untuk sepanjang hayat saya. Sedih. Saya sedih bukan untuk diri saya. Saya sedih kerana anak saya akan mengulang apa yang saya dan ibu lakukan. Anak saya, puteri yang comel berbakat itu akan memakan lauk pemomokan yang sama.
Anak saya memerlukan seorang negarawan. Itu yang kita tak ada. Saya, seperti anda, sedang melalui jalan buntu yang kotor ini. Di sisi jalan kita yang kotor itu adalah manusia yang dicampak sekelumit dua makanan lantas bergembira. Yang menjadikan saya lebih sedih ialah kerana anak saya, seperti anak-anak anda juga akan berdepan dengan manusia yang menjadi barisan cita bencana seperti yang dinyatakan al Marhum Alatas itu tadi.
Saya, kehilangan semalam. Kita semua kehilangan. Sedar atau tidak, anda semua kehilangan.
Selamat menjamah lauk pemomokan untuk sepanjang hayat anda lagi. Ini jalan kotor, ini jalan buntu!

Comments