Terima Kasih 2011, Selamat Datang 2012


Current Conditions

11°C 9:06 PM CLOUDY
   RealFeel® 6°C


Sunrise 8:25 AMSunset 3:58 PM


Mengikut jam sini, waktu saya mula membuat catatan di blog ini adalah 8.32 malam, dan waktu di Malaysia adalah jam 4.32 pagi.
Masih ada beberapa jam sebelum tarikh di sini bertukar ke tahun baru.

Alhamdulillah.
Telah selamat mengharungi 2011 dengan pelbagai cabaran.
Dan tentunya tahun 2011 ni merupakan tahun yang bermakna, selain tahun berkahwin, dan beranak pinak.
Tahun ni, saya mengharungi ruang akademik..
Dan masih terbayang rupa saya yang buruk menangis terisak2 sebab tak berapa nak lulus peperiksaan kelayakan. Overall, 3 kali saya ambik periksa. Tragis ingat. Tapi, alhamdulillah ala kulli haalin. Ada hikmah di sebaliknya.

Banyak pengorbanan lain sepanjang 2011 ni yang akan tinggal dalam lipatan sejarah. Melibatkan baba juga yang berkorban gajinya untuk menemani saya dan menjaga anak-anak di bumi asing ini.

Juga, perasaan un"sangkarable" boleh dilepaskan pergi jauh dari negara sendiri untuk mengutip setitik dua ilmu di sini. Sungguh! Ini adalah rahmat Allah yang saya tak dapat nak duga dan bayangkan. Dan alhamdulillah, meski susah, perjalanan ke England ini dipermudahkan Allah.

Tahun ni jugak lah saya mengharungi kehidupan di bumi asing dan mengahrungi dunia akademik sepenuhnya. Sekian lama tidak meneroka ruang lingkup akademik, dan meninggalkan status pelajar lebih kurang 14 tahun dulu, maka sekarang saya kembali sibuk dengan teori dan scholars.. Sehingga akhir tahun 2011 ini, saya hampir menghabiskan semester pertama.

 Semoga tahun 2012 memberikan sinar indah kepada semua.
Salford Quay, September 2011


Dan tentunya saya mengharapkan 2012 ini mencatatkan satu lagi personal achievement untuk saya. Semoga perjalanan saya dan keluarga sejauh ini, yang mengharapkan redha Allah dalam mencari ilmu, dirahmati Alah. Semoga Allah melindungi kami di bumi asing ini, menetapkan iman kami, memurahkan rezeki, dan memudahkan setiap urusan kami.

Semoga Allah juga mengurniakan yang terbaik untuk kita semua, dan setiap apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Terima kasih 2011. Selamat Datang 2012.

Dah dulu.
Titik






WEEK
25 December 2011   -   31 December 2011

30 Muharram 1433 - 6 Safar 1433





Dec




Muhrm
Safar




Day




Fajr
(Dawn)




Shorook
(Sunrise)




Zuhr
(Noon)




Asr
(Afternoon)




Maghrib
(Sunset)




Isha
(Night)
2530Sun6:548:2412:091:383:535:23
261Mon6:558:2512:091:393:545:24
272Tue6:558:2512:101:403:555:25
283Wed6:558:2512:101:413:555:25
294Thu6:558:2512:111:413:565:26
305Fri6:558:2512:111:423:575:27
316Sat6:558:2512:121:433:585:28






Comments

kasihredha said…
selamat thn baru

semoga berjaya dan bahagia di dunia akhir dan akhirat

belajaqq betuiii betuiii na
maya amir said…
insya Allah dear..insya Allah, u focus your study, insya Allah, u'll pass with flying colours..my prayers will always be with ya dear:) happy new year...:)

Popular Posts