Positif, negatif dan snow
Friday Chilly; showers of rain and snow this morning followed by a shower in spots this afternoon
RealFeel®: 1°C
High Temperature: 2°C
Low Temperature: 1°C
Saya sering menerima kritikan negatif,
dan jarang mendapat kritikan positif,
Saya juga kerap diminta untuk mencerap kritikan negatif itu sebagai sesuatu yang positif.
Dan itu adalah orang kita, yang mampu membaca tulisan saya dalam bahasa saya ini.
Berbeza dengan cikgu saya, Ruth yang menyemak tulisan saya setelah dua minggu lepas, dia mohon saya untuk menulis assignment saya, dan kembali selepas dua minggu, i.e 13/11/11, selasa lepas.
Saya tak pasti perasaan atau pandangan dia sebenarnya tentang outline baru dan apa yang saya tulis dalam assignment itu.
Tapi, the first ayat yang keluar dari mulutnya, membuatkan saya hampir menangis.
Kata beliau, ayat saya adalah sangat baik, and sangat jelas, and get her to the point bla bla bla.. walau saya tau arrangement of ideas dalam tulisan itu agak tunggang langgang, dan banyaknya citation adalah mencilok ayat dari kitab atau journal artikel yang diperolehi. Tapi dia tetap menganggap bahawa itu sangat baik.
Hanya Allah yang tahu perasaan saya masa tu. Rasa sangat berbaloi saya put full effort, pada saya lah.. untuk mendapat rasa begitu. Saya rasa masih kurang banyak, dan banyak yang tak kena.
Saya juga offer a cup of coffe while dia membaca tugasan saya di Alan Turing Building, berdekatan dengan Tiki Cafe. Pada saya, lumrah seorang manusia, murid sebenarnya, menghargai kesudian seorang cikgu untuk browse throgh assignment sebelum dihantar.. dengan tujuan nak make sure kami on the right track. Since saya sempat menghabiskan sehingga 4000 lebih perkataan itu, dan beliau akan membaca, maka saya lahirkan keterimakasihan itu melalui a cup of coffe, dan bukannya untuk tujuan bribery. Again, ayatnya upon saya offer coffee itu sangat menyentuh hati saya, walau tiga kali beliau menolak pelawaan saya. Akhirnya dia berkata.. dia sangat suka attitude Malaysian, yang sangat menghormati people around.. berkali dia sebut.
Usai membaca, Ruth berkata pada saya.. However..u can make this section better by bla bla bla....... and on this part.. bla.. bla.. bla.. here you can make it.. bla bla.. bla..
Saya expect itu sebenarnya. Dan andai dia meletakkan ayat itu di awalnya, saya masih boleh menerima dan meletakkan bahawa itu adalah negatif aspect yang perlu dijadikan positive untuk kebaikan diri.
Ruth.. cikgu saya..
Dan akhir sesi itu, Ruth berkata pada saya lagi bahawa beliau sangat suka Malaysian.., she meant Malays.. dan dia kata dia siap cerita kat lakinya yang bernama Paul, that she has a malay girl in her class.. etc.. tak payah la saya setori apa yang dia cerita pasai "girl" tu.. sat lagi ada orang tak suka.. hahhaha.. and dia sangat ingin bertandang ke Malaysia untuk melihat dan meneroka budaya Melayu.
Tapi, andai dia tahu yang kita suka meletakkan negatif reinforcement sebelum positif.. mesti dia akan bersedih juga, seperti mana saya rasa. Lagi satu.. kita sangat tend to criticise macam nak pengsan tergolek a person itu, then baru nak puji sikit pasai effort yang dibuat.. pujian tu pun akan berbunyi.. mm.. ok lah.. elok lah.. itu ja. dan sesungguhnya tak mampu membuatkan orang yang dah tergolek itu akan bangun dengan tiba-tiba atau kembang dengan pujian yang sekecik toet itu..
Dan rasa saya sebagai orang yang selalu menerima negatif ini, untuk automatik diproses menjadi positif adalah sesuatu yang tak tau nak cakap macam mana dah.. rasa sangat kecik diri ini.. sangat sedih. Dan saya pasti, orang yang tak reti nak at least sebut benda baik terhadap orang tu, atau nama lain adalah puji.. maka orang itu adalah tegolong daripada orang yang ego.
Ikhlas dari hati, kadang saa nak tau bagaimana rasa keseronokan menerima kepositifan itu. Orang kata manusia boleh berubah. Tapi, andai dia masih tak dapat buang rasa ego, then, sampai bila pun bagitu lah. Saya kecewa sebenarnya.. dan ada airmata di celah-celah snow yang turun pagi ni di Manchester...
Subhanallah, penurunan snow itu sangat cantik, dan mampu melupakan kesejukan yang amat sangat. Sesungguhnya dalam setiap kejadian, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir (Al:Quran) Maaf saya lupa surah dan verse berapa.. tapi ayat ini dan maksudnya saya hafal masa sekolah menengah dulu.
Semoga Allah mengampuni saya atas tulisan saya ini, dan semoga saya dijadikan lebih baik dari sebelumnya.. InsyaAllah.
Take care all.
Miss you loads!
Selamat berhari Jumaat!
babai
Titik
(Dawn) | (Sunrise) | (Noon) | (Afternoon) | (Sunset) | (Night) | |||
11 | 16 | Sun | 6:04 | 8:14 | 12:02 | 1:34 | 3:49 | 6:00 |
12 | 17 | Mon | 6:05 | 8:15 | 12:02 | 1:34 | 3:49 | 6:00 |
13 | 18 | Tue | 6:06 | 8:16 | 12:03 | 1:34 | 3:49 | 6:00 |
14 | 19 | Wed | 6:06 | 8:17 | 12:03 | 1:34 | 3:49 | 6:00 |
15 | 20 | Thu | 6:07 | 8:18 | 12:04 | 1:34 | 3:49 | 6:00 |
16 | 21 | Fri | 6:08 | 8:19 | 12:04 | 1:34 | 3:49 | 6:01 |
17 | 22 | Sat | 6:09 | 8:20 | 12:05 | 1:35 | 3:49 | 6:01 |
Comments
Baiknya madam itu...
dan pasti "girl" itu pu baik juga hingga membuat madam itu menyanjung orang melayu
snow flakes is one of the wonder of Allah creation - sungguh details walau halus - hmm rindu lak snow :)
hang on there kuatkan semangat awak tengah berjuang dan berjihad - siapa kata senang? JIhat itu susah sangat banyak ujian nyaa :)
keep in up jgn segan jumpa lecturer sokmo k