Tidak ada gelegar dan katil yang patah...






Pada hari ini, berpuluh tahun yang lalu, mak saya melahirkan saya.

Tak pernah la pulak mak ceritakan kepada saya betapa teruk dan jenuh mengandungkan saya. Saya membayangkan andai mak bercerita adalah seperti karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad dalam bukunya Detik-detik Diri Di Daerah Daif yang pernah saya punyai dulu. Hilang gheyup pi mana entah buku tu. Dalam permulaan kitab berkenaan, ayat paling saya ingat adalah.. tidak ada gelegar yang patah menyambut kelahiran beliau.

Sementelah saya lahir di hospital, pastinya lah tidak ada katil hospital yang patah demi saya.. Menurut daftar kelahiran saya, lahirnya saya disambut oleh Chinese doctor, yang kata mak, adalah sangat baik, waktu tenghari pada tarikh yang sama.

Mak cuma ada cakap, abah saya hantar mak ke hospital, sampai ke wad bersaliin, dan abah pi melilau mana tah. And once sampai hospital, mak dah selamat bersalin. Abah cuma akan cakap.. La dah dapat? Pukoi beghapa? Mak ada bagitau bila saya melahirkan cucunya.. abah cuma akan pegang dan tengok anaknya seminggu sekali.. Bunyi macam zalim kan? tapi mak cakap, abah akan nampak perubahan anaknya yang comel itu.. dan akan didescribekan kepada mak.. hidung berubah, pi kembang, ikut rup siapa dan bagai-bagai lagi..


IMG_7517
Ni anak sedara kite.. mak cakap kite dengan dia serupa masa kecik dulu.. Kite dah pesan dengan budak kecik nih.. nanti besar dia akan cantik dan cerah dan putih kelabu macam mak ngah dia.. Yeah!! Steady Sarah!! err.. yang pegang tu mak dia..



Since mak saya garang.. err.. ustazah yang garang.. saya tak pernah berani nak tanya saya ni lahir songsang ka, vacuum ka.. Saya berharap saya adalah sangat baik di dalam kandungan dan tak menerukkan dan meloyakan mak saya sehingga masuk hospital.  Saya tak pernah berani untuk bertanya sehingga sekarang.

Sepanjang kehidupan saya yang berpuluh tahun ini, saya agak rapat dengan abah, sebab mak garang.. takut. Macam tu lah zaman dulu. Zaman sekarang ni, kalau kita garang pon, anak-anak dah tak heran.. buleh anggap macam kita buat lawak.

Dan sebab mak saya ustazah juga, saya agak baik.. dalam sense apa tak tau. Zaman sekolah saya sempat merasa bawak beg peti ke sekolah. Sampai darjah 3 ke 4, macam tu lah.. Zaman tu juga pi sekolah pakai pinafore. Dan baiknya saya adalah saya mula pakai baju kurung dan tudung masa darjah 5. Dan masa darjah 6, masa Majlis Penyampaian Hadiah Penilaian Darjah Lima yang disampaikan oleh Almarhum Sultanah Bahiyah, saya diminta oleh cik gurubesar yang tak kawn pada zaman tu untuk tanggalkan tudung, dan pakai pinafore, kalau nak naik stage. Mujur jugak saya sekolah pompuan semua, jadi, macam ok lah main pakai skirt balik nih.. hehe

Mak saya tak bagi saya bersekolah di sekolah yang diajarnya sama ada sekolah rendah atau menengah convent. Pelik juga masa tu. Tapi ok ja lah sebab tadak mata yang mengawasi saya andai saya nak berjoya-joya di sekolah. Mak kata tak lah memalukan sangat kalau tetiba macam saya tetiba sedikit tak baik.. hehhe..

Mak saya telah memaksa saya sampai menangis-nangis, untuk bersekolah menengah yang ada nama "agama" di situ.. yang gomen punya. Sibuk hafal arab, fiqh, nahu, usulul fiqh, usuluddin dan bagai lagi sambil bengang dan menangis.Ada jugak cilok-cilok dari menghafal surah, wirid du'a.. tapi sudahnya kena jugak.

Alhamdulillah, dalam rebel macam tu pun berjaya sampai ke universiti yang juga ada tajuk "Islam".. Dan kiranya macam baguslah lah saya sikit sebab ada basic ilmu agama yang lebih.. Dulu mungkin nangis sebab bengang kena tinggal kengkawan yang sekolah pompuan yang agak high class dalam Kedah. Tapi, bila dah tua macam ni, baru realize betapa beruntungnya saya.

Mengaku lah.. saya ni degil.. keras hati.. Dan sebab keras hati dan degil juga saya berjaya melalui semua yang payah-payah ni. Ye lah. Tadak benda yang mudah kan.

Sejak dulu, setiap kali tarikh ni menjelma, tidak pernah ada celebration.. tak ada majlis makan, tak ada makan keluarga yang mewah-mewah, tidak ada ucapan. Saya sendiri pon tak pernah menyedari akan tarikh ini saya lahir. Kata mak, sambutan ini semua bukan amalan. Makanya, tidak ada. Agaknya, tok wan, i.e bapa kepada mak saya yang statusnya sebagai ustaz yang terkenal, yang cakap macam tu, maka semua itu bukan sesuatu yang relevan, dan mak mewarisi apa yang diturunkan. Saya pasti mak ingat setiap tarikh kelahiran anaknya.. bukan ramai pun, 4 ja.. Bila dah jadi mak orang ni, saya pasti kita pompuan ja yang ingat tarikh lahir anak-anak.Abah saya pon tak pernah ingat tarikh penting macam ni. (Baba pon sama.. bila ada nak kena isi borang ke apa.. laju je suruh kita isi.. atau kalau kena buat sendiri.. sibuk telepeon tanya.. hisshh..)

Sebelum ini, masa zaman belajar, pada tarikh yang sama, saya akan berpuasa sunat.. atas rasa syukur atas kelahiran sebagai sambutan untuk diri sendiri. Berbuka puasa juga sekadarnya.

Dan bila dah dikelilingi dengan keluarga sendiri, bila kanda tak ingat tarikh, surelah muncung jauh lima enam batu.. Hadiah tak penting. Yang lebih penting adalah ingatan sahaja.

Alhamdulillah, masih lagi Allah berikan nafas untuk menyambut tarikh yang diulangi untuk kali yang berpuluh-puluh ini, bagi tahun Masihi. Tahun Hijri asik tak ingat. Nampak sangat dah tua bangka.

Dan untuk sekian kalinya juga, saya nak ucapkan terima kasih kat mak and abah  yang menjadikan saya dan menjaga saya, dan memujuk dan merotan saya sehingga saya jadi sepertinya. Semoga mak dan abah meredhai akan kehadiran saya dan setiap titis susu yang mengalir di dalam diri saya. Semoga mereka mengampuni semua dosa saya, halalkan duit yang saya pinjam (hahhahaha).. segala ketidakbaikan saya yang mereka tanggung dan susah demi saya.

Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk mak dan abah, melimpahkan rahmat dan rahimnya dalam setiap keadaan dan waktu dan memberikan keduanya kesihatan yang terbaik untuk melaksanakan ibadah, dan memberkati hidup mereka berdua dan seluruh keluarga. InsyaAllah.




Ayah Dan Ibu



Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
 

Oleh : Sudirman Haji Arshad





Comments

kasihredha said…
semoga dilimpahi kasih sayang,kebahagian, rezeki, kesihatan yang baik, dan sentiasa dibawah lindungan dan kasihsayang Nya.
maya amir said…
happy bday hann:) muka u mesti sama mcm your sis tu.. cantek:)).. walaupun mak you garang tapi i'm sure dia garang sbb die mahu yg terbaik utk anak2 nye..
zarin said…
happy birthday hann
i pun baru nk ckp, mesti muka u sama ngan your sis tu..cantik ;-)
Unknown said…
Kak kasih..

Semoga limpahan dan kasih sayang Allah melimpah berkali ganda untuk akak dan keluarga.

Love u kak. Huggss and kisses
Unknown said…
Maya..

i tak cantik.. hidung i penyek.. i pendek, ketot dan bulat..hehe
Unknown said…
Maya.. lupa nak ucap terima kasih atas ingatan.. hisshh.. loklaq sungguh i nih! hahha
Unknown said…
zarin..

my sis in law tu.. memang cantik.. tengok hidung je tau dah anggun.. hidung i penyek.. tak lawa lah sangat.. gitu2 je..

btw.. kek i dah siap? hahhahhahahh
Unknown said…
alamak.. zarin
i lupa nak say thanks.. banyak kali loklaq sungguh.. hahhahah sori babe!
Ermayum said…
Adoi I miss it :) happy birthday dear panjang umur murah rezeki cun sokmo sihat selalu andmoga menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam aminnnnnn :)

org tua dedulu tak reti tunjuk emotion romantic but bukan tak sayang kan

yr mum brought u up well dear :)

err teruknya guru besar tu islam ke idak apa pesal nak paksa paksa - ok apa pakai baju tutup urat :) kolot tak bertempat tapi guru besar errr sory mengata lak heheh

Popular Posts