Kita akan meninggalkan mereka, dan semuanya..








Of late ni banyak kisah kematian orang terdekat dengan kite..
Hilang saudara mara, suami, anak, isteri, mak, ayah..
Sebagaimana kita sayang orang berkenaan, tetap akan hilang dari kita satu hari nanti.

Sebelum ni jaranglah sangat kite ambik iktibar akan kematian itu.
Tapi, mungkin sebab peningkatan umur ni berlaku,
Rasa itu telah ada..

Dan semalam juga tetiba terlintas lagi,
Setelah banyak kali terlintas akan saat kematian itu adalah sangat mengerikan..
Kite akan meninggalkan semua yang kita sayang,
And bawak hanya diri sendiri berbekalkan ibadat.

Sahabat blogger kite, ermayum.. Ada menyebut tentang kematian, kehilangan dan meninggalkan yang akan ditinggalkan di blognya.
Bak kata erma, siapa pun kita, akhirnya hanya kita yang akan pergi berbekalkan ibadat semata-mata, dan meninggalkan segala harta karun behind..

Bercakap pasai ibadat.. Yeah.. Mujur ada solat lima waktu yang constant kita kena buat.
Solat sunat jauh lah sekali. Tidur adalah lebih bagus dirasai dari qiamullail.
Yang jelas dan kita boleh agak kita buat adalah sedekah, amal jariah.. Tu pon kengkadang lupa nak niat kerana Allah.. Makanya habislah segala usaha kat situ.

Tapi cukupkah segala amalan yang kita buat kalau disulam dengan dosa. Lazimnya yang kita buat, adalah dosa kecil, sama ada sedar atau tidak. Ye lah kalau kecik pun, lama-lama jadi besaq jugak kan.. Yang besaq pon adalah jugak.. Antara sedar dengan tidak ja.

Untuk dapatkan pahala juga mudah sebenarnya. Niatkan dari apa yang kita buat sejak bangun pagi sampai keesokan waktu bangun pagi adalah ibadah kerana Allah. Tidur juga adalah ibadah. Mudah kan? Cuma setiap amalan kena sertai niat kerana Allah. Barulah akan wujud rasa betapa manisnya setiap ibadah yang dibuat.

Yang asyik terlintas di fikiran adalah apakah nanti kesudahan hayat saya. Adakah baik, adakah lemas akibat tsunami, atau accidentkah, atau bagaimana sekalipun, mati itu adalah sangat menakutkan. Dan sebagaimana takut sekalipun, kita semua kena hadapi.

Dalam kuliah yang kite attend baru ni, ustaz ada bagitau, sehingga nak mati juga ada fitnah.. Dan akibat fitnah itu, kita akan gagal mengucap. Nauzubillahi min zaalik. Ada yang matinya dalam keadaan baik, kata ustaz, adalah dapat menghidu bauan syurga ketika hampir akhir hayatnya. Beliau akan seperti terhidu-hidu kerana Allah lalukan bauan yang sangat wangi di hidungnya.

Ustaz juga sebut ada tanda-tanda juga bila kita akan merasai mati.. Sejak 40 hari sebelum kematian, kalau tak salah. Dan kalau masa tu baru nak mula dengan amal ibadat yang lebih teratur, atau baru nak bertaubat, takut lambat..

Apa yang paling kite risau adalah bila mati esok, meninggalkan dunia ini ialah, jumlah dosa adalah lebih banyak dari amal ibadat. Dan bagaimanakah nanti nak menjawab soalan malaikat yang menurut ustaz kite, adalah datang setelah tujuh langkah ahli keluarga, sahabat handai meninggalkan kita di dalam ruang yang sempit dan gelap itu.

Allahuakbar.

Mengikut kata mak saya, selalunya kematian itu adalah pada hari ulang tahun, atau hampir menyambut ulangtahun, atau setelah beberapa hari ulangtahun disambut.Lazimnya begitulah kata mak, walau semuanya adalah urusan Allah. Sama ada tarikh hari lahir hijrah, atau masihi, tidaklah pulak diketahui. Saya setuju dengan apa yang mak sebut, hasil dari pengajian kitabnya.

Saya tak mau risau akan orang yang akan saya tinggalkan, sebab walaubagaimana sekalipun mereka menghadapi kematian saya, hidup harus diteruskan. Dan as time goes by, mereka akan dapat menyesuaikan diri. Semoga mereka akan terus mendoakan kita dan seluruhnya yang mengadap Allah swt.. Bak kata erma.. Kita mungkin tak mendoakan late-late grandfather etc, masa tu kita akan tergolong sebagai orang yang hanya disebut muslimin dan muslimat.. الاحياءمنكم والاموات..

Yeah.. My birthday is just around the corner.. Saya takut sesungguhnya. Kebelakangan ini juga bila drive kereta, rasa itu ada..

Semoga Allah mengampuni kita semua, mudahkan kematian kita, lancarkan lidah kita untuk mengucap kalimah لااله الا الله محممدا رسول الله, semoga orang di sekeliling kita semua mengampuni kita.

Semua ini adalah rasa saya dan pengetahuan yang cetek, namun, kadar resapan dalam diri adalah sangat dalam. Andai saya tersilap di dalam sebarang data yang ditulis, sila maklumkan. Saya amat menghargai.



والله اعلم بالصواب

Comments

kasihredha said…
saling ingat mengingat...
thanks...

Popular Posts