Kisah kemarin
Weather for Manchester, UK
10°C | °F | Thu | Fri | Sat | Sun | ||||||
Clear | ||||||||||
Wind: NW at 8 mph | ||||||||||
Humidity: 76% | 19° | 5° | 18° | 7° | 12° | 4° | 12° | 5° |
Kemarin saya berkesempatan jumpa sahabat seperjuangan saya..
kebetulan pengajian kami di sini cuti sejak minggu ni sehingga bulan depan untuk Easter vacation.
Kesempatan untuk kami bersama sangat saya hargai.
Cuma lately ni agak suram, dia berseorangan sekarang,
manakala suami dan anak-anaknya balik Malaysia seketika.
Bila bersama, kami banyak kongsi cerita,
dari seronok, belajar, dan sehinggalah di sebalik kehidupan kami yang mengharungi kepayahan.
Jangan salah anggap, kami tak merintih..
jauh sekali nak meratap kat laman ni.
cuma sama berkongsi nasib.
Mungkin apa yang orang nampak dan orang tengok setelah hasil nanti tidak semudah mendapatnya.
Saya nak rakamkan kesedihan beliau.
Saya pasti beliau sedih, tapi nyata dia kuat.
air mata hanya bergenang di mata, dan cepat dia sapu matanya.
Setiap kali bercerita betapa kami menghitung hari untuk terima elaun,
kehidupan dalam tempoh tu amat sukar.
Bajet sana dan sini.
Hatta nak spend satu atau dua pound saja pun kena berkira..
Sebab tu lah kes saya naik bas, dreba tu tak bagi duit saya balik,
saya sangat berkira!
Berbanding saya, pengorbanan sahabat saya ni lebih cukup mengujakan saya.
betapa beliau kuat mengharungi.
Tapi dalam hati, saya pasti, sangat terkesan di hatinya.
Kata sahabat saya,
beliau telah tangguh penajaan selama dua tahun, disebabkan mengandung.
Dan untuk kali ini, tahun 2011, beliau tak mampu lagi untuk menangguh,
atau akan kehilangan penajaan untuk ke luar negara.
Beliau tiba lewat di sini.
Rupanya, beliau bersalin.
Memetik apa yang diceritakan kemarin..
Kalau dikira betapa hidup dia di sini amat payah..
Sahabat saya akhirnya pilih untuk bersalin di Malaysia dulu sebelum tiba di Manchester,
setelah dibuat perkiraan rapi untuk tidak bersalin di sini.
Dan beliau akhirnya memilih untuk diinduce bagi mempercepatkan kelahiran.
Dan setelah baby perempuan yang ditunggu lahir (dua anak sebelumnya lelaki),
lapan hari berikutnya baby ditinggalkan dengan keluarga.
kata dia, dia hanya melihat bayinya membesar hanya dalam photo.
Saya faham naluri ibu.
Pasti juga saya setiap kali mengenang akan itu, air matanya akan mengalir.
Walau tidak di mata, di hati tetap ada.
Winter hari tu, suhu di sini cecah -12 C.
Dia bagitau heater dan boiler dalam rumah dia rosak.
Tak mampu nak baiki.
Landlord pula tinggal di Malaysia.
Untuk meminta pihak British Gas baiki,
makan belanja hampir GBP 500..
Dan mujur ada sebijik heater kecik
untuk dia survive..
Saya tak boleh membayangkan betapa mereka kesejukan.
Anak-anak kecil juga sama tempias ibu dan ayahnya yang kesejukan.
tapi dia memang tak pernah merungut atau apa.
Tambah lagi, tak de sumber nak support elaun..
Expenses di sini juga sangat tinggi.
Bab makanan mungkin ok lah juga..
tapi tang servis, utilities, semua yang sewaktu dengannya sangat mahal!
Sewa rumah saja dah melampaui banyak elaun kami.
Saya pasti dia sangat sedih,
tapi saya tak mau menambahkan kesedihan dia agar lebih berpanjangan
saya juga hampir menitikkan air mata bila dengar semua tu.
tapi saya lawan supaya kesedihan tu tak mengganggu kehidupan kami.
Kami sama-sama merasai masalah yang sama, cuma situasi berbeza.
Kami sentiasa berdoa untuk cepat balik ke sana.
Kata orang di sini, andai berada di sini untuk tempoh masa 3 tahun atau lebih,
boleh la stabil kehidupan sebelum balik,
sempat la nak himpun duit, jenjalan sana sini, paris, atau holland.
Sekarang ni ada sale portmeirion..
meski teruja,
bukan rezeki kami untuk beli, walau berada dekat dengan Stoke on Trent itu.
Saya doakan yang terbaik untuk sahabat saya.
Semoga hatinya sentiasa tenang mengharungi kerinduan terhadap anaknya
Semoga Allah beri kekuatan untuk mengharungi hari mendatang.
Dah dulu.
Nak solat Maghrib
till then.
titik
Comments
praying for you & your friend a blessed journey ahead.
*membaca kepayahan kalian d bumi asing,sy tgk balik diri yg byk komplen d tpt sendiri (br buat BA :(..huhuhu)