Hargailah kesihatan anda
Weather for Manchester, UK
4°C | °F | Wed | Thu | Fri | Sat | ||||||
Haze | ||||||||||
Wind: N at 0 mph | ||||||||||
Humidity: 100% | 9° | 8° | 12° | 6° | 13° | 7° | 13° | 7° |
Hola!
kata kawan spanish dan columbia bila jumpa saya.
saya pon hola lah.. takkan lah nak bagi salam kan? hehhe
untuk permulaannya, kita harap semua kengkawan baik blogging kite..
maya, ermayum, kak kasih, zarin, aqilah aka anggerik berduri, dramamama,
sihat dalam peliharaan Allah.
Kite nak sangat mengrekodkan pengalaman kite jumpe dr kemarin.
semoga sisi pandangan ini dapat dijadikan panduan untuk yang baru nak mai duduk sini
Cerita betul adalah, kite telah diserang selsema sejak hampir raya aidil adha 6 November lepas.
Sehingga kemarin, dah masuk tiga minggu, keadaan masih tak baik,
walau kite dah telan ubat dan segala bagi.
Kite dah suspect kena infection, and segala simptom semua dah berubah ke arah lebih dasyat di alam semesta.
Kite tau, bahawasanya kat sini, nak jumpa dr itu susah, malah akan dinasihatkan untuk minum ayaq banyak and seperti mana lazimnya treatment kena buat.
Tapi, sampai bila kalau makan ubat asik tak berubah.
Maka, kemarin, kite gaghi jugak pi Health Community service kat sini,
sekurangnya hidung saya akan sedikit baik.
Masuk je, tanya kat kaunter, kaunter cakap, mereka tak buat appointent.
Sila telepon dekat hujung penjuru situ, untuk call dan buat appointment sendiri.
Oh!! Sangat tak paham procedure. Staf yang kat kaunter tu lenggak je keja dia..
Sebeum saya call, ada sorang makcik pakistan yang memegang telepon dan sedang dalam percobaan untuk buat appointment.
Dia kata, bukanlah kali pertama mai, but peraturan baru ni sungguh bengong..
tak lah, dia tak cakap macam tu, tapi saya translate to be macam tu, just like rupa dia macam di melepaskan bengang.
Dia cakap dia sakit kaki apa kebenda tah, dan memerlukan preskripsi dr.
Tambah bengang lagi, appointment dia jam 4.00 petang, sedang masa tu baru jam 2.30 petang.
lagi tak paham.. Such a waste of time, sedang tak nampak pun kewujudan manusia yang berjujuk di situ.
Bila giliran saya, saya ditanya apakah sakit, dan agaknya dia dengaq,
alahai sikit sangat, and dia suruh saya pi ke chemist di sebelah.
Mereka refer saya lah. Bila di situ, pharmacist tanya saya sakit apa, and simptoms and segala bagai macam dr cakap biasa-biasa lah.
Bila tau yang saya dah telan ubat berjujuk dan masih tak baik,
dia suruh masuk jumpa dr. sebab antibiotik yang perlu mereka bagi memerlukan nasihat dr.
Fine, saya masuk, dan sekali lagi kena guna telepon untuk buat appointment.
Dengan penuh harapan, saya harap saya tak kena mai blik jam 4.
Di sebelah sana telepon, dia tanya saya, macam soalan awal, dan akhirnya maklum kat saya, somebody akan datang untuk entertain saya,
Once yang datang itu konon nak bagi nasihat lah gamkanya.
but upon tengok kertas kat tangan saya yang ditulis oleh pharmacist,
dia suruh tunggu,
and dia masuk dalam.
Few minutes later, dia keluaq and minta saya masuk jumpa dr.
Ingat apa lah susah sangat jumpa dr, sebab tadak patient pon sebelum saya.
Tapi gamaknya sibuklah kot, sebab dia bincang dengan nurse tu tah hapa kebenda tah.
Dr hidung terpacak rupanya.. nak kata hensem, tak lah sangat.. hahhaha
akhirnya manage juga nak jumpa dr dalam kepayahan dan dalam tapisan yang berlapis-lapis.
Semakan kesihatan mengambil masa dalam 5-7 minit.
Paling payah adalah dr lelaki dan tidak ada attendan/misi dalam bilik tu.
The worst part adalah stetoskop dia tu tak boleh check my lung kalau ada baju..
kena go direct to the skin..
Wallaweyh.. bengong!
kat malaysia tadak pon kes kena benda tu touch skin.
masih tak paham sampai la ni.
Mujoq tadak apa2 yang lain berlaku.
bp dan temperature pon tak check.
Ikut suka lah.
Finally, dapat jugak antibiotik.
Harapmemberi kelegaan.
Saya dah penat dengan hidung saya.
Hidung pon dah tak cantik due to pengeluaran yang hebat dalam tempoh itu.
Ditambah dengan menyedut udara sejuk hampir setiap hari.
Bagai kawan-kawan cakap, ubat di sini macam gula-gula ja..
susah nak bagi lega, dan fungsi pharmacist adalah sangat terhad nak lepaskan ubat yang terkawal.
Kalau kat kedah, boleh je dapat, tapi kena tulis kat buku log depa, siap nama, alamat and jugak ic..
Dan satu lagi depa cakap, kat sini, kalau sakit yang belum teruk atau nak mati, tak payah pi klinik lah sebab mereka takkan layan penyakit yang kecik-kecik dan hanya boleh advise gitu-gitu je.
Pepandailah hang pi beli ubat.
Kawan jugak pesan, if sapa-sapa yang nak mai sini, pesanlah suruh bawak ubat banyak-banyak..
Which is so true.
Dah dulu.
Kite dah banyak setori.
Ada banyak lagi menyusul lepas ni.. hikhikhik.
Dah dulu.
Till then,
Babai.
Titik
nota : Selepas titik, baru perasan.. panjangnye kite tulis.. harap kawan-kawan tak jemu.
(Dawn) | (Sunrise) | (Noon) | (Afternoon) | (Sunset) | (Night) | |||
13 | 17 | Sun | 5:28 | 7:30 | 11:53 | 1:52 | 4:15 | 6:18 |
14 | 18 | Mon | 5:29 | 7:32 | 11:53 | 1:51 | 4:14 | 6:16 |
15 | 19 | Tue | 5:31 | 7:34 | 11:53 | 1:49 | 4:12 | 6:15 |
16 | 20 | Wed | 5:32 | 7:36 | 11:54 | 1:48 | 4:11 | 6:14 |
17 | 21 | Thu | 5:34 | 7:37 | 11:54 | 1:47 | 4:09 | 6:13 |
18 | 22 | Fri | 5:35 | 7:39 | 11:54 | 1:46 | 4:08 | 6:12 |
19 | 23 | Sat | 5:37 | 7:41 | 11:54 | 1:45 | 4:07 | 6:11 |
Comments
Ibu hamil mendapat perhatian khusus.