Tak dan tunggu siang ka?
Semalam, jam 11.15 lebih..
ada mesej masuk ke henpon kite di saat kite tengah layan cik nina sleep.
Mesej tu cakap.. err.. tulis..
"maaf. Sila ubah tarikh submit markah untuk kursus XXXX1234 ke 6hb. TK"
Rasa nak bersilat pon ada. Nak marah.. tak.. bukan nak lagi dah.. memang marah dan berasap.
Rasional kite marah adalah seperti berikut :
1. Hang tak gheti ka pukoi berapa hang hantaq mesej? Tolong la hormat privasi orang.
2. Saya tak tau sapa.. nombot dia k dalam perkhidmatan saya. Yang i tau, dia bukan bos saya nak simply bagi arahan tengah-tengah malam buta. In fact. kalau my bos.. i would sound nicely to him.. tapi bunyi sound tu tak tau how nice lagik.. heheh
3. Waktu saya menggunakan sistem hanya pada waktu pejabat.. mesej tak mo layan.. nak lebih.. hantaq e mel lagi mudah.. tak kacau alam. apatah lagi mesej di waktu cuti hujung minggu.
4. Well.. benda ni main dengan peraturan.. orang pakai borang.. awak main sms ja? (nak kena luku?)
5. Saya suka ayat member saya yang selamba ja cakap depan academician, as well as boss saya.. "bukan semua orang akademik ni cerdik, walau ada phd.." bos saya terus senyap dan gelak.. mujur bos yang tu dia cerdik peraturan sikit.. tihihi..
Dulu ada bos kite sorang, suka macam tu.. hantaq mesej waktu maghrib, time orang kalut dengan solat, and anak2 bagai.. dia expect kita respond dalam masa 5 minit lepas mesej diterima.. adalah sangat tak tau nak cakap apa perangai macam tu.
Dan penah, baba marah kite sebab bos kite tak reti bahasa kacau hantar mesej suruh buat keja di saat ketiduran dan nak lelap mata..
Saya tau saya kuli gomen selagi mana tak pencen. Tapi tak bererti di waktu privasi saya, i mean, waktu nak lena adalah waktu nak kacau minda saya dengan kerja. Paling tidak, bila kita sesiapa sekalipun, bos atau anak buah, nak text or call, please consider time privasi orang.. Macam tak dan nak tunggu siang kan?
Memandangkan orang tu tadak dalam perkhidmatan kite.. and kite tak buleh lena sebab mesej tu.. kite bengang, terus delete, and baru boleh lena. tak kuasa nak reply.. kalau kite reply gak, minggu depan, hari ahad, kite akan jadik tajuk utama perbualan kalangan akademik itu..
Malas.. kite nak cuti sampai 7 haribulan.. bos kite bagi.. so, ada aku kisah??
Sekian luahan mata, hati dan jiwa..
Sebelum titik : sedang cuba untuk keep smiling macam kak kasih.. err.. kak, simpan senyum ka terus senyum?.. hehheh
Dah dulu. Nak siap balik kampung.
Titik.
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB YANG MULIA.."
Comments
err lepas tu nombor tu call i tak pick up dah tak putus asa tu hari ni pun calllagi heheh