Cruel or kind?
Saya nak meluahkan rasa lagi untuk sekian kalinya.
Baba tak berapa nak dengaq kalau hal berkait kerja saya..
hanya nak melapangkan dada, dan melegakan minda, serta menenangkan diri saja.
makanya saya tulis di sini.
Ada sorang officer, dari segi umur, agak senior dari saya,
tapi dari segi perkhidmatan.. agak junior.
lately ni.. bukan.. sejak tahun lepas..
dia asik attack saya dari segi kerja saya.
Saya tak tau apa yang membuatkan dia bengang.
Saya juga bukan jenis nak serang orang pasal keja yang "macam apa"
tanpa usul periksa dan tanpa sebab musabab.
Tapi, sejak saya kenal sis ni.. dia adalah seorang yang suka nak quote salah orang, dan sanggup put blame kawan-kawan kat table mesyuarat, walaupun pada hakikatnya adalah tak betul, dan sebenarnya nak sembunyikan salah dia.
Saya dah sangat "sick" dengan sis ni.
Sangat. Setelah apa yang berlaku tadi.
Dia juga telah dengan cara turn down my request,
which indirectly humiliate saya,
dengan mengreply emel saya and cc to semua ketua jabatan dan timbalannya,
plus anak-anak buahnya, dan officer sejawatan lain yang buat kerja yang sama,
with caps lock!
selalunya macam tu lah.
dia suka reply e mail and letak nama berjujuk-jujuk manusia lain dalam e mel,
walau awalnya kite letak untuk perhatian dia, and just cc to boss kite and boss dia.
Mungkin dia rasa bangga dapat buat kat saya macam tu.
Tak reti etika e mel gamaknya.
Baru ni, dia call anak buah saya and marah dia..
oh.. makcik nak berasap. tapi, bagusnya saya adalah masih boleh bertenang.
Kalau ikutkan macam nak debik, sebab saya pon tak marah staf saya,
then lu sapa nak marah anak buah gue!
saya tak tau.
Tapi banyak kisah saya saya yang hangat bertekak dengan dia sebab dia tak reti nak consider, susah nak tolerate.
Benda kecik pon buleh jadi besaq pasai dia.
Yeah. Kalau saya yang "rock" sikit ni orang kata jahat, mungkin lah kot.
Tapi ada sorang ustaz yang tak bercakap banyak,and sangat lah baik..
tetiba dalam satu diskusi yang membabitkan pihak kami perlu deal dengan dia (she was not in the discussion),
ustaz tu cakap, saya tak pernah jumpa manusia seteruk dia tu nak berurusan.
Apa yang orang lain rasa, saya tak tau.
Tapi sungguh, saya lah yang paling banyak bertekak dengan dia pasal kerja.
Well, esok ada post mortem meeting on perkara yang berlaku sepanjang 3 minggu bulan Mei lepas.
Saya harap saya boleh maintain rasional saya, dan boleh kontrol emosi saya.
Jangan sampai saya jumpa laporan dia esok yang memutar belitkan fakta demi nak put blame on saya.. macam hari tu.. nyaris nak naik atas meja tepuk kepala dia.. hahhahahhahah..
sebenarnya tak berbaloi pon nak gaduh dengan orang macam ni.
Bukanlah bergaduh, tapi memberitahu dan memaklumkan balik tentang cara kerja yang sepatutnya, tapi dengan cara yang hampir bergaduh.
Tapi kalau kita tak buat macam tu.. sampai bila pon dia tak sedaq.
Ada sedara saya cakap.. we have to be cruel to be kind..
apa pun bergantung pada niat akhirnya..
Dah dulu luahan hati dan jiwa.. terima kasih kerana sudi membaca.
Saya sangat menghargai catatan kengkawan untuk saya jadikan azimat dan pedoman untuk miting esok, selain mempersiapkan diri dengan istighfar..
Sebelum titik : Dalam simple saya, saya lebih jelita berbanding dia.. agaknya pasai tu kot dia jeles kat saya.. hahhahahhahahha
dah dulu.
Babai. Titik.
Comments
kawalan emosi memang sangat penting :)