Kehilangan lagi..










Sungguh.
Saya terkejut amat dengan sms dari sahabt sejati saya semasa pengajian dulu yang memaklumkan tentang pemergian shabat kami menemui Allah, waktu Magrib, Khamis, 16 Jun yang lepas.

Rupanya sahabat saya menderita SLE.
Paling ralat di hati saya bila dimaklumkan bahawa teman saya ni, yang mesra kami panggil Che Rem.. di ICU di Hospital Besar Pulau Pinang dah lama, sedang saya minggu lepas, hari Sabtu ikut Baba buat liputan bergambar di International Penang Dragon Boat Festival. Kalau saya tau lebih awal, mesti saya akan minta baba singgah hospital jenguk Che Rem kejap.

Sedih amat, sebab beliau antara sahabat yang baik amat, banyak yang kami sekelas, selain sekepala. Che Rem juga pakar rujuk kami dalam banyak kursus. Dean's List selalu Che Rem ni.

Izinkan saya mengingati sahabat saya di sini..

Sebenarnya ada beberapa orang sahabat saya yang lain sebenarnya telah dijemput Allah. Salah sorangnya adalah Aziah, room mate saya di PJ dulu, akibat denggi. Saya hanya tau kematiannya setelah setahun berlalu. Masa tu saya tak ada akaun Fb lagi.. so wajib lah lambat nak update news kengkawan.

Kedua-dua sahabat saya ni, ada persamaan, mereka meninggalkan baby kecil, Che Rem dalam lingkungan 6 bulan, dan Aziah lepas habis pantang anak yang kecik tu. Semoga Allah memelihara anak-anak mereka.

Untuk keduanya, semoga mereka damai menjumpai Allah lebih dulu.
Kami yang lain akan menyusul kemudian..

Alfatihah..


Dah dulu.
Titik.

Comments

maya amir said…
Al-Fatihah..
ramai yg meninggal recently..yg muda2 plak tu..& ade baby kecik..sedih:( tp Allah lbh menyayangi mereka..
Ermayum said…
kadang tak disangka sangka kan
:( moga rohnya dicucuhri rahmat
kasihredha said…
alfatihah
terharu

Popular Posts