Pilih nak yang mana satu..
Kite kutip tazkirah ni dari e mel untuk dikongsikan dengan kawan-kawan semua.
Pengertian Kebajikan dan Dosa
Daripada Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, pada hal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadis:
1. Kebajikan adalah nilai luhur daripada kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadang kala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.
2. Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa daripada memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."
3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Titik.
Comments
p/s and thanks for the beautiful words kat my entry:)