.. lagi dan lagi dan.. lagi..








Tengahari tadi saya didatangi oleh seorang ahli akademik..
Baru tinggi sikit pangkatnya setelah lama servis.
sebelum naik hari tu, sering bising tentang keotai-annya yang tidak dilayan untuk menaiki pangkat yang kurang seinci dari jusa C. Bukan pada saya sahaja, malah ramai yang aware tentang kisah sedih beliau ini.
Bila dah dapat, alhamdulillah. Masih lagi dirinya seperti yang saya kenal dulu.
Hari ni jumpa, menyatakan hasrat untuk ke satu organisasi lain dengan harapan ditawar dengan gaji dan jawatan yang diidaminya.
Selain itu juga, mula menyebut tentang extra workload yang digalasnya, sambil mengharapkan imbuhan yang lebih. Saya pasti niat beliau ikhlas laksana tanggungjawab. Tapi disebabkan perskitaran dan kawan-kawan yang tak berapa sihat akalnya di dalam mentafsir kerja sebagai ibadah, maka beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

Saya tak pertikai keikhlasan beliau dan apa juga niat beliau. Ada beberapa benda yang menarik yang saya harap boleh mengingatkan diri saya dan anak-anak saya nanti.

Kata baba, jangan sesekali mengungkit apa juga yang pernah kita lakukan, sama ada terpaksa, mahupun dengan sesungguh dan sebulat hati, kerana akhirnya akan dilihat sebagai tidak ikhlas dan langsung akhirnya pahala juga lenyap. Biarlah apa juga yang kita buat, niat sebagai ibadah, dan setiap titik peluh itu akan dihalalkan Allah, tanpa ditarik sekelumit pun daripadanya. InsyaAllah.

Selain itu, sebagai sahabat juga, kena lah support usaha kengkawan, dan bukan bantu curah minyak lagi supaya perasaan orang itu terbakar. No. Not good. Paling tidak, boleh juga berdakwah kecil di situ dengan mengajaknya mengikhlaskan diri berbuat sesuatu.. Nak berdakwah bukan payah nak tunggu kena jadi ustaz.. atau ustazah.

Iman pun lemah. senang berbolak balik.Maka jagalah supaya tak jauh terpesong. Tambah bila duduk dalam komuniti yang pelbagai nih. Perangai pon macam-macam. Nak jaga iman bukan perkara mudah.

Betapa banyak yang Allah dah bagi, tapi sikit sangat yang kita syukuri. Lagi banyak yang Allah bagi sebenarnya adalah ujian.. dan andai tetiba ditarik akan nikmat itu juga adalah satu ujian .. Dan bila mana kita ada sesuatu, tentunya nak lagi dan lagi dan lagi.. demi nak menyapot naluri dan nafsu. Dan ujian paling besar dalam hidup adalah melawan hawa nafsu.

Maka berhati-hati lah kita melayari hidup. Sentiasa kena ingat batas. Jangan dok pi langgaq sempadan. MUdah-mudahan hidup kita diberkati. Mati kita juga dirahmati.

Dah dulu.
Sekian adanya.
Titik.

Comments

kasihredha said…
sentiasa bersyukur dan bersyukur.
cuma kadang2 terlalai...selalu mengeluh penat saat pulang dari kerja.
zarin said…
betul tu dear! kadang2 kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kita...
maya amir said…
i suke your entry ni.. sbb mmg mende ni terjadik kat ramai org.. kdg2 kite tak sedar, kite terlalu byk mengungkit smpai kite terlupe utk bersyukur..*sigh*

Popular Posts