Outdoor Solat

Berkelana di bumi asing membuatkan kita akan melalui pegalaman yang sangat jarang, malah hampir tidak pernah dibuat di negara sendiri. Salah satunya adalah solat di luar ruang solat yang telah dikhaskan, sama ada surau/musolla, masjid, rumah dan mana-mana kawasan lain yang sewaktu dengannya.

Mealui pengalaman solat di luar kawasan tersebut adalah menjadi satu keindahan amat, malah bukan sesuatu yang sukar. Kite tak reti nak explain, but sangat indah. Kalau yang pernah ikut blog saya sejak kali pertama sampai sini, dan waktu solat zohor dan asar dalam yang pendek sangat dalam  musim sejuk.

Ketika waktu solat agak panjang, saya dan Lenny, akan ke MacDougalls di South Zone UoM atau singgah sebentar di Sackville Prayer Hall di North Zone ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika mana siang menjadi makin singkat, kami berdua harus mencari alternatif lain. Maka, kami akan mengambil wuduk di water fountain dalam ladies washroom (gantian sinki membasuh tangan di Arthur Lewis), kami mencari mana-mana bilik kuliah yang kosong untuk solat barang seketika, dengan harapan tidak kelas tersebut tidak digunakan pada waktu berikutnya. Pernah berlaku ketika kami sedang bersolat, pintu bilik kuliah yang kami gunakan diketuk. Saspen juga. But diorang, hampir majoritinya tahu untuk menghormati kami bersolat.

Agak musykil jugak kadang-kadang melihat solat tidak diambil berat di kalangan Muslim sendiri. Biasa lah keadaan tersebut. Kat sana pun begitu saya kira. Cuma saya sangat concern, bila mana kelas saya pada semester pertama adalah diajar oleh seorang Muslim, jam 12-3 petang. Minggu pertama kelas, saya merasakan bahawa antara waktu berkenaan, beliua akan bagi paling minima setangah jam break untuk beliau solat Jumaat, but tak menjadi seperti yang disangka. Kelas break 15 minit, tapi beliau still dalam kelas, berehat dan bersembang santai dengan students.

Solat dalam kereta, ketika mana keadaan agak kritikal, contoh, masa kami main snow dulu, selain mengejar waktu solat lagi, dan ketiadaan tempat yang sesuai, sama ada ketika kereta sedang berjalan atau kereta tak berjalan, adalah sangat indah. Saya tak pernah membayangkan diri akan menjalani solat dalam keadaan itu, dalam pakaian yang dipakai, berjaket, selain memastikan bahawa aurat ditutup selengkapnya. Masa ni lah terpikir sangat-sangat yang Islam is saaaangat indah. Tak pernah menyulitkan dan menyusahkan.

Saya juga pernah bersolat di salah sebuah masjid di Sheffield,lepas makan di restoren yang agak terkenal di situ, setelah merewang-rewang di carboot besar di sana pada satu tengahari Sabtu. Berbanding masjid Khizra di sekitar rumah saya tinggal ni, masjid tu hanya ada satu toilet dan tempat wuduk. Rasa kami, haruslah berkongsi lelaki dan perempuan agaknya. Memandakan kami solat di hujung zohor, masjid tersebut kelihatan kosong, dan kami bergilir-gilir tunggu depan pintu toilet bagi menghalang mana-mana lelaki masuk. 

Bolton Abbey, September 2012
Pengalaman solat di Bolton Abbey baru ni, berdepan dengan air sungai yang mengalir, ketika panas mentari dan udara sejuk yang bertiup, dedaun yang berselang seli hijau, kuiing dan merah, serta beburung yang menari-nari dan bertenggek riang dalam deruan air yang sejuk macam airs, air yang mengalir, dan itik-itik yang melintas sesekali, adalah saaaangat indah. Subhanallah! Alhamdulillah! Kebesaran Allah itu sangat terasa di hati. It's more than the words of pujian kepada Allah sebenarnya. Kerdilnya kita saat itu.

Terlintas juga kenapa di Malaya kita jarang malah hampir tak pernah kita buat begitu. Kalau buat pun, kita akan rasa pelik sebab macam semua orang tengok. Tu perasaan saya lah. Mungkin juga sebab punya lah banyak tempat solat, malah setiap tempat solat, attached dengan tempat wuduk dan toilet, maka tak pernah menjadi sesuatu yang susah di situ. Kami di sini, harus membawa air untuk wuduk ketika mana perlu, toilet/ sinki berkongsi dengan omputih yang mengamalkan toilet kering. Kalau ambik wuduk basah2 and mercik-mercik air pun kadang-kadang diorang tengok semacam, tapi peduli apa.. kena lah pepandai control air seadanya. Aurat pun kena jaga jugak.

Masa ni jugak, sangat dirasakan, nak datang jauh, actually, bukan datang/pergi jauh je, but dalam semua keadaan, kena ada basic agama yang kukuh.. tahu dalam keadaan ni nak buat macam mana. Now sangat tak susah, gugel je, boleh dapat info, kan?

Indahnya menjadi Muslim. Indah lagi bila mana setiap kebesaran Allah itu dapat kita nikmati. Sangat indah bila mana setiap itu disusuli dengan pujian kepada Allah, meski berkali beratus dan beribu kali kita ucapkan, ia takkan sama dengan tahap kepuasan yang dinikmati. Dan saat itu kita akan berasa saaaangat dekat dengan Allah! Allhuakbar!

Dah dulu.
Jumpa lagi lain kali.
Saya belum sempat ziarah kengkawan. But saya rindu semuanya, esp, kak kasih..

saya akan menulis lagi nanti, Insyaallah.


Comments

Muyamer said…
sgt mudah mahu berjumpa Allah - mana mana yang mampu mengikut keadaan - solat didalm kereta belum pernah solat atas kapal terbang sudah :) itu tempat - kalau ke mekah keadaan diri pulak - kejab duduk kejab berdiri kejab bersila kejab meluncjur maklumla orang tua - aah indah they make it so easy mana mana yang mampu - iya jadi mengapa masih lagi solat itu sukar ye? - ia tiang yang harus ditegakkan dalam keadaan bagaimana sekali pun

ermayum
jauh merantau negeri orang tapi kekadang seronok jugakkkk...

Popular Posts