Saya yang sikit osem..

Weather for Manchester, UK

6°C | °F
SatSunMonTue
Partly SunnyPartly SunnyFogChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: W at 20 mph


Humidity: 76%


Peluang kami kengkawan berjumpa di rumah saya Sabtu minggu lepas, 14 Januari,
sangat best. Kami borak dari satu topik ke topik lain..
Salah satu yang best adalah tentang tudung..

Masing-masing mengimbas balik kisah zaman dulu yang pakai tudung sekolah,
dengan kes yang letak kertas dalam tudung, demi nak jaga awning,
yang dah buat awning, takut kelepek, sentiasa meniup ke atas, untuk menegakkan awning,
yang letak pin atas kepala, nak elak tudung "meloros" ke bawah..
yang pakai tudung yang menampakkan sikit muka je, dan kelepet tepi sikit ja..
semua masing-masing menten anggun.

tegelak-gelak ingat aksi dulu.
Saya suka jugak belek site tudung ni.. sama ada yang berniaga atau yang men"demo"
suka dengan pesyen sekarang, but bukan yang "over" dalam interpretasi saya.
Saya tak suka yang lebih-lebih sangat ni,
untuk saya, cukup yang simple, but cantik.

bagus lah, sekarang ni, ramai yang dah pakai tudung, sebab ikut trend.
walau bukan intensi sebenar, tapi, pesyen ni dapat menggalakkan pakai tudung..
bagi nampak cantik..

Suka juga saya nak gayakan yang lilit2 ni,
tak lah rasa macam tua sangat.. hahhaha
Tapi, sini tak sesuai dengan gaya yang lebih..
angin kuat, dan cuaca tak menentu..
kadang kalau ada awning yang agak lebih,
atau masih berpesyen tudung bawal,
kadang ditiupkan angin, dan kita sendiri tak selesa.
makanya pakailah yang seselesa mungkin.
Tu pandangan saya lah.

Mengimbau zaman saya mula pakai tudung dulu,
saya mulakan dengan pegi sekolah pakai baju kurung masa Darjah empat.. tahun 80an gitu..
Awal tahun masuk Darjah 5, saya dah mula pakai tudung.
Pegi sekolah je lah..
Balik sekolah, kalau ada tusyen, saya akan pakai pleated skirt..
mak pastikan bahawa setiap skirt adalah mesti di bawah paras lutut.
Duduk rumah, mak dah siap peraturan,
haramkan saya pakai anything lain dari baju kurung pada setiap hari Jumaat.
Dan kalau keluar rumah, selalunya saya pakai skaf ikat kat belakang gitu je.

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan penilaian darjah 5 masa tu,
melayakkan saya menerima hadiah daripada Tuanku Sultanah Kedah masa tu.
Tapi, Guru Besar saya pada masa tu, panggil saya dan sesiapa yang
pakai tudung masa tu untuk naik pentas,
wajib tukar pakaian dan kena pakai pinafore, dan tidak bertudung!
Saya mati akal.
Balik, saya bagitau mak.
Mujur sekolah saya perempuan semuanya.
Saya pegi sekolah masih dengan baju kurung dan tudung,
gantikan pinafore yang saya pinjam dari kawan kat sekolah.
Tak salahkan Guru Besar jugak masa tu..
zaman dulu, bukan ramai pun yang pakai tudung..
selendang pun tak de.

Saya dan tudung di Manchester.. anggun seyh.. hahhaha..

Masuk sekolah menengah, bertudung bukan sesuatu yang luar biasa untuk saya.
kengkawan menjadikan saya contoh pemakaian tudung sekolah yang baik..
sampai ke camana nak letakkan pin kat tepi tudung tu pon depa concern.
Kira masa tu pun, peminat ramai lah.. hahhaha
syyhh.. jangan bagitau baba!

Mengahwini baba, saya diletakkan syarat bahawa saya perlu sentiasa bertudung,
walau saya balik ke kampung baba.
Tak menjadi masalah untuk saya juga, kerana dalam lingkungan keluarga saya,
kami memang akan bertudung,
apatah lagi kalau ada yang bukan muhrim, dan ipar duai.
Kalau dia tak bagitau pun, saya akan tetap pakai..
Lengan baju saya juga menjadi syarat baba..
mestilah tangan panjang.., kadang terbabas jugak,
ada pun 3/4 je.. tu pun zaman univ dulu punya.

Kat rumah sendiri pun bila masak, saya bertudung..
senang nak lari keluar masuk rumah, tengok anak yang main kat luar,
ambik serai, petik bunga kantan, siram pokok, kutip anak yang yang jatuh main kat luar..etc.

Saya seronok tengok muslimah sekarang yang pandai menjaga aurat di internet juga.
dalam demo tudung mereka, masih menjaga aurat yang patut ditutup.

Saya jumpa video klip ni di alam maya. Pemunya klip itu di sini
Sangat comel, dan sangat mudah untuk kita hayati betapa pakai tudung itu sangat mudah,
dan sesungguhnya Islam itu sangat indah!



Dah dulu..
Babai
Titik









Comments

maya amir said…
osem!!!!!... suke gmbr mu walaupun dipakaispectskan...hahahhaa....
Ermayum said…
suka yg takda awning sebab budak2 ni suka komotkan and maknya suka tabur merata :)

comel awak ngan jacket merah itu besaunya cermin mata buatan itew heheheh

Popular Posts