Siggahan pertama
Weather for Manchester, UK
12°C | °F | Wed | Thu | Fri | Sat | ||||||
Clear | ||||||||||
Wind: SW at 15 mph | ||||||||||
Humidity: 94% |
Pertama kali saya pergi ke Universiti sejak tiba di sini adalah minggu lepas, 12 September 2011..
Tu pun, Julia, yang ajak, bertujuan untuk kenalkan saya dengan sistem perkhidmatan bas, bagi memudahkan saya travel seorang diri nanti.
tq for the warm welcome.. |
Jauh juga rupanya rumah saya dengan universiti.
Dua kali tukar bas.
Dari rumah saya menaiki bas jenama First ke Picadilly Garden, kos GBP2.20.. dan di Picadilly, saya kena naik bas lain, banyak jenis, tapi yang murah jenamanya adalah magic bus.. 90 pence sehala.
Manchester Museum dan di hujung depan adalah Whitworth Hall, tempat majlis graduasi berlangsung |
Nanti lah saya cover tentang picadilly.. pusat sehenti, tukaran bas dan train di Greater Manchester untuk ke cabang-cabang lain di Manchester. Kat sini, dea sebut Manchester, dan bukannya Menchester seperti yang lazim kita sebut.
Dan mulai minggu ni, sejak isnin lepas, 19 September 2011, saya belajar menaiki train untuk ke University.
Saya nak rakamkan rasa pengalaman saja menjejaki University of Manchester ketika pertama kali turun bas, dan jejak kali di bahu jalan di Oxford Road..
Bangunan moden, singgahan tetamu Universiti untuk dapatkan maklumat, University Place |
Tak terasa gah macam masuk UIA atau tempat pengajian saya dulu, di mana ada pintu gerbang yang menyambut dan mengalukan ketibaan..
Juga tak dak any landmark yang boleh diambik gambaq dan duduk di depannya untuk menayangkan bahawa saya telah berada di Manchester University.
Seolah tak percaya bahawa University yang tahun kelahirannya adalah pada 1824 itu berada di antara jalan utama di Manchester.
Saya suka bangunan ni.. suka sungguh. Tak ingat nama apa.. tapi daun yang menguliti bangunan tu akan berubah warna mengikut musim |
Terdapat bangunan lama dan baru yang menunjangi Universiti ni.
Dan sejak kemarin, saya mengagumi Universiti tua ini setelah ambik sikit feel, di tempat yang bukan laluan orang ramai, yang dipenuhi dengan student yang berpakaian menjolok bijik mata.
Dan saya mulai menyukai dan semakin menyukai Universiti ini bila melihat sisi lain, the uniqueness, the service, the staff. Meski nampak luaran dengan berjujuk-jujuk manusia yang bukan hanya student, malahan orang awam lain juga, saya sesekali rasa rimas, dan merindui tempat kerja saya yang operasi bisnesnya adalah sama dengan Universiti ini.
Garfiled kata, dalam kartun yang boleh dikorek dari google, "love your job, and it will love you back", dapat saya samakan dalam situasi ini.. love the University and it will love u back..". Yeah..please do love me as i need your love too.. :))
Moga cinta akan bersemi di sini.
Moga rindu tanahair juga akan tetap lekat di hati.
Moga saya boleh berjuang di sini,
demi Allah semata-mata.
Dah dulu.
Till then.
Salam penuh kecintaan..
Titik.
Comments