Belasungkawa
Assalamualaikum..
Lama sungguh kite tak singgah sini.
Tak sempat nak berdunia dengan blog.
Nak lompat singgah rumah orang pun tak sempat.
Malam adalah sangat letih dan menjadikan mood menulis tidak mari.
Untuk yang mengikuti saya, ingat lagi entry saya yang ni?
Saya akui arwah adalah antara yang baik dengan saya.
Sering singgah semata untuk greet saya kalau beliau lalu di opis saya untuk berurusan dengan orang lain.
Selain itu, kami selalu selisih pagi-pagi kat sekolah anak.
Anak arwah dan anak saya, Irfan sama di darjah 2, cumanya lain kelas.
Jujur saya katakan, masa arwah kali terakhir singgah di bilik saya pada hari entri tersebut ditulis,
Ada sekali terdetik di hati saya, semasa mata beliau melihat ke luar bilik saya..
Saya rasa beliau akan "pergi" tak lama lagi.
terus saya istighfar dan menyambung sembang lagi.
Dan pagi sebelum beliau (Khamis) ditemui tidak sedarkan diri di biliknya,
kami bersama-sama meninjau pejabat baru yang akan kami pindah sekitar bulan Julai nanti.
Beliau nampak letih dan tak cakap banyak.
Petangnya, dapat news beliau pengsan kat bilik,
di bawa terus ke hospital, dan Ahad tu, saya diberitakan beliau telah meninggalkan kami semua di muka bumi ini.
Perginya dalam keadaan puasa..dan tidak sempat berbuka puasa pada hari Khamis tersebut.
Sebenarnya bukan beliau sahaja yang sebelum perginya datang menjumpai saya.
Kebetulan masa saya bertugas di HR, 10 tahun lalu, ada seorang sahabat, yang datang berjumpa dengan saya untuk uruskan pencen pilihan di saat usianya hampir 40.
Pelik juga saya. Lama arwah sembang dengan saya.
Dan sebelum beliau keluar dari bilik saya, di muka pintu, beliau senyum dan kata pada saya "u tak percaya, orang muda macam i nak pencen sebab nak pi masjid, buat amal ibadat, and tak buat benda lain selain amal ibadat?"
Dan seminggu lepas tu, sungguh. Saya uruskan terus persaraan dia, atas sebab kematian.
Belaiu meninggal di tanah seberang kerana urusan rasmi.
Sahabat karib beliau juga pada hari kematian arwah, datang berjumpa dengan saya untuk uruskan insuran kesihatannya and bertanyakan juga tentang pencen pilihan. Juga, tak lama selepas itu, Allah menjemput beliau, dan again, saya uruskan seluruh persaraan beliau.
Seorang lagi, juga yang akrab dengan saya juga di saat kematiannya sering menyebut kepada saya.. andai saya bertemu dengan dia sekali lagi, atau saya dengar beliau jatuh atas sebab kesihatannya yang tidak stabil, maka beliau akan mati. Dan tak berapa lama selepas tu, apa yang dikatakan oleh Tuan Haji betul jadi kenyataan, cuma bukanlah sebab beliau jatuh.
Saya tak pasti sama ada ini kebetulan atau ada hikmah yang Allah tunjukkan, tapi saya tak sedar. Kengkawan je buat lawak dengan saya, semua harus hati-hati dengan saya, sebab yang jumpa dengan saya, akan melalui fasa itu.
Sesungguhnya kita akan pergi, dan mati itu pasti.
Al Fatihah untuk semua saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yang telah pergi meninggalkan kita. Kita akan menyusul mereka satu hari nanti.
Dah dulu.
Titik.

Masa tu, saya pesan kepadanya untuk attend meeting yang saya buat pada 6 April..
sementelah dia banyak isu yang nak diutarakan, saya juga bersungguh-sungguh pesan kepadanya untuk attend. Siap pesan suruh accept meeting invitation saya,
saya akan remind lagi nanti..
tapi dia hanya senyum..
katanya.. *(menyebut nama betul saya) tulis lah.. nanti cakap dalam meeting.
Saya kata kalau tak boleh hadir, hantarlah wakil nanti.
Dia masih senyum dan insist saya untuk tulis point yang sangat penting di minda dia.
Saya masih pelik.. kenapa lah dengan dia ni..
Bersungguh-sungguh paksa saya tulis.Dan pagi sebelum beliau (Khamis) ditemui tidak sedarkan diri di biliknya,
kami bersama-sama meninjau pejabat baru yang akan kami pindah sekitar bulan Julai nanti.
Beliau nampak letih dan tak cakap banyak.
Petangnya, dapat news beliau pengsan kat bilik,
di bawa terus ke hospital, dan Ahad tu, saya diberitakan beliau telah meninggalkan kami semua di muka bumi ini.
Perginya dalam keadaan puasa..dan tidak sempat berbuka puasa pada hari Khamis tersebut.
Sebenarnya bukan beliau sahaja yang sebelum perginya datang menjumpai saya.
Kebetulan masa saya bertugas di HR, 10 tahun lalu, ada seorang sahabat, yang datang berjumpa dengan saya untuk uruskan pencen pilihan di saat usianya hampir 40.
Pelik juga saya. Lama arwah sembang dengan saya.
Dan sebelum beliau keluar dari bilik saya, di muka pintu, beliau senyum dan kata pada saya "u tak percaya, orang muda macam i nak pencen sebab nak pi masjid, buat amal ibadat, and tak buat benda lain selain amal ibadat?"
Dan seminggu lepas tu, sungguh. Saya uruskan terus persaraan dia, atas sebab kematian.
Belaiu meninggal di tanah seberang kerana urusan rasmi.
Sahabat karib beliau juga pada hari kematian arwah, datang berjumpa dengan saya untuk uruskan insuran kesihatannya and bertanyakan juga tentang pencen pilihan. Juga, tak lama selepas itu, Allah menjemput beliau, dan again, saya uruskan seluruh persaraan beliau.
Seorang lagi, juga yang akrab dengan saya juga di saat kematiannya sering menyebut kepada saya.. andai saya bertemu dengan dia sekali lagi, atau saya dengar beliau jatuh atas sebab kesihatannya yang tidak stabil, maka beliau akan mati. Dan tak berapa lama selepas tu, apa yang dikatakan oleh Tuan Haji betul jadi kenyataan, cuma bukanlah sebab beliau jatuh.
Saya tak pasti sama ada ini kebetulan atau ada hikmah yang Allah tunjukkan, tapi saya tak sedar. Kengkawan je buat lawak dengan saya, semua harus hati-hati dengan saya, sebab yang jumpa dengan saya, akan melalui fasa itu.
Sesungguhnya kita akan pergi, dan mati itu pasti.
Al Fatihah untuk semua saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yang telah pergi meninggalkan kita. Kita akan menyusul mereka satu hari nanti.
Dah dulu.
Titik.
Comments
Al Fatihah