Kanak-kanak dan Sekolah
Majoriti update blog dengan sesi persekolahan yang seMalaysia bermula hari ni. Kebetulan cuti umum yang di enjoy oleh majoriti rakyat adalah Jumaat. Kedah dan negeri yang sewaktu dengannya di mana permulaan minggu adalah hari Ahad, maka cuti Jumaat berkenaan telah dibawa ke hari Ahad.
So, hari senin ni lah rutin bermula. Seawal jam 6.30 dah mula hantar dua anak yang besar tu untuk choopp tempat. Well.. selamat dah yang tu.
Dua yang kecik, dah mula tukar tadika. Risau ada lebih sikit untuk kanak-kanak riang dua orang tu. Tah. nak cerita pun payah.. walaupun sebenarnya tadak benda nak risaukan pun. Diorang boleh bawa diri. Mak nye nih yang tah hapa-hapa.
Ye leah. semua mak macam tu kan. Ingat je kat anak-anak..
Dan dengan sesi persekolah yang bermula ni, maka bermula lah rutin biasa. Esok Baba akan ke Kuala Lumpur. Maka semua anak-anak kena dihantar. dan pastinya pagi tu adalah seperti acara lari pecut 100 meter. Oh!
Comments