Dasat eek.. Minda diorang








Being sooo workaholic for the past few years membataskan saya dengan aktiviti komputer, internet dan yang sewaktu dengannya. Bukan setakat kerja, sibuk meramaikan umat Muhammad s.a.w dan ahlil bayt juga antara yang menyebabkan saya sungguh jumud dari segala segi tentang dunia so-sial maya dan juga jenis-jenis blog nih.

Padahal, bukan bagus sangat pon. Kerja hanya cemerlang untuk diri sendiri. Agar segala yang diraih hasil dari penat lelah bekerja, dihalalkan dunia dan akhirat.

Of this late je yang saya berjaya terjerumus dalam blog, yang secara tak sengaja. Bermula dari separuh hati, dan akhirnya boleh membulatkan akan semangat itu, walau sehingga tempoh ini semangat itu ala suam-suam kuku.

Tah apa saya merepek di opening ceremony malam ni. Sebenanqnya nak melahirkan kekaguman antara blog yang saya terjumpa adalah sangat kreatif.

Bagus sungguh kepala otak diorang. Paling kagum, adalah yang hanya lukis katun, and yet dari situ dah boleh nampak dan tafsir segala yang berbagai. Idea mereka juga amat bagus di dalam menghasilkan samting yang membuatkan kita suka nak ikut dan baca every entry yang diupdate.

Bagus lah. Saya suka. Mereka banyaknya yang set muda-mudalah yang macam ni. Yang set-set veteran sikit, gaya penulisannya hampir sama semuanya. Lebih bersopan dan the way ulasan akan sesuatu itu juga menarik dalam lingkungan mereka. Lembut dan mendalam kalau mereka sinis.

I can just ikut semua level tanpa prejudis. Suka semuanya. Suka memerhati dan menerokai dunia mereka. Penggunaan bahasa yang memuda ni banyaknya omputih.. Bahasa kebangsaan pun saya tak berapa pandai, apatah lagi bahasa asing.. Saya akan bersungguh membaca dan mempelajari.

Baguslah. Suka sangat untuk kali ni. Saya bukan seorang yang punya masa untuk bersantai benar melilau dari blog ke blog. Blog yang sedia ada pun kadang terbiar kaku tanpa belaian mesra.

They are just good untuk dicontohi oleh saya.


Sebelum titik : bila mood agak stabil penggunaan kata nama "saya" adalah sangat konsisten dalam mana-mana entry. Bagus kan? Macam polite je.. Hehe

Dah. Titik.


Sent from my iPad

Comments

Ermayum said…
blogging is all about sharing but in whatever we do kena ikhlas kan so write seiklasnya tak kisahlah walau cliche or stereotype kan :)

thanks again dear

Popular Posts