tak baik tau menipu..

kite found bos kite menipu hari ni.
3 penipuan.
bukan hari ni saja,
kemarin dan kemarin dulu,
dan sebelum-sebelum ni jugak.




betul lah tu,
menipu sekali, terpaksa menipu dan menipu dan menipu lagi untuk sekian kalinya demi menutup penipuan yang dibuat sebelumnya.
and later pretend macam tak de apa pun,
macam tadak orang tau,
walhal ramai staf memandang, mengata dan mengutuk.

menipu demi nak menyelamatkan diri,
nak meletakkan kesalahan pada orang lain, lari dari tanggungjawab, demi nak tunjuk kepowerfulannya, demi nak bagitau dia sorang ja buat keja, dan dia yang paling hebat sekali.

dari menipu ni kemudiannya terbawak-bawak pulak sifat buruk lain, yelling at the staff yang buat keja, marah tanpa usul periksa, tak nak dengar explanation, dan merawit-rawit dari individu ke unit, ke bahagian dan terus penuh satu jabatan kena jeritannya. macam tarzan pon ada.
paling tak tahan, tak reti nak hormat staf.




maafkan saya.
tercemar jugak blog ni dengan luahan hati saya. 
sedih saya tengok staf bawahan yang sedih kena marah, bergenang air mata menahan rasa sedih ditipu dan kemudiannya dimarahi. 

tak wajar seorang ketua jabatan bertindak macam ni. seolah-olah yang nampak hanya salah staf.
cara bercakap,  apatah lagi  ucapan terima kasih atas kerja yang dihasilkan, hampir tidak pernah didengari.

penat.
saya penat tengok sketsa ni.
kesian tengok staf yang berduka.
tempat yang patutnya di spend dengan penuh gembira dengan teamwork, musnah dengan perasaan yang macam ni. mujur juga jadik pada saya di saat nak balik. kalau awal pagi, memang akan down for the whole day.

kite tanak sebut kalau bohong dan menipu itu satu daripada sifat munafik.. bukan dia tak tau. 
kite juga sering terserempak bos kite dalam surau, ketika dhuha.
patutnya bila istiqomah melakukan ibadah sunat, kita akan jauh dari bebenda yang tak baik, attitude terkawal, appreciate staf for their little efforts sekalipun, berterima kasih, spreading the spirit untuk bekerja, motivate others.

kata ustazah di radio ikim dua tiga hari lepas, bos yang mempunyai integriti mampu untuk melakukan perkara di atas, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah menghampakan sahabatnya, sentiasa menyangjung and inspire sahabat.

semoga kite dijauhkan dari bebenda yang tak baik.
semoga staf kite suka keje dengan kite, feel inspired, ingin melakukan yang terbaik kerana Allah semata.

dah dulu.
maafkan kite yang terlajak laris kata.

till then
titik







Comments

Popular Posts