Winter Bug

Melalui perubahan musim di sini ada kalanya sangat mengujakan.
Ada kalanya sangat tidak teruja.

Kemarin saya ada baca satu post di FB ..
maaf lah, tak ingat siapa, but orang tu terkenal.
Kite malas nak semak status tu again.
Katanya, perujuangan untuk hidup di musim winter adalah sangat mencabar,
terutamanya bagi yang datang dari negara panas,
macam ai ni lah, dan yang berjuang untuk belajar,
mencari ilmu di bumi England ini.
Kebetulan profesor yang updatekan status tu, dalam perjalanan ke Oxford..

So true.
Winter adalah sangat.. sangat apa entah nak describe.
Saya yang dah beranak pinak ni, memang tak tahan.
Tahun lepas, di kala ini, Disember macam ni,
asik berulang ke sekolah, awal pagi keluar dengan suhu -4c,
penuh kesejukan.
Tahun lepas dikatakan dry winter.
Langit sentiasa cerah, dan bila mana cerah tanpa awan,
cuaca akan menjadi lebih sejuk dan lebih membeku.

Dan cuaca menjadi "pelik" lagi
bila mana summer pada tahun ini, juga adalah sejuk.
Masih berbungkus-bungkus dengan jaket dan coat yang mampu menahan kesejukan.

Dalam tempoh summer dan autumn, saya banyak menulis, menggunakan komputer,
membuat kerja di malam hari, di rumah.
Siangnya saya berjuang di library.
Bukanlah kaki library sangat, tapi kebetulan masa tu anak2 cuti sekolah.
Kalau dok rumah, maknanya kerja takkan siap,
otak juga kurang menjana.

Sepanjang tempoh itu, jari tengah/jari hantu saya mulai sakit.
agak tertekan jugak dengan keadaan itu,
tapi sentiasa positif dan berdoa agar keadaan tak kritikal agar saya boleh siapkan kerja.
Malam yang sejuk menjadikan jari saya lebih sakit.
Tulang temulang juga terasa agak keras, dan kebal, dan agak sukar digerakkan.
Badan juga kurang flexi.. asik mengerekot kesejukan.


Cold, rainy day 19/12/12, 5c


Oh ya, dalam rumah saya sejuk.
Kata orang, victorian house memang sejuk.
Dan sejuknya kengkadang menggedik-gedik.

Setelah saya semak akan kejadian jemari saya yang sakit itu,
tahulah saya, yang saya telah diserang athritis..
sangat sedih.
Cemana nak cakap ye, memalam akan tersedar sebab jari sakit,
and sangat takut jari tu tak boleh nak buat kerja lagi,
and terus keras and ak boleh nak bengkok dah.
Sooo scary!

But, alhamdulillah,
Alah bagi peluang agar jari tu sakit sebelah malam.
and siangnya boleh bekerja macam biasa.
Cumanya tak kuat macam selalu.
Merujuk kepada kengkawan yang doktor kat sini,
katanya mungkin sebab sejuk and tak de ubat.
Tak perlu pun pegi klinik jumpa dr, sebab dr akan cakap macam tu.
Kalau sakit, telanlah paracetamol atau ibuprofen.
Sila beli sendiri kat farmasi.
Tesco pun ada juai.
Kedai pakistan pon ada.

 
Frostie morning, -3c

Dalam satu keadaan lain, Azim,
masuk hari ni dah 3 hari sakit  perut.
Muntah sekali dua lepas makan.
Ubat dah bagi untuk bertahan.
Termasuklah sapu minyak angin,
minyak harimau,
tuam, berdoa, berselawat untuk meredakan sakit.
Seperti dah boleh agak, Azim dah kena winter bug.
Mujur tak demam.

Cuma, bila tengok dia menahan sakit, agak menakutkan.
Takut sakit perutnya bukan sebab bug itu, tapi sebab lain.
 Alhamdulillah, ada kengkawan Malaysia yang bermukim dan bermastautin di sini,
boleh dijadikan pakar rujuk.
Sama juga lebih kurang macam GP di klinik,
makan ubat yang sama,
buat perkara yang sama,
keep on observing.


Sebenarnya, banyak penyakit yang akan menghinggapi kanak-kanak
dan dewasa jugak, setiap kali musim berubah.
Selalunya demam, muntah-muntah, sakit perut,
tak lalu makan, dan hanya terkedang kat rumah, lima enam hari paling lama pun.

Begitulah kehidupan.
Winter lebih banyak cabaran, pada pendapat kite lah..
Masa siangnya yang lebih pendek,
sejuknya yang melampau,
penyakitnya yang banyak.
Makanan je lambat basi..
Makan pun makin banyak.. hehehhehhe

Meski sejuk menggedi,
makan ais krim pada ketika ini juga saaaaaaaaangat asyik..
heheh..

Patut lah sejuk2 ni banyak acara diorang ni.
Demi nak memeriahkan keadaan.
Christmas dan sale di merata pekan adalah sangat hebat.
Berboxing pada 26/12...

Dah panjang sangat.
Till then
Titik

Nota sebelum titik :
1. Tengok news, depa kata this year is a warm winter.. this whole week suhu adalah 5-7c.. Ehem.. warm?? makcik ni tak tahan jugak..
2. Gambaq tecik2 tu dari telepon. Yang besaq tu je dari kamera.. 









Comments

Popular Posts