Kite, puasa, raya dan dot dot dot..








"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.."
"agar dapat kulalui dengan sempurna"
tipu lah kan kalau tak mau tak dak makna..

Tapi kite dah saaangat sure kite sibuk menggila ramadhan ini,
niat untuk meningkatkan amal ibadat tu mesti lah..
tapi di samping tu jugak kena mengejar dunia..
err.. tak.. mengejar masa yang makin suntuk

Puasa pada kita tahun ni,
bukan sekadar amal ibadat.
Menghitung hari nak memenuhi cukupnya puasa
seperti tu lah jugak saya menghitung hari menyiapkan bebenda wajib
sebelum meninggalkan tempat ini.

Semuanya jadik last minit.
Hari ni hari ke lima belas puasa..
dan bermakna lagi lima belas hari, tak masuk cuti am,
cuti hujung minggu,
cuti ahad, sebab susah nak berurusan dengan bank2..
tinggal tak berapa hari je..
Mengah makcik rasakan.

Tak masuk dengan karenah birokrasi yang akhirnya
menjadikan makcik ni terpaksa mengharungi semua last minit..

Blog kite yang di sinun ha pon dah berjaman tak update
kite tak mampu nak masak cecanggih now
sekadar main baling masuk dalam periuk dan belanga
dan makan tanpa sempat nak posing udang, sotong, ikan, cempedak etc..

Kite dah setel bab besar untuk meninggalkan tempat ni, Jumaat lepas, 12 Ogos 2011
Alhamdulillah, dalam payah, Allah mudahkan juga.
saya percaya dan yakin,
andai ni yang Allah tetapkan untuk saya,
maka Allah akan sentiasa membantu saya dan kami.
Hanya Allah tempat saya berharap.

sekarang ni, saya sibuk mengisi borang lain yang bertimbun-timbun,
medical check up, library, etc..
ketiadaan kenderaan menjadikan saya terpaksa menapak dari bangunan sini ke bangunan sana yang jauhnya 10 minit, telah memakan masa saya untuk mengapdet blog.. (kecewa jugak.. jalan beria2.. berat tak turun pun.. arrgghh)

Saya tak de gambaq nak menghiasi indah blog ni.
saya juga tau tadak sapa nak layan tulisan pepanjang gini.

Untuk sahabat blogger kite..
kak kasih, zarin, ermayum, maya amir, naz dan semua yang kite tak mampu nak sebut satu persatu.. terima kasih kerana sudi menyapot saya sepanjang kesibukan saya ni. Saya jarang dapat update blog dan FB. sesekali tweet dan sangat happy boleh mengetweet dengan kengkawan.

Untuk zarin yang dalam entry lepas yang bertanya mana saya nak pi September ni,
tunggu dear. I'll let u know setelah semuanya confirm.

Dah dulu.
Titik.

Selepas titik baru teringat : 15 Ogos ini, anak dare kite dah 10 tahun.. Happy Birthday kakak. Semoga menjadi anak yang solehah, dan mendoakan untuk mama dan baba.  Kite bersalin di tarikh ini di OT, setelah seminggu bermukim di wad Hospital Alor Setar, dan setelah sebulan mc.. due to palecnta previa type 4.. Total cuti bersalin.. 3 bulan.. How wonderul to have u kakak! Love you till the end of mama and baba's life.

TITIK.

Comments

kasihredha said…
happy birthday kakak..semoga mjadi anak yg sollehah :)

Hann, dah tau ke tarikh berangkat?
Tak pe hann...susah2 dahulu, senang2 kemudian. Semoga Allah lancarkan segala urusan :)
zarin said…
uishh beria riaan ku datang sebelum sahur ni sebab nak tahu mana kamu mau pigi ahhhh..tapi masih hampa..hukhuk
anyway, semoga semuanya selamat dan berjalan lancar lah hendaknya

ps
happy birthday to your anak dara ye!
maya amir said…
dear..misssss u!!:) nnti bgtau ke manakah mau pegi k dear...u pls take greatest care of yourself k...:*..

p/s : anak kite sebaya ye?:)happy bday kakak..moga membesar sbg anak solehah & blh jaga ibu,ayah & adik2;)
Ermayum said…
sama sama kasih where u want to go ? sob sob
Nadz Nazharzan said…
Assallamualaikum Hann..
Sori baru buka lappy ni.. Dah seminggu jugak tak berblogging dan ber fb..hehehe.. Cam you jugak lah dear..Tak sempat nak posing2kan juadah tu sebelum dingap untuk masukkan dalam blog.. Makin hari, makin sibuk. Dengan kepenatan badan dan beratnya mata menjelang pukul 10 malam.. Memang tak de lah nak ngadap komputer mcm kawan2 lain..
Anyway happy belated birthday utk anak dara Hann.. Sama baya anak kita lah.. Anak Naz yg sulung pun 10 tahun.
Laaa.. ingatkan nak cakap gi mana.. Still rahsia yer.. Tak pe..Naz doakan yg terbaik utk Hann.. Semoga dipermudahkan segala urusan...

Popular Posts